"Terima kasih, Dan." Ariana menunduk. Tiba-tiba dia rasa ada renungan tajam di hadapannya. Ariana angkat kepalanya. Tak zupp mata tajam Raid sudah menikam ke dalam matanya.
"Aku rasa pelik, kenapa korang berdua rapat." Raid bersuara sinis.
"Selama ni nampak macam baik, tapi sekarang tengok! Tengah menyundal dengan kawan baik aku sendiri." Keji Raid. Dia memandang tajam Ariana di belakang Danial yang menunduk.
"Raid, Ariana bukan jenis macam tu." Danial cuba mempertahankan Ariana lagi.
"Kenapa kau back-up sangat perempuan ni?" Tanya Raid lagi.
"Sebab aku kenal dia lama. Dan kau pun kenal Ariana dari kecil Raid. Memang sekarang kau tak ingat. Tapi alangkah baiknya kau tak menuduh dia macam-macam." Danial bertanya.
"Aku tak ingat dan tak nak ingat." Raid senyum sinis.
"Kenapa ya aku selalu dipaksa untuk ingat perempuan ni? Apa perempuan sundal ni sumbat pada korang semua." Keji Raid lagi.
"Ana bukan perempuan sundal." Ariana mengetap bibir. Hancur berderai jiwanya apabila perkataan sundal itu berulang-ulang dari mulut Raid.
"Ana tak pernah serah tubuh Ana pada sesiapa pun. Kalau Raid berumur 17 tahun dulu, Ana rasa Raid takkan pernah panggil Ana sundal." Ariana memandang mata Raid. Kau diam seolah-olah kau setuju, Ariana!
Danial ingin masuk campur tapi pandangan helang Raid menjadi hidangan di hadapan matanya.
"Wolf! Aku arahkan kau masuk." Arah Raid menggunakan kuasa vetonya sebagai ketua. Danial berdiri tegak dan memejamkan matanya sebentar. Stress.
Arahan Raid atau pertahankan Ariana yang perlu dia lakukan sekarang? Sudahlah nama samarannya sudah dipanggil. Itu tandanya bos memang betul-betul serius. Danial memandang Ariana di belakangnya. Ariana menghela nafasnya dan mengangguk membenarkan Danial pergi.
Selepas mendapat kebenaran Ariana, Danial perlahan- lahan melangkah masuk ke dalam mansion. Raid memandang Ariana. Begitu juga Ariana. Mereka tak pernah gaduh sebegini. Kalau gaduh pun Ariana akan diam dan hanya Raid yang bercakap.
"Kenapa kau nak terasa sangat apa yang aku cakap? Kau tahukan tunang kau ni hilang ingatan. Semestinya aku tak bersalah dan berhak cakap apa yang aku nak." Nada sinis masih tersisa.
"Tapi perkataan sundal dari mulut Raid tu dah melampau! Cuba kalau Ana cakap benda yang Raid tak buat? Raid melenting tak?" Tanya Ariana geram.
"Aku takkan melenting. Sebab aku tahu aku tak buat." Raid gelak kecil. Lawak.
"Entah lah Raid, Ana akan balik dalam beberapa hari nanti. Semoga Raid ingat apa yang hilang." Ariana berjalan ingin masuk. Tetapi ditahan oleh Raid.
"Lepaslah." Ariana menarik tangannya. Marah masih ada.
"Kau nak aku sayang kau kan?" Tawar Raid. Ariana terhenti rontaannya.
"Ana tak nak Raid dalam keadaan terpaksa." Ariana teruskan rontaan tangannya.
"Aku tawarkan diri, maknanya aku bukan dalam keadaan terpaksa." Raid berkata tanpa ekspresi.
"Apa yang Ana kena buat?" Tanya Ariana. Entah tawaran gila apa si tunang ingin berikan.
"Aku tak nak tengok kau yang lembik ni. Senang cakap aku nak kau ada apa yang aku ada." Kata Raid. Ariana pandang dengan muka tanda tanya.
"Stop menangis, merengek, lembutkan suara. Aku nak kau tahu macam mana nak pertahankan diri." Syarat Raid yang terdengar mudah tetapi terlalu susah buat Ariana.
"Mana ada, suara Ana memang macam ni." Ariana dengus geram. Ariana gigit tangan Raid kuat yang masih mengengam tangannya. Terlepas sahaja terus Ariana berlari masuk ke dalam. Raid senyum sinis sebelum menghadap kolam di hadapannya.
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
AcciónTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...