25 | CLUB & KERJA

337 35 2
                                    


"Baby." Panggil Hanna. Dia berdiri di tepi Rayyan yang sedang sibuk dengan komputer dan kertas bertaburan itu.

"Yup." Jawab Rayyan tapi tidak memandang Hanna.

"You pergi mana semalam?" Tanya Hanna. Tangan sudah memeluk tubuh. Tangan Rayyan yang menaip terhenti sebentar.

"I dengan Alex lah. Kaji sampel darah." Jawab Rayyan lalu sambung menaip. Sebenarnya, pada malam hari perkahwinan Raid dan Ariana, dia tiada di rumah. Itu yang membuatkan Hanna risau.

"Bila i cakap, pandang i." Arah Hanna. Menunjukkan sikap dominannya ke atas Rayyan. Rayyan menghela nafas. Dia menghadapkan diri ke arah Hanna. Tangan Hanna ditarik perlahan dengan harapan Hanna mahu duduk.

"You pergi mana semalam?" Ulang Hanna. Tangannya di tarik dari pegangan Rayyan. Mukanya masih serius.

"I dekat pejabat...." Jawab Rayyan tapi dipotong.

"Jangan nak tipu i, Rayyan Xavier!" Suara Hanna mengeras.

"I tipu apa?" Rayyan mengeluh perlahan.

"You pergi club kan?" Hanna tunding jari pada Rayyan.

"Mana ada." Rayyan menidakkan.

"You pergi club kan! Mengaku je lah!" Hanna masih memaksa.

"I bau wine dengan whiskey dekat baju you. You minum ke?" Tanya Hanna dengan keadaan marah. Semasa dia ingin membawa baju Rayyan ke bawah untuk di cuci, dia ada tercium bau yang amat dia kenali. Dulu kalau Alex pulang mesti bau ini akan terlekat.

"Tak! I tak pernah sentuh arak, sayang." Rayyan bangun dari duduknya. Pipi Hanna ingin dipegang tapi Hanna berundur ke belakang.

"Lepastu kenapa bau dia kuat sangat! Kalau betul you tak minum, kenapa bau melekat dekat baju you!" Hanna memandang Rayyan tajam.

"Biasalah bau dia melekat. Tak ada club yang hidangkan hot choco, sayang." Rayyan mendekatkan diri pada Hanna.

"Ouh sekarang betul lah you pergi club!" Hanna senyum sinis. Dia kecewa dengan Rayyan.

"Ni mesti jantan bangang tu ajak you kan." Hanna ingin keluar mencari Alex. Rayyan tahan. Pinggang Hanna dipeluk.

"Lepaslah. You tahukan i benci tempat tu! Kenapa you kena pergi tempat tu!" Marah Hanna. Tangan menumbuk bahu Rayyan.

"Your parents nearly die, Rayyan! Sempat lagi you pergi tempat bodoh tu!" Tangan cuba merungkai pelukan Rayyan.

"Sayang." Rayyan cuba tenangkan Hanna.

"Jangan panggil i sayang kalau macam ni perangai you." Hanna cuba lagi.

"Lepaslah!" Hanna menolak dada Rayyan apabila semakin dia meronta semakin erat pelukan Rayyan.

"Sumpah i tak minum. I cuma nak release stress i." Kata Rayyan dengan wajah bersungguh. Dia lepaskan pinggang Hanna apabila semakin kuat wanita itu meronta.

Dua beradik ni memang tenangkan fikiran dengan cara bodoh.

"Release stress!? Dengan tengok perempuan tak cukup kain dalam tu. Yang kangkang bogel depan you tu?" Marah Hanna semakin bertambah.

"Apa you cakap ni?" Tanya Rayyan tidak senang. Memang dia masuk ke sana tapi bukannya untuk mencari perempuan.

"Hey, i tak bodoh lah tempat tu ada apa. You ingat dekat situ ada ustaz mengaji ke. Apa lagi kalau bukan betina dalam tu." Hanna masih dengan amarahnya.

"I tak sentuh perempuan. Sumpah." Rayyan mengangkat tangannya.

"Tak sentuh then tengok! You fikir i ni sebagai kekasih you atau tak, Rayyan!" Wajah Hanna berkerut. Dia benci perangai Rayyan.

THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)Where stories live. Discover now