36 | THAT'S MY DAMN FUCKING SISTER!

507 41 4
                                    

Seminggu kemudian,

"Husband." Panggil Ariana.

"Tak nak balik rumah lagi ke?" Tanya Ariana lagi. Raid sedang duduk di sofa, dia hampiri.

"Kita balik rumah kita eh?" Kata Ariana. Dia tak tahan duduk di rumah agam ini. Apatah lagi penyeksaan terhadap Hanna masih terlayang di mindanya.

"Aku kena perhatikan Rayyan dan perempuan tu. Kau duduk dalam bilik." Arah Raid. Ariana mengeluh. Dia ingin pulang sendiri pun takut tambahan lagi masih terbayang hal yang mengerikan itu.

"Herm." Keluh Ariana. Dia sandarkan badan pada Raid. Meskipun dia tahu Raid masih tiada mood tapi dia mahu juga menempel pada suaminya.

"Ariana." Raid keluh perlahan.

"Raid patut dengar cakap Ana. Raid perlukan rehat. Raid nak demam ni." Gumam Ariana perlahan. Terasa haba dari badan suaminya.

"Sayang, aku nak buat kerja dulu." Sebaik mungkin Raid membalas.

"Haih." Keluh Ariana lagi. Dia bangun dari duduk.

"Fine, buatlah dulu. Ana dalam bilik." Ariana ingin berjalan masuk ke dalam bilik. Seorang pengawal masuk ke dalam rumah menghampiri Raid lalu memberitahu sesuatu. Ariana terhenti.

"Si." Suara Raid membalas. Pengawal itu mengangguk lalu mengiringi seorang gadis masuk bersama fail. Ariana terus memandang si suami.

"Assalamualaikum, Tengku." Gadis itu menyapa.

"Waalaikumussalam, may i know your name?" Raid bangun lalu mengarahkan tangan ke sofa tanda mengizinkan duduk.

"Safa, Tengku." Gadis itu duduk bertentangan dengan Raid. Ariana pula sudah bersembunyi di belakang tangga memerhati.

"Ini dokumen yang Tengku kena tanda tangan. Dekat sini ada sedikit prosedur yang telah diubah oleh Encik Alex tempoh hari." Kata gadis itu. Lalu diserahkan fail berwarna hitam itu kepada Raid.

Raid membaca apa yang tertera. Mungkin dia kena masuk campur lebih cepat dari dirancang. Tentang penyerahan juga dia telah ubah. Setakat ini, nama digunakan masih Alex Hazimi. Raid menghela nafas. Kepalanya terasa pusing.

"Aku tak setuju dengan penyerahan 7 bulan pada tangan dia." Raid letakkan kembali dokumen itu pada meja.

"Saya kurang pasti dengan itu. Tapi Tengku, Tengku masih tiada jawatan dalam syarikat. Tengku hanya pewaris. Syarikat tengah tak stabil Tengku." Safa berkata.

"Beritahu pada Alex, aku akan mula ambil alih esok. Aku takkan serahkan pada dia." Raid memandang Safa. Safa yang serba salah menunduk.

"Encik Alex dah... Mulakan prosedur untuk tukarkan nama dia atas syarikat tu." Kata Safa dengan serba salah.

"Kenapa tak beritahu aku pada awal!?" Raid menengking kuat gadis itu.

"Sepatutnya kau beritahu aku sebelum dia mulakan lagi!" Raid bangun dari duduknya. Satu persatu masalah.

"Maafkan saya, Tengku." Safa menundukkan kepalanya.

"Tengku." Panggil Safa apabila melihat Raid sudah memegang kepala. Kepala Raid sudah berat. Dia hampir rebah.

"Tengku...." Safa bangun lalu duduk di sebelah Raid. Tangan sudah memegang tepi abdomen lelaki itu menahan dari jatuh dan seakan memaksa untuk bersandar ke arahnya. Muka Raid sudah berpeluh.

"Aku okay." Raid menyingkirkan tangan Safa darinya.

"Minum dulu Tengku." Safa mengambil air yang dibawa oleh pembantu tadi kepada Raid tapi ditahan Ariana.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)Where stories live. Discover now