"Ariana." Panggil Raid. Ariana yang duduk di kerusi roda itu dipandang. Ariana memandang tanpa reaksi. Dia akan pulang ke Malaysia. Dato' Ilham tekad untuk membawanya pulang. Dan dia tidak membantah. Dia masih marahkan Raid."Kau betul-betul nak tinggalkan aku?" Tanya Raid pada Ariana. Dia melutut di hadapan Ariana.
"Kau memang tak nak maafkan aku?" Tanya Raid lagi. Tangan Ariana cuba diraih. Ariana larikan tangannya. Raid langsung tidak dipandang. Dia masih menunggu Dato' Ilham dan Datin Arya yang masih bersiap.
"Aku sanggup buat apa saja supaya kau maafkan aku Ariana." Rayu Raid.
"Bagi Ana masa." Ariana menolak kerusi roda ke kereta apabila melihat pembantu sudah memasuki beg mereka ke dalam kereta. Raid ikut belakang Ariana.
"Kita kahwin, sayang. Aku janji aku jaga kau." Rayu Raid lagi. Ariana yang bersusah payah ingin masuk ke dalam kereta, dia gendong.
"Lepaslah Raid." Marah Ariana. Raid meletakkan Ariana ke kerusi penumpang belakang.
"Sayang, aku minta maaf." Tangan Ariana diraih.
"Raid." Panggil Datin Arya. Raid terus memandang wanita itu.
"Aunty tahu memang susah perbaiki balik keadaan. Tetapi buat masa ni, biarkan Ariana bersendirian. Let her think about your relationship." Datin Arya menepuk bahu Raid. Tipulah dia tak marahkan Raid, tapi semuanya sudah terlanjur terjadi. Dia hanya boleh cuba sehabis baik melindungi anaknya.
"Maafkan Raid. Raid... Raid terpaksa." Raid merenung kembali Ariana yang leka membelek telefon.
"Aunty faham." Datin Arya berjalan ke kereta. Dato' Ilham juga keluar. Berjalan terus ke kereta. Raid mendekati untuk salam tangan tua itu. Dato' Ilham menyambut tanpa berkata apa-apa. Dia masuk dan terus keluar dari halaman mansion itu.
Raid hanya boleh memandang kereta itu hilang dari pandangannya. Ariana mengerling rumah agam itu hilang dari pandangannya. Mereka sebenarnya ada rasa yang ingin meluah tapi keadaan yang mendesak.
"Ariana marah papa?" Tanya Dato' Ilham.
"Tak." Ariana menggeleng. Kenapa dia perlu marah pada Dato' Ilham padahal papanya sudah membelanya.
"Jadi Ariana nak teruskan hubungan dengan Raid?" Tanya Dato' Ilham lembut. Tidak mahu mendesak.
"Entahlah papa, Ana marah sangat dengan Raid. Bukan tempoh sekejap dia tipu Ana." Ariana bersandar melihat suasana luar.
"Tapi Ariana masih cintakan dia kan." Datin Arya mencelah. Ariana terdiam sebentar.
"Cinta. Ana tak pernah bosan dengan Raid. Dia dengan Ana dari kecil. Takkan semudah tu Ana nak lupakan dia, ma. Cuma hati ni sakit sangat." Ariana menahan air mata yang bergenang.
"Ini pendapat mama, benda dah jadi kan. Kalau Ariana masih cintakan dia dan masih ada niat nak bersama dengan dia. Teruskan. Lagipun dia menipu sebab sayangkan Ariana. Memang menipu ni perkara yang buruk dan takkan pernah baik. Tapi setiap orang menipu mesti ada alasan." Datin Arya senyum pada Ariana.
"Itu pendapat mama, papa tak tahulah. Dia sayang sungguh dengan puteri seorang ni." Datin Arya memegang tangan suaminya.
"Papa... Tunggu sahaja tindakan Ariana. Kalau Ariana rasa boleh tahan dengan semua ni, then go on. Papa tak halang. Tapi satu sahaja, if anything happen to my only daughter. I'll kill them." Kata Dato' Ilham serius. Ariana terus memandang papanya.
"Papa!" Terkejut Ariana.
"If anything happen to you, papa tak teragak-agak untuk jauhkan mereka dari Ariana. Ikutlah anak raja ke, perdana menteri ke. Puteri papa, tetap anak papa." Kata Dato' Ilham lagi.
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
ActionTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...