9 | BALIK

147 12 0
                                    


Ariana masukkan baju ke dalam bagasinya. Tangan sibuk melipat seluar lalu disusun. Rasa berat nak tinggalkan encik tunang di sini. Tapi lebih baik dia habiskan pelajarannya dahulu. Sebelum tu dia kena masuk kelas pertahankan diri. Entah dia nak belajar taekwando atau apa.

Itukan syarat Raid. Lagipun bagus untuk dirinya juga. Dapat pertahankan diri kalau dalam bahaya kelak. Selesai semua barang Ariana letakkan di depan pintu. Ariana lihat sekeliling memang dah kosong dari barang-barangnya.

"Raid." Ariana menjenguk tunangnya. Raid yang duduk menghadap telefon itu ditangkap oleh matanya.

"Ana nak pergi dah." Beritahu Ariana. Raid mengangkat muka memandang Ariana.

"Pergilah." Balas Raid tanpa rasa.

"Bye." Ariana melambai ke arah Raid. Raid pandang sekilas lalu merenung telefonnya kembali.

"Raid tak nak ikut hantar Ana?" Tanya Ariana. Masih memancing perhatian si tunang.

"Aku tak nak." Raid balas dengan suara keras. Ariana menghela nafas. Tak faham dengan perangai Raid. Sekejap baik, sekejap kejam.

"Okay, Ana pergi dengan Danial tau. Dia hantarkan. Abang Ray tak boleh hantarkan sebab sib...." Belum habis Ariana berkata, Raid mencelah.

"Kenapa kau kena pergi dengan Danial? Alif? Zarif mana?" Tanya Raid dengan renungan.

"Diorang mana ada. Entah ke mana tah." Jawab Ariana.

"Aku hantarkan." Raid bangun dari duduk.

"Eh kaki Raid kan tak okay lagi nak drive." Ariana mengingati.

"Sebab tu Ana nak Raid ikut kalau tak percayakan Ana." Kata Ariana. Raid dengan ego memang berpisah tiada. Tapi kali ni ego Raid kalah.

Raid melepasi Ariana dan berjalan masuk ke kereta. Danial yang sudah sedia di bahagian pemandu memandang pelik.

"Kau dah kenapa menyibuk?" Tanya Danial. Raid endahkan.

"Okay jom." Selesai Ariana masukkan begnya ke bonet. Dia masuk ke bahagian penumpang belakang.

"Tak ada apa yang tertinggal dah kan?" Danial bertanya. Ariana menggeleng. Danial masukkan gear dan bergerak ke lapangan terbang.

Perjalanan yang hampir memakan masa 1 jam itu, akhirnya mereka tiba. Ada lagi 30 minit sebelum kapal terbang yang akan dinaiki Ariana berlepas. Ariana cepat-cepat masuk ke arena perlepasan.

"Bye." Ariana melambai pada Danial dan Raid. Raid langsung tidak memandangnya. Ariana berpatah balik.

"I love you, my fiance." Ariana peluk Raid sambil berbisik. Dia berlari semula ke pintu masuk. Raid terus memandang figura Ariana yang berlalu pergi.

"Kalau sayang, baik kau turunkan ego kau. Jangan suatu hari nanti, dia jauh baru kau nak ingat." Gumam Danial tapi masih terdengar oleh Raid.

"Jangan sibuk hal aku, Dan. Yang kau perlu sibukkan, cari perempuan lain. Bukan Ariana." Raid keluar dari bangunan tersebut. Danial ketawa. Lawak betul orang tua cemburu.

-------------------

Hampir 14 jam, barulah Ariana tiba ke Malaysia. Dia pulang dengan diambil oleh pembantu Dato' Ilham. Hari menjelang tengah hari barulah Ariana bangun kerana penat.

Telefon yang berdering nyaring minta diangkat itu dipandang Ariana. Bulat matanya apabila sudah hampir 4 panggilan yang terlepas. Satu dari Tengku Azalina, dua dari Julia dan satu dari Rayyan. Sekarang juga dari Rayyan, Ariana angkat.

"Sorry abang, Ana baru bangun." Ariana meminta maaf.

"Tak apa. Maafkan abang juga sebab mengganggu." Rayyan turut meminta maaf.

"Tak apa. Kenapa abang? Raid ada masalah ke? Dia ada sakit apa ke?" Bimbang Ariana. Ketawa kecil Rayyan kedengaran.

"Bukan. Abang cuma nak kan kepastian, betul ke Raid ada bagi syarat yang mengarut?" Tanya Rayyan.

"Ha? Mengarut macam mana tu?" Tanya Ariana kembali.

"Dia suruh Ari belajar pertahanan diri? Supaya Raid sayangkan ari balik? Betul ke?" Tanya Rayyan.

"Ya, macam tu lah." Ariana bangun dari duduknya. Membuka tirai.

"Ari terima?" Tanya Rayyan.

"Ya, terima. Lagipun bagus untuk Ana juga kan?" Ariana gelak palsu. Bukan apa, susah weh nak kena belajar tu dari basic.

"Memang bagus. Tapi jangan terlalu memaksa diri okay." Kata Rayyan.

"Girlfriend abang ada di sana." Beritahu Rayyan tiba-tiba.

"Wahhhhh! Bolehlah Ana kenal-kenal kan." Ariana teruja.

"Ari tahu dekat mana pusat latihan kemahiran Xavier's Group?" Tanya Rayyan. Pusat latihan Xavier's Group. Melatih anggota muda dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengar kerja mereka.

"Ingat-ingat lupa." Ariana menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak apa, kalau tak tahu abang send location atau kalau uncle ingat lagi, Ari tanya uncle ilham lah." Kata Rayyan.

"Kenapa Ana kena ke sana?" Tanya Ariana. Rasanya dia hanya pergi ke sana satu kali sebab nak berjumpa Raid yang sedang berlatih. Itu pun pergi bersama Dato'Ilham.

"Ari pergi jumpa dengan Hanna Alexa. Girlfriend abang. Dia antara pelatih dekat sana. Lagi dua minggu baru dia balik ke Itali. Jadi sepanjang tu, Ari pergilah berlatih dengan dia. Abang ada maklumkan pada dia, yang tunang adik abang nak kan latihan. Dia sedia tolong." Terang Rayyan. Ariana senyum lebar mendengar. Jadi dia tidak akan berlatih dengan orang asing!

"Hanna Alexa. Baik abang Ray. Terima kasih. Kalau sempat, esok Ana pergi lepas kelas." Ucap Ariana laju.

"Hanna Alexa atau Ken." Maklum Rayyan.

"Baik." Rayyan tamatkan panggilan mereka. Ariana tidak sabar sebenarnya ingin berjumpa dengan kekasih Rayyan. Entah bagaimana orangnya.




To be continue....

THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)Where stories live. Discover now