Bang! Ariana menekan magazine lock, diisi peluru baru. Ditarik slide. Target ditembak berkali-kali tapi asyik meleset. Ariana berdecit geram. Ditembak berkali-kali hingga peluru habis, diulangi lagi.
Bang! Bang! Bang! Bang! Ariana mengeluarkan magazine lagi. Dirinya terasa kesal kerana tidak dapat menembak target meskipun sudah dekat. Kekesalannya ini berpunca dari serangan higanbana petang semalam. Higanbana bertembung dengannya dan Hanna ketika menyelinap masuk ke dalam. Sempat mereka bergelut. Hanna juga senang ditumpaskan higanbana. Apatah dia, tidak dapat membantu.
Apabila dirinya sudah mencapai pistol di atas meja, tembakannya meleset pula. Sehingga higanbana dapat larikan diri ke lapangan. Ariana mengetap gigi. Dia sangat kesal. Apatah lagi mengingati bahawa orang yang sama hampir membunuh dia dan Raid.
"Argh!" Jerit Ariana sambil dilepaskan tembakan berkali-kali. Target yang bergerak itu hanya terkena sipi-sipi. Lagi dia bertambah geram. Magazine kosong dibuang. Ingin saja dia mengapai magazine baru, tangannya dihalang seseorang.
Tangan kasar itu mengambil magazine itu dari tangan Ariana. Ariana terus memandang gerangan orang yang menganggunya. Baru sahaja riak mukanya bertukar ingin memarahi, wajah Raid yang beku di belakangnya.
"Tembak pun tak kena, lepastu kau nak habiskan peluru." Raid berkata keras. Lagi Ariana berang. Dirampas kuat magazine di tangan Raid. Dimasukkan lalu ditarik slide. Bang! Tembak lagi, lagi dan lagi. Nafas Ariana sudah tak teratur kerana marah, kesal semua bercampur baur.
"Cara kau pegang tu salah." Tegur Raid tanpa reaksi. Ariana terhenti. Dia memerhati tangannya yang memegang pistol itu. Raid merampas pistol di tangan Ariana. Isi peluru dibuang. Kang ada yang tertembak. Raid ketuk bawah tepi tangan Ariana ke atas. Pergelangan tangan juga diketuk membuatkan tangan Ariana terus lurus dan tinggi. Tidak membengkok ke bawah lagi.
"Posisi tangan kau kena tegak. Tangan kena kuat, kalau kau tak biasakan. Waktu peluru keluar, tangan kau akan kebelakang dan effect target kau." Raid memasukkan magazine baru. Raid luruskan tangan ke depan. Santai. Hanya menggunakan sebelah tangan.
Bang! Bang! Tepat di kepala target. Ariana mengangguk faham. Raid serahkan kembali pistol kepada Ariana. Ariana ambil lalu cuba praktikkan pegangan yang betul. Bang! Bang! Hampir kena. Ariana terus senyum. Baru kali ni dua kali hampir terkena. Selalu ikut luck sahaja.
"Kenapa kau ambil Glock aku?" Tanya Raid. Ariana sengih.
"Cantik. Ada nama Ana." Ariana tunjukkan namanya di tempat pegang pistol itu. Raid pandang nama itu.
"Entah gila apa tah aku yang dulu tu." Marah Raid pada dirinya. Memalukan. Ariana sengih. Baru dia tahu lepas pegang pistol kesayangan Raid ni.
"Ikut aku." Ajak Raid pada Ariana. Ariana pandang pelik.
"Kita nak ke mana?" Ariana mengikuti langkah Raid. Raid berjalan ke gim dan masuk ke dalam. Ariana yang tertanya-tanya hanya masuk tanpa kata.
"Lepas kena serang dengan higanbana, aku rasa kau dah makin improve. Tunjukkan pada aku." Tanpa ekspresi Raid berkata. Ariana masih blur.
"Kejap, Ana tak faham." Ariana berdiri di hadapan Raid.
"Kau cakap kau dah belajar untuk penuhi syarat yang aku mintak. Jadi aku nak tahu betul atau tak kau dah penuhi." Kata Raid lagi.
"Ana memang belajar.... Tapi tak berapa mahir lagi... Woh!!!!!!!" Belum sempat habiskan ayat, Ariana mengelak dari tumbukan Raid. Matanya terbeliak apabila dia dapat lihat jelas penumbuk besar Raid hampir mengenainya. Terasa luruh jantung.
"Raid!" Marah Ariana.
"Nice react." Raid senyum sinis. Mungkin terselit senyuman kepuasan.
"Ana kan cakap Ana tak mahir lagi." Ariana menjauhkan diri dari Raid. Risau bengkak muka cantiknya ini. Apatah lagi bertambah gerunnya apabila Hanna pernah berkata gaya bertarung Raid lebih laju berbanding mereka yang lain.
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
ActionTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...