Keesokannya,
"Ariana dah buat keputusan?" Tanya Datin Arya. Ariana yang sedang menguis-nguis nasi di pinggan di pandang.
"Tak tahulah mama. Tak sempat nak fikir." Kata Ariana. Mana taknya. Baru sahaja pulang semalam, didesak untuk beri keputusan. Sekurang-kurangnya berilah dia masa. Dato' ilham pun turut mendesak. Padahal papanya itu sendiri seakan tidak membenarkan dia meneruskan hubungan dengan Raid. Mahu memberikan dia ruang konon.
"Ariana nak masa? Mama boleh tangguhkan mereka datang harini." Kata Datin Arya lagi. Ariana memandang mamanya lalu dia mengangguk.
"Maaflah kami mendesak kamu." Mohon Datin Arya.
"Tak apa, Ariana rehat- rehat dulu. Mama beritahu papa." Datin Arya bangun dari duduk lalu mencium dahi anak gadisnya. Ariana memandang nasi di hadapannya. Pergaduhan nya dengan Raid semalam masih terngiang di fikiran. Dia rasa penat sangat.
Sudu dilepaskan. Mati seleranya. Dibawa dirinya naik ke atas. Berkurung di dalam bilik. Dia mengantuk. Dia sebolehnya mahu elak dari berfikir. Baru ingin terlelap, telefon berdering nyaring. Ariana abaikan.
Beberapa saat telefon itu berhenti berdering. Telefon itu berdering lagi. Baru lah Ariana ambil. Nama Tengku Azalina tertera. Ariana mengetap bibir. Mesti mahu memujuknya atau nasihat.
"Nak angkat atau tak?" Gumam Ariana perlahan. Tombol merah ingin ditekan tapi teragak-agak. Nafas dihembus perlahan. Diangkat juga panggilan itu. Telefon ditekap ke telinga.
"Assalamualaikum Ariana." Suara Tengku Azalina kedengaran.
"Waalaikumussalam." Jawab Ariana.
"Aunty... Aunty minta maaf." Suara teresak Tengku Azalina terus didengari oleh Ariana. Ariana terdiam.
"Ya Allah, teruknya aunty sampai tak sedar apa yang mereka rancangkan pada Ariana. Kamu tak patut terlibat sayang." Suara Tengku Azalina tersekat-sekat berbicara.
"Kalau aunty tahu tentang semua ni, tentu aunty halang." Tengku Azalina menangis lagi. Mestilah dia sedih. Gadis yang sudah dianggap anak sendiri ini, dianiayai oleh suami sendiri atas kepentingan diri.
"Cuma uncle yang boleh buat keputusan gila macam ni." Marah Tengku Azalina dalam esakan.
"Aunty...." Ariana tak tahu ingin berkata apa.
"Maafkan kami ya sayang? Terutama Raid, dia tersepit." Tengku Azalina berkata dalam sebak. Ariana terasa sebu di dada. Dia pun turut rasa ingin menangis.
"Aunty betul-betul menyesal sebab tak ambil tahu tentang keadaan kamu. Benda macam ni tak sepatutnya berlaku. Tiada keuntungan pun gunakan kamu untuk tarik musuh keluar." Marah Tengku Azalina. Dia kesal.
"Ini semua keputusan Ariana. Aunty masih menyimpan harapan untuk jadikan Ariana menantu. Aunty masih berharap untuk Ariana bersama Raid. Dari dulu lagi, aunty tak mengharapkan gadis lain untuk Raid." Kata Tengku Azalina.
Sudahlah, dia sendiri sudah penat dengan perkataan keputusan. Kerana dirinya sendiri buntu!
"Kalau kamu ingin putuskan..... Aunty terima." Dengan sebak Tengku Azalina berkata. Lagilah Ariana rasa serba tak kena.
"Ariana, maafkan kami sekeluarga kerana pentingkan diri. Malah aunty pun pentingkan diri sebab hanya mahu kamu satu-satunya menantu aunty. Tanpa fikirkan perasaan Ariana." Mohon Tengku Azalina lagi. Ariana tak ada kekuatan untuk membalas.
"Aunty faham kamu masih dalam fasa sembuh. Maafkan aunty kerana menganggu. Aunty pergi dulu ya. Assalamualaikum Ariana." Tengku Azalina undur diri. Ariana menjawab salam itu dalam hati. Tangan meraup wajah. Argh peningnya kepala. Lebih baik dia tidur.
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
ActionTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...