"Ariana!" Panggil Raid kuat. Ariana masuk ke dalam bilik Raid tergesa-gesa.
"Kenapa Raid?" Tanya Ariana.
"Kaki aku sakit. Urutkan." Raid senyum senget. Saja. Ariana menghembus nafas. Ingatkan apa tadi.
Ariana naik ke katil Raid. Duduk bersebelahan kaki kiri Raid. Yang patah hanya sebelah kanan akibat terhempap oleh bahagian kemek kereta. Ariana mencari minyak angin di laci. Jumpa sahaja terus Ariana lumurkan pada kaki Raid. Ada juga kesan-kesan luka yang hampir sembuh. Memang banyak. Kerana kesan kaca yang tercucuk.
"Sakit dekat mana?" Tanya Ariana.
"Buku lali." Jawab Raid. Ariana terus mengurut lembut kawasan itu. Raid merenung Ariana lama. Kadang-kadang dia cukup terpesona dengan Ariana. Mungkin ini salah satu sebab kenapa dirinya dulu sangat cintakan Ariana.
"Ada lagi dua minggu Ana duduk sini tau. Lepastu Ana kena balik Malaysia balik. Cuti sem dah habis. Ada beberapa bulan saja Ana kena habiskan. Mungkin sepanjang tu Ana tak datang sini kalau Raid masih ada di sini. Tapi kalau Raid dekat Malaysia. Hari-hari Ana jenguk." Ariana menekan bahagian tapak kaki Raid sedikit. Tidak kuat, tidak perlahan. Raid hanya berkerut menahan. Mata hanya terpasak pada wajah Ariana.
Mulut Ariana yang bergerak-gerak bercerita dipandang Raid. Pipi Ariana yang kembang kempis itu dipandang minat. Mata Ariana yang terkelip-kelip akibat minyak angin turut dipandang. Hidung yang cantik terbentuk itu juga sangat indah di mata seorang lelaki.
"Raid tahu, dulu waktu Ariana tengah belajar selalu Raid terjah masuk dalam dewan kuliah semata-mata nak keluar dating. Waktu tu prof marah gila dengan Raid. Aliran lain tapi menyibuk dalam kelas Ana." Ariana ketawa kecil. Kelakar bila teringat balik. Tak semengah sungguh perangai Raid ketika itu.
"Kalau Ana habis kelas terus culik keluar. Katanya bosanlah apa lah. Sebab tu Ana habis study lambat. Sepatutnya dah tamat diploma sebelum kita tunang tapi ni kena sambung lagi dengan batch baru." Ariana hanya gelak kecil. Nak marah pun tak boleh. Cinta hatinya juga. Nasib yang membayarnya bukan dia tapi Raid. Padan muka.
"Waktu sekolah dulu, Raid suka pukul orang. Sebab nak protect Ana. Tapi waktu tu Ana marah gila dengan Raid. Sebab Raid buat diorang teruk sangat. Waktu tu kita bahagia sangat. Tak ada sangat masalah-masalah. Kita tak pernah bosan dengan diri masing-masing." Ariana terhenti. Matanya hampir bergenang. Ah! Sudahlah hati. Ini takdir untuk kami berdua.
"Waktu kita kecik, semuanya kita sekali. Makan sekali, tidur sekali. Tak pernah langsung berpisah. Cuma dah besar baru terbatas sikit kan. Ana nak Raid sembuh balik. Kita tunaikan impian kita dari kita kecik. Kahwin dan ada anak ramai." Ariana senyum. Mata yang bergenang itu ditahan sedaya upaya. Raid yang memandangnya tidak langsung ditantang.
Entah Raid dengar atau tidak. Biarkan asalkan Raid tak marah dia. Dia nak bercakap banyak-banyak biar Raid penat dengar.
"Raid, kalau Raid tak ingat semua ni. Hari-hari Ana akan cerita tanpa jemu. Biar Raid hadam balik. Tanamkan balik dalam otak Raid." Ariana teruskan urutan dia pada bahagian betis.
"Sekarang hanya Ana yang rindu dengan semua kenangan kita. Sedangkan Raid tak ingat apa-apa." Ariana berkata perlahan. Mereka diam seketika sehinggalah atmosfera mereka dibingitkan dengan bunyi deringan telefon Raid.
Ariana ingin bangun dari duduknya untuk mencapai telefon yang berada di meja sebelah kepala Raid. Kerana tiada tanda Raid yang mengambil Ariana bangun mengambil. Tangan Raid secara drastik menarik tangan Ariana yang sedang mengapai telefon di sebelahnya. Terlalu kuat sehingga membuatkan Ariana jatuh di atas badan Raid.
"Raid, kenapa?" Terlampau terkejut Ariana sedikit terjerit.
"Tell me more." Pinta Raid. Tangan Ariana menahan dada Raid. Tidak mahu badannya terlalu menghempap badan Raid yang sakit itu. Deringan telefon berhenti.
"Boleh tapi biar Ana bangun." Ariana menolak sedikit untuk bangun. Raid menekan.
"No, stay." Raid peluk pinggang Ariana. Ariana menghela nafas perlahan. Tak selesa.
"Raid... Suka usik Ana. Tapi Raid... Selalu tunaikan semua permintaan Ana. Tak ada satu pun yang gagal Raid tunaikan. Hati Raid selalu... Lembut dengan Ana. Raid tak pernah marah Ana. Kalau Raid marah tandanya Raid betul-betul tak suka." Dengan tergagap Ariana meneruskan apa yang ingin dikatakannya. Tangan Ariana perlahan menyentuh muka bersih Raid.
Lama dia tak menyentuh Raid sedekat ini. Mata Raid hanya terpasak ke mata Ariana yang sedang memandang setiap inci mukanya.
"Ana tak suka perangai Raid yang suka mengarah tu. Tapi dalam masa yang sama, Ana bahagia sebab Raid tumpukan perhatian pada Ana sahaja. Kadang-kadang Ana takut dengan perangai Raid yang terlalu overprotective. Kadang-kadang Ana sampai tak boleh bercakap dengan cikgu atau prof lelaki, mesti Raid mencelah." Jari Ariana berlari ke bibir merah Raid lalu ke rahang Raid.
"Tapi apapun tentang Raid, Ana tetap cintakan Raid. Walaupun Raid macam tu, Ana sayang sangat pada Raid." Jari Ariana mengusap rahang Raid.
"Ana rindu dengan Raid. Rindu sangat. Kalau ikutkan hati, Ana nak kahwin dengan Raid sekarang juga. Ana nak jaga Raid. Ana nak kita yang dulu. Ana nak dengar perkataan cinta dari mulut ni." Jari Ariana naik mengusap bawah bibir Raid.
Mata mereka bertentangan. Mata Ariana jelas mengatakan dia rindu dengan kekasihnya itu. Sedangkan mata Raid masih tertanya-tanya tentang mereka. Telefon berdering lagi beberapa minit. Lalu masuk voice mail.
"Kau tak reti nak angkat telefon ke jantan lupa ingatan! Urgent lah babi."
Suara Alif kedengaran dari telefon bimbit Raid. Ariana terus bangun dari badan Raid. Raid turut bangun dari baringnya. Ariana perbetulkan rambutnya yang sudah tak terletak elok. Dia turun dari katil Raid. Raid mengusutkan rambutnya dengan muka bengang terus mengapai telefon di sebelah.
"A.. Ana... Ana keluar dulu." Terus Ariana berlari anak keluar. Raid pandang pintu yang sudah tertutup itu. Nafas yang tak teratur terus diatur kembali.
Telefon dibuka lalu terus butang panggil kembali ditekan.
"HELLo." Dengan suara keras dia bersuara.
Sementara itu,
Ariana meraup wajah. Argh kenapa dia gatal sangat pegang muka Raid merata. Wajahnya yang merah jelas kelihatan pada biasan kabinet. Air sejuk diteguk berkali-kali. Akhirnya dia katakan perkataan rindu itu pada Raid. Ariana duduk di kerusi.
"Eh Ariana, kenapa muka merah-merah ni?" Tanya Rayyan pada Ariana.
"Panas." Alasan Ariana yang agak munasarawak.
"Ouh, kalau macam tu bukaklah aircond tu. Selalunya waktu-waktu macam ni maid tak masak lagi. Diorang tak bukak aircond." Rayyan mengambil air lalu berdiri di hadapan Ariana.
"Macam mana Raid? Ada tanda-tanda ingat Ariana tak?" Tanya Rayyan. Makin merah wajah Ariana apabila teringat.
"Eh makin merah muka. Ariana sakit ke?" Rayyan bertanya risau.
"Tak-tak." Ariana menggeleng.
"Raid... Raid cuma tertarik nak dengar pasal dia dulu. Ana ada cerita pasal kami berdua waktu belajar dulu." Sambung Ariana. Rayyan senyum.
"Baguslah macam tu. Ada juga perubahan." Rayyan letakkan gelas di dalam singki.
"Alif dekat sini?" Tanya Ariana. Setahunya Alif ada dekat Indonesia sebab keluarganya menetap di sana. Zarif pula entah di mana. Mungkin di Malaysia sebab belajar dalam bidang teknologi lagi.
"Ya, Zarif pun. Katanya nak jenguk Raid. Tapi nampak gaya Raid yang kena pergi jenguk dia." Rayyan senyum. Bukan dia tak faham kawan Raid seorang itu. Kalutnya macam mak-mak. Telefon Rayyan berdering. Rayyan terus ketawa.
"Tengok apa abang cakap." Rayyan tunjukkan nama yang tertera di skrin telefonnya pada Ariana. Tertera nama Alif.
Rayyan angkat. Lalu menjawab. Ariana menggeleng. Lah tanya jalan ke mari ke? Sebab tu dia menganggu Raid tadi. Dasar Alif.
Tapi... Bagus juga Alif ganggu tadi. Kalau tidak apa lah yang akan berlaku dengan mereka berdua. Ariana terus tekup pipi. Argh tak nak ingat!
To be continue...
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
AcciónTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...