31 | SHOULD I KILL YOU, BABY?

381 36 9
                                    


"Apa yang kau cuba buat ni, sial!!" Sesudah sahaja panggilan di sambung, dia menengking orang di panggilan.

"Apa yang aku buat, dik?" Dia ketawa kecil. Suka dengan amarah adiknya.

"Kau bocorkan maklumat pasal aku, Hady!!! Kau dedahkan pada public! Dedahkan pada Rayyan! Kau bodoh ke apa??" Tangan dihentak pada stereng kereta. Muka merah menahan amarah. Bila-bila masa sahaja dia akan meledak dengan perangai bangsat abangnya itu.

" Apa salah aku? Aku cuma nak ringankan beban diorang." Alex ketawa kuat.

"Kau memang bangang, Hady! Kau dedahkan aku, kau pun akan ikut terpalit!" Tengking Hanna kuat.

"Simple sister, just simple thing. Tengku Raden, done. Tengku Rayyan? Belum dik." Kata Alex penuh sinis. Adiknya belum selesaikan kerja yang diberikan. Bukan dia tidak tahu, adiknya teragak-agak bila melibatkan Rayyan.

"Si vas a matarlo y tienes éxito, entonces resolveremos este problema, hermano."
(Kalau kau pergi bunuh dia dan berjaya, baru kita selesaikan masalah ni, adikku)

"Fuck you, Hady." Hanna mengetap bibir.

"Kau tahu, 6 bulan yang aku berikan dah tamat. Ini balasannya tak mengikut arahan aku. Kalau kau dah selesaikan dalam tempoh yang aku berikan, kita dah capai apa yang kita nak." Alex berkata serius. Pisau di tangan dimain-mainkan.

"Kau bunuh Rayyan, kita dapat apa yang kita nak." Alex mengenggam telefonnya kuat. Ah! Tak sabarnya.

"Mungkin kalau kau lagi bagus dari ni, bunuh Raid sekali." Alex menahan geramnya. Jika ada adiknya di hadapannya, tahulah akibatnya. Tapi Hanna suka melengahkan masa mereka. Padahal peluang sentiasa terbuka.

"Sikit lagi, Haline. Sikit lagi. Kita hampir capai apa yang kita nak. Daddy dengan mommy mesti bangga dengan kita. Aku akan uruskan syarikat tu untuk kita berdua. Kau uruskan kematian Rayyan. Aku hampir dapat kuasa aku, Haline." Alex tidak dapat mengawal rasa terujanya. Pisau di lempar ke papan sasar.

"11 years, Higanbana. This is our chance. Hak kita, hak keluarga kita." Hanna terdiam. Alex dipanggilan itu seakan sudah tak sabar.

"Raden deserve the death. He kill our parents." Alex ketawa kecil. Terbayang macam mana dia buat Tengku Raden tak mampu berbicara.

"Defender la justicia para nosotros, Haline."
(Tegakkan keadilan untuk kita, Haline.)

"Aku... mengandung... anak dia... Hady." Kata Hanna perlahan. Dia melihat plastik beg di sebelahnya yang ada keputusan ujian kit mengandung. Dia rasa menyesal. Dia tak tahu nak buat apa. Dia sedang mengandung anak musuhnya sendiri.

"Wow! Already?" Alex terbangun dari duduknya. Dia ketawa kuat. Ini berita baik!

"Macam... yang kau plan." Hanna menghembuskan nafasnya. Dia rasa berat kepalanya. Dia tak terasa jijik tapi entah dia ingin membuang kandungan tu. Dia tak nak ada perasaan sayang ni macam mana dia sayang pada Rayyan.

"Kau pasti memang itu anak dia?" Alex bersuara lagi dengan sinis.

"Kau ingat aku pelacur ke sial?" Marah Hanna. Dia tak pernah serahkan badannya pada orang lain selain Rayyan. Air mata bergenang. Dia tak sepatutnya menangis. Dia... Rindu.

Dia bencikan hormon ni. Ni bukan oleh hati dia. Tapi hormon ni. Ya, dia pasti! Hanna mengenggam bajunya di bahagian perut. Dia mahu buang kandungan ni. Dia tidak mahukan darah daging yang bersangkut dengan Rayyan! Tapi dia ikutkan juga rancangan abangnya yang menyuruhnya untuk mengandungkan anak Rayyan.

"Good job sis. Aku tahu aku boleh harapkan kau." Alex masih dengan ketawanya. Dia gembira!! Satu lagi cara untuk tumbangkan lelaki itu.

"Untuk sekarang, disebabkan aku ada dua berita baik ni. Aku ada plan baru." Bisik Alex sebelum hamburkan tawa kuat.

THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)Where stories live. Discover now