2 | DAH SEDAR

458 50 31
                                    

2 bulan kemudian,

Sepanjang dua bulan Raid di Itali, banyak respon positif  seperti pernafasan tidak turun mendadak seperti di Malaysia dulu.

"Minum teh ni Ariana." Tengku Azalina menawarkan teh panas pada Ariana. Ariana senyum dan mengangguk.

"Aunty sempat buat cupcake je ni. Itulah Ariana datang mengejut. Tak sempat buat yang sedap lagi." Tengku Azalina buat muka berkerut.

"Eh tak pa aunty, ni pun dah sedap. Terima kasih Aunty." Ariana senyum manis.

"Aunty sihat?" Ariana cuba beramah mesra dengan Tengku Azalina. Meskipun dia mengenali keluarga Raid dari kecil, perasaan janggal itu tetap ada.

"Sihat macam tu lah. Cuma risau dengan Raid ni." Tengku Azalina menarik tangan Ariana.

"Alhamdullilah." Ariana memandang tangannya yang digosok oleh Tengku Azalina itu. Dia tersenyum mesra.

"Ana pun rindu dengan Raid." Gumam Ariana perlahan.

"Aunty." Panggil Ariana.

"Kenapa sayang?" Tengku Azalina memandang Ariana pelik. Macam serba salah nak beritahu ni.

"Ariana bercadang nak ke Itali lusa. Sebab sekarang tengah cuti semester. Boleh tolong tengok- tengokkan Raid. Papa dengan mama Ariana dah izinkan. Uncle dan Aunty benarkan tak Ariana ke sana?" Ariana meminta kebenaran. Mana tahu, mereka tidak membenarkan Ariana pergi ke sana nanti.

"Ya semestinya boleh sayang. Tengok- tengokkan Raid untuk aunty ye. Lagipun lama Ariana tak jumpa Raid kan. Aunty pergi bulan lepas pun tak ada respon lagi." Tengku Azalina membuang pandangan ke luar. Gerimis hujan diperhati.

"Terima kasih aunty." Ariana senyum lebar. Tengku Azalina bangun dari duduk apabila mendengar telefonnya yang berdering.

"Kejap ye." Tengku Azalina meminta diri. Ariana mengangguk.

"Alhamdulillah ya Allah!" kedengaran suara Tengku Azalina dari dalam rumah. Dia berlari anak ke arah Ariana. Senyuman sudah terlakar di wajah tuanya.

"Ariana! Raid dah sedar." Tengku Azalina jerit di dalam rumah. Ariana terus bangun menekup mulut. Mata bergenang. Sungguh berita yang ditunggu-tunggu.

"Ariana ada di situ?" Kedengaran suara Rayyan di talian.

"Ya Ariana ada ni. Esok mummy dengan daddy bertolak ke sana." Kata Tengku Azalina dengan senyuman. Dia menutup panggilan.

"Ariana, kita ke Itali esok nak?" Ajak Tengku Azalina pada Ariana. Tangan memegang bahu Ariana.

"Nak!" laju Ariana membalas. Tengku Azalina memeluk tubuh Ariana kerana terlalu gembira.

Raid. Bibir Ariana menguntum senyum. Tidak sabar dia ingin melihat wajah tunangnya itu.

-----------------------

Setelah tiba di Itali, Danial sebagai orang kanan Rayyan saat ini menjemput mereka bertiga ke mansion Rayyan. Ariana sudah tidak sabar melihat Raid. Rindukah Raid padanya?

Danial membawa mereka bertiga ke bilik di mana Raid ditempatkan. Doktor Alberito selaku doktor peribadi yang diupah Rayyan keluar dari bilik tersebut menyapa Tengku Raden.

"Doctor, may i know what happen to my son?" Tengku Azalina bertanya tak sabar.

"Its a bad news. Young master has lost his memories. He can't even remembered his own name. It's really- really bad. Don't push him too hard." Doctor Alberito terus menerangkan pada mereka semua tentang keadaan Raid itu. Walaupun doktor tersebut berbahasa Inggeris tapi masih kedengaran pelat bahasanya itu.

THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)Where stories live. Discover now