33 | HUKUMAN

368 31 5
                                    

"Rayyan." Panggil Danial apabila melihat lelaki itu turun. Rayyan terus mendekatkan dirinya kepada Danial. Di situ turut ada Raid dan Ariana, Zarif dan Alif. Raid buat tak endah kehadiran abangnya. Dia masih marah.

"Aku dah keluarkan pernyataan baru." Danial menunjukkan laptop nya pada Rayyan. Rayyan membaca teliti.

"Macam dalam plan kita, Tengku Rayyan Xavier dah mati." Kata Danial. Ariana sedikit terkejut diikuti juga Zarif dan Alif. Kenapa mereka tidak tahu tentang ni?

"Maksud kau? Plan apa ni?" Tanya Ariana.

"Sebenarnya ini plan aku." Danial duduk ke tempatnya kembali. Mata diarahkan pada Rayyan untuk turut duduk.

"Aku dah bincang dengan Raid dan Rayyan untuk laksanakan rancangan ni." Danial keluarkan satu gambar dari dokumen. Di letakkan di atas meja. Mereka bertiga yang keliru terus melihat gambar itu. Jelas kelihatan seorang lelaki persis Rayyan terbaring di jalan dengan penuh luka dan tikaman pedang. Ada juga luka tembakan.

"Itu 'Rayyan Xavier' yang dibunuh oleh Higanbana. Dekat mata awam, pemimpin muda ni dah mati. Jadi tak akan ada pengarah baru untuk Xavier's Group dalam masa terdekat ni. Selagi Raid tak campur tangan, Alex boleh ambil alih buat masa sekarang." Terang Danial.

"Tapi dalam gambar ni siapa?" Alif bertanya.

"Salah satu mangsa bunuh serangan Higanbana dekat syarikat tu. Mayat dia tak dituntut. Jadi aku ambil mayat dia untuk dijadikan Rayyan yang palsu." Balas Danial.

"Setakat sekarang, semuanya dah ikut plan ni. Cuma masalahnya, Alex tak muncul lagi. Selagi Hanna ada dengan kita, kita tak boleh biarkan dia berhubung dengan Alex." Danial memandang Rayyan. Rayyan memandang kembali foto yang berada di atas meja.

"Tujuan aku sembunyikan Rayyan sebab aku nak bagi Alex leka. Dia anggap Raid hanya budak mentah. Dia percaya diri. Aku dah pastikan semua saham ada pada Raid tanpa Alex tahu. Mungkin dia akan tahu jugak suatu hari nanti tapi untuk sekarang, posisi dia masih tak stabil." Terang Danial. Dia sekarang cuba cari jalan untuk selesaikan masalah ini. Cuma hanya tinggal Raid dan Rayyan lakukan tugas masing-masing.

"Banyak kesalahan yang tak sengaja kita buat. Macam berikan saham Spain pada Alex. Sebab tu aku rasa dengan cara macam ni, dia tak sedar yang dia bukan yang tertinggi lagi." Danial menunduk sedikit. Nampak macam dia menuduh Rayyan.

"Sekarang ni, Raid adalah pengarah utama. Itali pula dah jatuh dalam tangan Raid." Sambung Danial. Ariana agak terkejut. Maksudnya sekarang semuanya ada bimbingan Raid?

"Kalau Alex muncul sekarang, kita boleh tangkap dia. Dan aku ada cadangan untuk dedahkan kerja kotor dia dan pengkhianatan dia pada syarikat ni. Kita kena main dengan polis." Gambar seorang inspektor terkenal juga di ambil dari dokumen dan di letakkan di atas meja. Inspektor yang pernah bekerja dengan Xavier's Group suatu masa dahulu.

"Untuk dia jadi pengarah utama yang tetap, dia perlukan persetujuan pada Rayyan. Tapi Rayyan dah mati. Maksudnya, sekarang pada Raid sebab Raid pewaris tunggal yang tinggal. Nasib baik, syarat ni ada dalam syarikat." Sambung Danial lagi.

"Dia akan cari kau Raid." Alif mencelah.

"Selagi kita pegang Hanna, dia takkan buat kerja gila sebab dia tahu sekarang dia kerja seorang diri. Dia pengecut." Kata Alif lagi. Sebenarnya Alex nampak sahaja berani, tapi dia berani hanya disebabkan ada Hanna. Kini dia seorang diri.

"Sekarang dalam erti kata lain, kita dah capai matlamat kita dan dia dah capai matlamat dia. Separuh separuh." Kata Danial. Dia dah jayakan rancangan Alex dengan sengaja.

"Kau memang gila." Zarif yang berdiam diri berkata.

"Aku pun naik gila fikir semua ni. Aku dah tempatkan syarikat dalam posisi bahaya. Musuh lain pun boleh masuk campur."  Danial menyandarkan dirinya pada sofa.

THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)Where stories live. Discover now