Selepas selesai kelasnya, Ariana bertolak menaiki keretanya ke pusat latihan Xavier's Group itu. Ada jalan yang dia ingat, ada yang lupa. Lokasi yang dihantar oleh Rayyan tidak terlalu jauh tapi tidaklah dekat. Daripada bangunan megah Xavier group ke sana memakan masa hanya 45 minit. Tapi sayangnya kena meredah laluan yang kiri kanannya hutan barulah Ariana jumpa bangunan besar di tengahnya.Ariana keluar dari keretanya. Pass yang diberikan oleh Rayyan melalui telefon ditunjukkan pada pengawal keselamatan. Ariana masuk ke dalam bangunan itu. Penuh juga dengan suara orang sedang berlatih. Di tengah-tengah ada padang yang luas dengan bangunan mengeliling berbentuk U. Pada bukaan itu, ada hutan yang luas tetapi terjaga.
Padang yang luas itu penuh dengan lelaki dan perempuan berlawan pedang dan pisau. Masing-masing diawasi oleh seorang pelatih yang tidak Ariana kenali. Ariana menelusuri lorong bangunan tersebut. Di suatu ruang, ada yang sedang menarik panah dan zuppp! Kebanyakkannya kena pada sasaran. Di ruang yang lain, tembakan berdas-das dilepaskan pada target yang bergerak. Ariana pernah melihat situasi di mana Alif menang antara Raid dan Zarif kerana dapat headshot dalam setiap target.
Jadi inilah pusat latihannya. Ariana lihat sekeliling. Ada kanak-kanak berumur 9 ke 10 tahun berjalan ke tingkat atas. Ada kanak-kanak? Bukan sepatutnya mereka masih bermain di taman permainan. Pusat latihan ini tidaklah brutal tapi rasanya macam tidak sesuai pada umur mereka. Semuanya dilengkapi sistem canggih. Setiap sudut dilengkapi CCTV, peralatan latihan yang canggih.
Ada lagi barisan remaja yang berumur 13 hingga ke 15 tahun membawa laptop setiap satu. Ariana ikut mereka yang naik ke tingkat atas. Mereka masuk ke dalam bilik berteknologi. Skrin besar menunjukkan database. Perkataan berwarna hijau, merah, kuning ditatap oleh Ariana. Sama seperti yang selalu dikerjakan oleh Zarif.
Ada banyak perkara yang dia tidak tahu rupanya. Padahal Dato' Ilham adalah salah satu rakan Xavier's Group. Hal sebegini pun dia tidak mengambil tahu. Dato' Ilham lebih kepada pembangunan. Jika Xavier's Group memerlukan tapak, papanya itulah yang akan mencari tempat.
"Hai, May i help you?" Seorang gadis berumur dalam 18 tahun menyapa Ariana.
"Hai." Ariana menyapa kembali.
"Saya nak berjumpa dengan Hanna Alexa. Dia ada?" Tanya Ariana. Gentar pula dia rasa.
"Boleh saya tengok pass cik?" Minta gadis tersebut. Gadis itu mengangguk selepas melihat.
"Cik muda Ariana Carmila?" Panggil gadis tersebut untuk memastikan. Ariana mengangguk. Sedikit terkesima kerana gadis tersebut tahu namanya. Mungkin Rayyan telah memaklumkan. Padahal di pass tersebut tiada langsung namanya.
"Ken ada di aras atas. Ikut saya." Gadis itu berjalan naik ke tingkat ketiga bangunan itu.
Sebuah bilik besar didekati. Ada beberapa remaja sedang mengajar kanak-kanak berumur 8 tahun belajar pertahankan diri. Tangan kecil menumbuk punching bag yang besar. Ada seorang wanita elegan memerhati dari sudut bilik sambil memeluk tubuh.
"Liya! Focus to who you coaching." Tegur wanita tersebut apabila gadis muda itu hilang fokus dan tidak memerhatikan anak buahnya.
"Ken. Sorry for disturbing. Miss Ariana want to meet you." Maklum gadis tersebut pada Hanna.
"Ouh, finally." Hanna mendekati Ariana Carmila di muka pintu. Gadis itu meminta diri.
"Hai, saya Hanna Alexa. Rayyan's." Hanna menghulur tangan. Ariana menyambut.
"Ariana Carmila. Raid's." Ariana senyum pada Hanna. Baju tanpa lengan longgar menampakkan sport bra di dalam. Seluar ketat paras lutut. Rambut yang disanggul kemas. Tinggi lampai. Mungkin setara tinggi Rayyan yang Ariana hanya separa bawah bahu. Wajah yang berkacukan barat. Mata berwarna coklat gelap. Sungguh sempurna.
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
ActionTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...