14 | LATIHAN DAN KISAH

376 36 2
                                    


"Ariana!" Panggil Hanna dari jauh dengan senyuman. Ariana terus berpaling menghadap Hanna. Dia balas senyuman Hanna. Ini dia suka pada Hanna, suka sangat beri kan senyuman yang manis.

"Dah ready untuk hari ni?" Tanya Hanna. Mereka akan masuk ke pusat latihan di Itali ini. Ariana akan ikut serta dengan pelatih-pelatih baharu meskipun dia sendiri sudah sedikit mahir dari mereka yang lain. Ariana mengangguk menjawab soalan Hanna.

"Awak yang guide kan?" Tanya Ariana.

"Semestinya, kalau orang lain lemah lembut sangat. Dengan saya, baru orang takut." Riak Hanna. Tapi betul, Ariana pun turut gerun melihat aura Hanna yang kekadang menyinga itu.

"Jom masuk." Hanna menarik tangan Ariana masuk ke dalam. Ada barisan-barisan lelaki dan perempuan. Lebih kurang 20 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Ariana turut berbaris bersama pelatih- pelatih tersebut. Hanna berdiri di hadapan mereka. Muka terus tanpa secalit senyuman.

"Bagi yang tak kenal siapa aku, panggil aku Ken. Adik kepada Kisei. Hari ni, aku akan bimbing korang." Hanna berkata dengan tegas.

Untuk pengetahuan, Xavier's Group bukan sahaja melatih lelaki sahaja tetapi perempuan juga. Kebanyakkan anak yatim yang diambil oleh Rayyan dari kecil dan mereka bersedia untuk berbakti di Xavier Group.

"Aku akan tunjuk satu persatu barang buatan Xavier Group. Sebagai seorang spy, elite bodyguard dan army secret force, semua ni perlu dipakai ketika dalam misi." Kotak besi di hadapan mereka, Hanna buka. Hari ini kira hanya pengenalan bagi pusat latihan syarikat itu.

"Dekat sini ada topeng silicon yang memang akan digunakan untuk penyamaran. Sangat terkenal dalam kalangan perisik." Hanna angkat topeng kulit itu.

"Topeng ni dibuat khas oleh gabungan beberapa agensi dari Xavier Group. Halus dan tiada cela. Yang paling penting, bila disentuh rasanya sama dengan kulit biasa. Kalau di pasar gelap hampir 3juta setiap satu. Dan untuk pengetahuan korang semua, topeng ni paling susah dicari. Ia hanya dihasilkan di Xavier's Group." Kata-kata Hanna sedikit sebanyak membuatkan mereka yang mendengar terpegun. Hanna mendekati para pelatih dengan topeng itu. Semua cuba memegang memang benar sama seperti kulit asli.

"Ini voice changer, diletakkan dalam mulut atau di tekak. Selagi boleh kepit suara, kepit. Atau korang semua kena rasa malapetaka ni. Aku pernah pakai benda ni selama bertahun-tahun. Berdasarkan pengalaman aku, benda ni amat memeritkan sehingga kau tak boleh menelan air liur." Hanna kembali ke meja dan mengangkat sesuatu yang sebesar kacang badam itu.

Hanna letak kembali alat tersebut dan bersandar ke meja tersebut sambil memandang wajah seorang demi seorang.

"Satu saja aku nak ingatkan, korang datang sini bukan kami yang memaksa tetapi semua ni atas dasar keinginan korang sendiri. Ingat! Kami tak pernah paksa. Dan apabila korang jejak kaki di sini, memang semua benda kami tanggung. 100 peratus, ditanggung." Hanna memberitahu kelebihan berlatih di Xavier Group.

"Tetapi setiap pemberian mestilah ada pembalasannya. Kerja dengan Xavier selama 3 tahun, dimana korang akan dapat kerja- kerja yang diminta oleh client. Jadi spy suami isteri, spy syarikat atau bantu pihak berkuasa. Kalau prestasi salah seorang dari korang bagus, korang akan dapat misi berat iaitu spy kepada negara." Mendengar tentang negara semestinya kecut perut.

Kalau hanya masalah keluarga mereka masih boleh menerima. Tetapi kalau masalah negara amatlah menakutkan. Kalau negara yang diintip mengetahui keberadaan mereka, semestinya tamat riwayat mereka. Soal ganjarannya pula, sememangnya lebih besar daripada misi- misi lain. Kalau dapat, tak perlu bekerja 1 tahun pun tak apa.

Latihan pertama diteruskan dengan berlari 20 pusingan di padang seluas padang bola. Diteruskan lagi dengan memanjat dinding tanpa peralatan dan pijakan. Semuanya perlu difikirkan sendiri. Diteruskan lagi dengan melompat dari satu bangunan ke bangunan lain. Mungkin ini adalah taktik melarikan diri. Ada beberapa ujian yang Ariana gagal tapi dia teruskan juga.

THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)Where stories live. Discover now