32 | PILIH!

367 36 6
                                    

"Duduk Ariana." Arah Raid. Ariana menghempaskan punggungnya ke katil. Rasa marah masih bersisa.

"Ingat apa yang aku cakap? Kita selesaikan sama-sama." Raid memegang bahu Ariana.

"Sekarang, aku nak kau lapangkan minda kau. Aku tak nak kau marah macam ni. Aku cuba cari cara untuk selesaikan okay." Raid memandang mata Ariana. Mata yang merah dengan air yang bergenang itu diusap lembut.

"Mandi, rehat." Raid mengambil tuala lalu diletakkan di atas riba Ariana. Raid keluar lalu menuju naik ke atas bumbung rumah. Ada Alif dan beberapa pengawal lain.

Alif bersama senapang jarak jauhnya memerhati ke arah Rayyan yang berada jauh itu. Terlihat jelas Hanna sedang mengacukan pistol ke dahi Rayyan. Rayyan masih beriak tenang dengan senyuman.

"Alif! Sniper." Minta Raid. Dia hulurkan tangannya meminta dari Alif yang sedang berbaring itu.

"Nak buat apa?" Alif bertanya pelik.

"Ikut saja cakap aku." Raid buat muka ketat. Alif bangun dari meniarapnya. Dia angkat sniper kesayangannya dan diberikan pada Raid.

Raid melutut dan dekatkan matanya pada scope. Dia arahkan pada kedudukan Hanna dan Rayyan.

Memerhati pergaduhan Hanna dan Rayyan. Melihat abangnya yang seakan menyerah itu, dia mengetap bibir perlahan.

"Aku tak dengar lagi arahan dari King, Haze." Alif memandang Raid tajam. Jangan kata Raid nak buat kerja gila.

"Sekarang ni, aku ketua. Rayyan Xavier dah mati." Raid mengetap gigi.

"Semua arahan dari aku." Kata Raid perlahan tapi tegas. Pengawal- pengawal di situ berpandangan.

Pergerakan jari Hanna di picu pistol dalam dilihat jelas olehnya. Wanita itu kelihatan seakan tekad dan abangnya mula memejam mata itu.

Bang! Bang! Raid melepaskan tembakan sebelum Hanna sempat. Peluru pertama agak tersasar dan tergores bahu Hanna. Manakala peluru kedua tepat ke dada kanan. Itu juga hampir terpeleset. Raid senyum sinis. Sniper di beri pada Alif kembali.

Alif sudah terbuntang matanya. Raid sudah gila. Entah dari siapa dia ingin mendengar arahan. Raid turun dari situ.

Selepas beberapa minit, Rayyan pulang dengan menggendong Hanna masuk ke dalam rumah besar itu. Darah yang mengalir dari tubuh Hanna sudah banyak tumpah ke lantai putih itu. Doktor Albert mendekati tubuh Hanna apabila mendapat arahan dari Rayyan.

Raid yang ada di tengah ruang tamu terus ikut Rayyan. Terkejut tengok Hanna di bawa pulang Rayyan. Rayyan terus keluar dari bilik doktor Albert yang penuh kelengkapan perubatan itu sambil mengendahkan Raid yang memandangnya dengan mata tajam seperti helang.

"Kenapa kau bawa balik perempuan ni ke sini?" Raid bertanya serius. Urat- urat timbul di mukanya.

"Dan siapa arahkan kau tembak Hanna?" Rayyan memandang kembali wajah adiknya.

"Aku! Dan itu keputusan paling tepat yang sepatutnya kau arahkan pada aku!" Suara Raid meninggi. Rayyan berjalan ke dapur lalu mengambil air masak. Diteguk rakus.

"Kau ingat aku tak nampak apa kau cuba buat Rayyan. Kau nak bunuh diri kan?" Dada Raid turun naik menahan marah.

"Aku tak faham apa kau cakap ni." Rayyan membuat muka malas.

"Kau jangan jadi bodoh lah Rayyan! Hanya sebab perempuan tu kau jadi macam ni? Otak kau mana? Apa benda yang kau fikir ni!" Raid menengking kuat.

"Sepatutnya kau biar dia mati dekat situ. Memang dia layak dapat hukuman mati pun." Kata Raid kejam. Rayyan menghentak gelas kosong ke meja.

THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)Where stories live. Discover now