Sesudah Ariana dan Danial sampai ke mansion, terus Danial meminta diri ke pusat latihan. Hanya tinggal Ariana dan pembantu rumah di mansion. Ada 4 orang pembantu sedang membersihkan kawasan ruang tamu berselerakan seakan ada yang mengamuk.Ariana juga menjenguk ke bilik Raid persis tongkang pecah. Raid kah yang mengamuk? Sofa sudah patah dua, kaki katil patah. Ada kaca yang bertaburan daripada tingkap. Eh dah kenapa? Ariana jenguk bilik lain. Tiada apa yang berlaku.
Keesokkannya baru lah Ariana mendengar suara riuh rendah Alif dan yang lain. Ariana turun ke bawah. Danial dipapah oleh Alif. Manakala Raid dipapah oleh Zarif. Rayyan pula hanya berjalan santai melihat mereka berdua.
"Eh kenapa ni?" Ariana bertanya pada Rayyan. Rayyan angkat bahu. Dia hanya naik ke tingkat atas. Alif dan Zarif letakkan mereka berdua duduk di sofa. Itu pun kaki masih menendang tak puas hati.
"Kenapa korang ni?" Ariana berjalan mendekati. Muka masing-masing bengkak kebiruan. Muka Raid dipenuhi bengkak dan lebam, hanya berdarah di tepi bibir. Manakala muka Danial mata sebelah kanan dah bengkak sehingga tertutup. Pipi bahagian kiri juga bengkak seperti Danial mengemam sesuatu. Tepi bibir ada kesan luka panjang.
"Training." Danial senyum dalam payah. Lukanya masih belum dibersihkan. Nak buat macam mana 'latihan' nya itu selesai pada pukul empat pagi.
"Tak masalahnya kenapa training berdua je? Alif dengan Zarif elok, tak ada luka pun. Kenapa? Ada simpan dendam ke masing-masing." Ariana mencekak pinggang di depan mereka berdua.
"Bising lah kau ni." Raid ingin bangun tapi terus Ariana tolak hingga terduduk kembali.
"Duduk. Luka tu kena letak ubat. Kena effection nanti." Marah Ariana. Dia berlari mengambil medkit.
"Tepi lah bangang." Raid menolak kaki Danial.
"Kau lah tepi." Danial turut menolak Raid. Kakinya menendang kaki Raid. Ariana yang baru sampai melihat situasi begitu terus menyirap.
"Korang ni dah kenapa!?" Marah Ariana dengan suara meninggi. Terus terdiam mereka berdua. Ariana memegang bahu Raid kuat dengan sebelah tangan menghalang Raid dari bangun.
Kapas diambil lalu dituang antiseptik. Dibersih darah yang hampir beku itu. Ingin sahaja dia menekan kuat kerana dia tahu Raid yang mulakan. Tetapi mendengar Raid yang berdesir sakit. Ariana cuba memperlahankan sapuan antiseptik ke muka Raid. Selepas siap mencuci semua luka Raid, Ariana beralih ke Danial pula.
"Ariana, kau suka aku tak?" Danial bertanya sementara Ariana mengambil kapas baru. Saja membuat Raid naik hangin.
"Suka." Jawab Ariana ringkas. Raid sudah mengetap gigi.
"Sebagai kawan." Ariana sambung lagi. Raid mengerling tajam ke arah Danial.
Ariana menyapu ubat antiseptik di bibir Danial. Danial merenung wajah jelita Ariana. Dari dahi ke kening yang terbentuk rapi. Berlalu ke mata yang indah, turun ke hidung mancung Ariana. Pipi yang kemerah-merahan. Dan bibir merah yang mungil. Semuanya tampak sempurna. Tapi sayang itu bukan milikny.... Buk!
"Raid!" Ariana menjerit kecil. Terkejut melihat Raid yang tiba- tiba menumbuk Danial di pipi kiri yang bengkak itu dengan kuat. Danial mengaduh sakit sambil terbaring ke sofa.
"Sakitlah babi." Danial mencarut kepada Raid. Tangannya memegang bahagian bengkak itu. Raid senyum sinis.
"Kenapa pukul Danial kuat macam tu?" Ariana marah pada Raid.
"Saja. Aku gian nak pukul orang." Raid membalas dengan nada bersahaja. Dia sandar dirinya pada sofa sambil menolak- nolak kaki Danial yang menendang itu.
"Kau tak faham lagi Ariana? Raid kau ni cemburu." Danial yang masih kesakitan itu tersekat- sekat berkata pada Ariana. Ariana dengan wajah keliru memandang Raid. Dia blur.
"Mana ada aku cemburu. Buat apa aku nak cemburu?" Raid bangun dari sofa dan pergi ke dapur.
------------------------
"Ariana!" Panggil Raid. Ariana yang sedang memberi bubur pada Danial itu terus tersentak.
"Kau pergilah. Mengamuk pulak bapak singa tu nanti." Danial mengambil bubur dari tangan Ariana. Bukannya dia tak boleh makan sendiri tapi memang boleh melihat dengan sebelah mata saja ni.
"Tak apa ke? Raid tak teruk mana. Kau yang teruk masalahnya." Ariana bernada kesian.
"Aku okay. Yang tak okay baby tua kat sebelah tu." Danial bersandar pada katil.
"Kau tuam dengan ais atau hot pack ni. Ikutlah yang mana kau lagi selesa." Ariana serahkan pada Danial.
"Thanks." ucap Danial. Ariana senyum lalu keluar dari bilik Danial.
"Ariana!" Panggil Raid lagi.
"Apa Raid?" Tanya Ariana.
"Kau ada masalah telinga ke apa?" Tanya Raid geram.
"Sabarlah sikit. Ana bukannya ada kuasa lari laju." Ariana mendengus.
"Kenapa panggil?" Tanya Ariana lagi.
"Aku sakit pipi. Tuamkan." Arah Raid. Ariana bangun mengambil ais. Ariana tekapkan pada pipi kiri Raid. Masing-masing mahir tangan kanan, sebab tu pipi belah kiri bengkak paling teruk.
"Perlahan lah sikit." Marah Raid apabila dia rasa Ariana menekan agak kuat.
"Kenapa pukul Dan?" Tanya Ariana dalam nada marah.
"Suka hati aku lah nak pukul siapa pun." Raid menutup mata.
"Raid sakit kan? Buatlah cara sakit. Yang menambah lagi kenapa?" Ariana menekan sedikit. Raid mendesis.
"Kau risau aku matikan boyfriend kau ke apa?" Raid mencerlung tajam. Ariana pandang Raid.
"Ish susahlah bercakap dengan orang macam Raid ni." Ariana diam.
"Betullah tu kan." Raid senyum sinis.
"Nak berapa kali Ana cakap yang Ana cintakan Raid seorang saja? Berapa kali? Kalau Ana cakap pun, Raid bukan nak dengar. Makin meluat adalah kan." Ariana fokuskan kerjanya.
"Kalau Ana suka Danial tu, dah lama Ana putus dengan Raid. Tak payah tunggu Raid bangun, Ana kahwin dengan dia." Ariana gumam marah.
"Kalau cemburu pun tak payahlah nak tuduh Ana macam-macam. Cakap je lah nak perhatian Ana. Ana boleh bagi." Ariana gumam lagi. Entah Raid dengar atau tidak.
"Tak ada masanya aku nak cemburu. Dah lah kau, keluar. Serabut." Raid merampas pek ais dari Ariana.
"Tengok tu. Raid jangan buat perangai keras kepala boleh tak?" Ariana menghela nafas.
"Aku boleh buat sendiri. Kau keluar. Rimas." Raid menghalau Ariana. Ariana keraskan badan tidak mahu bergerak.
"Ana nak balik esok." Tiba-tiba Ariana memberitahu. Sepatutnya lusa, tapi dia nak rehat-rehat bila sampai Malaysia nanti.
"Okay." Hanya itu balasan Raid.
"Okay je?" Ariana bertanya.
"Lepastu nak aku jawab apa? Okay berambus kau? Aku tak kisah pun? Cukup baik aku jawab okay." Raid bangun bersandar ke katil.
"Bagilah kata-kata semangat sikit. Ana nak belajar. Katalah elok-elok sampai sana, jangan tengok lelaki lain. Jangan rindu Raid. Ha macam tu." Bebel Ariana.
"Lantak kau lah perempuan." Raid mengambil telefonnya. Tidak mahu memandang Ariana lagi.
"Kasar betul." Rungut Ariana. Raid abaikan.
"Nah buat sendiri." Pek ais dicampak ke badan Raid.
To be continue....
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
AcciónTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...