Lagi beberapa minggu sebelum dia tamatkan diplomanya. Sekarang sudah masuk fasa final exam. Ariana hanya fokus pada ujiannya dan berhenti berlatih buat sementara waktu. Sebelum ini dia berlatih dengan anak buah Hanna iaitu Chiara yang sama umur dengannya, kadang- kadang Hanna ada juga pulang ke Malaysia melatihnya. Banyak benda dia belajar dan tahu."Last paper?" Tanya Datin Arya pada anak tunggalnya. Ariana mengangguk.
"Lepas habis, apa rancangan kamu?" Tanya Dato'Ilham pula.
"Ana nak jumpa Raid sekejap dekat Itali. Lepastu duduk dengan Hanna dekat pusat latihan. Seterusnya, Ana tunggu je lah apa jadi." Ariana mengigit donat bergula itu. Sebenarnya ibu bapa Ariana sudah tahu tentang aktiviti baharunya, nasib tidak dihalang atau bertanya lebih-lebih.
"Dah sedia nak kahwin?" Tanya Dato' Ilham tiba-tiba.
"Kenapa papa tanya? Raid dah ingat Ana ke?" Tanya Ariana teruja. Mata memandang papanya.
"Belum lagi. Tapi Uncle dengan aunty kamu kalau boleh nak cepatkan perkahwinan kami berdua. Maklumlah Raid akan naik jadi pengarah. Baik gabungkan dua berita gembira ni." Teruja Datin Arya menerangkan.
"Tapi kan Raid tak ingat Ana, dia boleh terima ke?" Tanya Ariana. Risau juga. Kalau boleh dia mahu Raid ingat dia. Takkan dia nak kena hadap layanan dingin Raid sepanjang perkahwinan mereka.
"Just start new memories sayang. Buatkan Raid jatuh cinta pada kamu semula." Jawab Datin Arya. Dato' Ilham mengangguk tanda setuju.
"Kalau bercakap pasal kahwin, Ana tak kisah bila-bila masa. Takut Raid yang tak nak." Ariana senyum ringkas. Pahit juga, bila hampir 4 bulan dia menanti ingatan Raid pulih tentang dirinya tapi tiada langsung tanda-tanda.
"Tak apa, nanti bila dah kahwin. Raid dengan Ariana akan sentiasa bersama. Jadi mungkin dalam masa tu, Raid boleh ingat Ariana." Pujuk datin Arya.
"Mama nak bagitahu aunty kamu tu, mesti dia suka." Datin Arya menekan telefon bimbit mencari nama Tengku Azalina. Ariana bangun. Dia kena bersiap untuk ujian terakhirnya.
"Mama, papa. Ana pergi dulu." Ariana mencium pipi Datin Arya dan Dato' Ilham.
"Take care sayang, Goodluck." Kata papa dan mamanya itu serentak. Ariana buat tanda okay.
----------------
"BAH!" Ariana menyergah Danial yang tengah memanah itu. Danial yang terkejut itu terlepas anak panahnya dan tersasar dari sasaran. Danial memandang gerangan yang membuatnya terkejut itu. Ariana.
"Ariana! Kau ni memang kan." Danial menyekeh kepala Ariana. Ariana hanya mengekek ketawa.
"Ha gelak- gelak, silap haribulan kepala kau putus kena panah. Nak?" Marah Danial.
"Gurau pun tak boleh." Ariana mencebik bibir.
"Bila kau sampai?" Tanya Danial. Selalunya Rayyan akan menyuruhnya pergi mengambil ahli terdekat lelaki itu di lapangan terbang. Hari ini tak ada apa-apa perintah pun. Itu yang dia hanya bersantai memanah di halaman rumah agam itu.
"Dalam 30 minit tadi. Alang-alang nampak kau, tu aku sergah kau dulu." Ariana ketawa kecil. Teringat wajah Danial yang terkejut tadi.
"Kau datang sini dengan siapa." Tanya Danial.
"Seorang. Kalau tak Tengku Azalina nak datang, tapi cancel last minutes." Jawab Ariana. Selepas seminggu semua urusan pembelajarannya tamat, Tengku Azalina ada mengajaknya ke Itali untuk bincangkan hal perkahwinan dan Ariana turut ingin melakukan hal yang sama. Tapi disebabkan hal yang tak diduga, Tengku Azalina batalkan hasrat untuk ke Itali. Jadi hanya Ariana yang datang ke sini.
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
Hành độngTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...