Ariana yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya hanya mengeluh bosan. Selepas mereka keluar tadi, Raid membawanya ke pejabat sementara Raid menyelesaikan kerjanya di bilik mesyuarat bersama dengan pihak luar.
Ariana bangun dari sofa. Menjenguk ke luar bilik besar itu. Melihat keadaan agak sunyi kerana hampir menjelang senja, Ariana bercadang ingin keluar mengambil angin. Mesin kopi didekati. Satu cawan kopi diambil lalu berjalan ke lif. Dia pergi ke tingkat atas dimana pekerja-pekerja selalu bersantai. Di situ penuh makanan dan pemandangan yang cantik kerana itu tingkat teratas.
"Biy, Ana pergi tingkat atas tau. Kalau nak cari, Ana tunggu dekat situ. Nak makan." Ariana menghantar pesan suara kepada Raid. Telefon disimpan ke dalam poket. Buka sahaja pintu lif, Ariana lihat di lantai ada sekuntum red spider lili yang sedang bermandi darah. Mata Ariana terbuka luas.
Pandangan diangkat ke hadapannya. Terlihat sosok tubuh seseorang yang sangat dia kenali. Higanbana. Yang sedang memegang Katana panjang yang berbekas darah. Badan-badan yang bergelimpangan tidak bernyawa itu seakan tiada makna baginya.
"Hai Ariana." Higanbana yang membelakangi memandangnya. Senyum sinis jelas terukir dari bibir Higanbana. Ariana yang masih kaku tersentak.
"Apa yang kau nak?" Ariana menentang pandangan Higanbana berani.
"See all this mess? I love all of this so much!" Higanbana mendongak ke atas. Mata terpejam menikmati kekacauan yang dia lakukan. Masih terdengar erangan mangsanya di sebelahnya. Dia ketawa kecil. Dia suka dengar kesakitan itu!
Katana yang terus diangkat tinggi lalu. Kcingg! Katana menembusi kepala dan bertemu lantai menghasilkan bunyi. Darah terpercik ke wajah higanbana. Dia ketawa. Tangan menyapu darah, lalu dijilat dengan lidah.
"Haha pahit!" Higanbana meludah ke arah mangsa tidak bernyawa itu. Darah mula membasahi lantai itu. Darah mayat antara mayat mula membanjiri. Higanbana berjalan dengan Katana diseret ke arah Ariana. Ariana mencari senjata.
"Kau tahu, darah siapa yang manis?" Tanya Higanbana dengan nada yang gila.
"Anak-anak Tengku Raden!" Higanbana ketawa kuat.
"Tapi aku nak rasa darah kau." Higanbana mengikuti semua langkah Ariana perlahan. Ariana sudah meremang. Dia tiada senjata. Pisau dapur yang ada terus diambil. Ada sebatang mop di hujung kaunter turut diambil.
"Tahniah atas perkahwinan kau dengan Raid." Ucap Higanbana sinis.
"Aku tak perlukan ucapan tahniah kau tu." Ariana membalas serius.
"Tak apa kalau kau tak nak. Tapi aku terkilan tau, kau tak jemput aku ke majlis perkahwinan kau." Higanbana berhenti.
"Suka tak aku hancurkan hari bahagia suami kau jadi duka? Kesian dia, ayahnya hampir mati dan akan mati." Higanbana gelak mengejek. Sambil berpura- pura mengelap air mata tanda simpati.
"Sebenarnya aku kesal, Raden tak mati dekat situ. Tapi aku pasti dia tak boleh berjalan dan bercakap atau telan apa sahaja makanan kan? Aku harap dia mati secepat mungkin." Badan yang tidak bernyawa itu, Higanbana pijak dengan sengaja.
"Mungkin lepas ni, giliran suami kau?" Higanbana meletakkan jari telunjuk ke dagu. Gaya berfikir.
"Jangan kau sentuh suami aku!" Ariana beriak marah. Higanbana ketawa. Suka melihat reaksi Ariana.
"Kalau lah aku boleh beritahu macam ni dulu, agak-agak mereka akan berhenti tak bunuh keluarga aku?" Higanbana memijak tubuh tak bernyawa itu mendekati Ariana.
"Kau dah tahu kebenarannya kan lepas malam aku hampir bunuh Raden?" Katana di angkat, lalu tangan menyeluk poket mengambil kain kecil lalu dilap bekas darah yang tersisa di pedangnya.
"Apa yang aku cakap adalah realiti, Ariana Carmila. Keluarga suami kau tu pembunuh." Higanbana mengetap gigi. Ariana yang berundur menemui jalan buntu. Dibelakangnya hanya ada cermin yang jelas kelihatan pemandangan luar. Higanbana di hadapannya.
"Jadi, lebih baik kau benarkan aku bunuh keluarga ni. Atau serahkan balik semua harta syarikat ni." Higanbana menongkat badan menggunakan katananya.
"Cakap dengan orang luar macam kau ni tak ada guna." Higanbana berdecit. Ariana takkan faham deritanya. Takkan pernah faham. Ariana sudah dibesarkan dengan keluarga yang serba ada. Bukan seperti dia.
Higanbana membuka langkah menyerang Ariana. Katana yang terangkat tinggi di tahan dengan batang mop. Wajah mereka saling memandang tajam. Kaki Ariana cuba menendang tetapi Higanbana terus berundur kebelakang. Dia menyerang lagi. Lengan Ariana terkena bucu Katana. Darah mengalir laju. Meskipun hanya sedikit yang terkena tapi lukanya dalam.
"Kalau nak tegakkan keadilan, bukan macam ni caranya." Ariana menahan kawasan yang terluka.
"Keturunan Xavier bangsat tu dah bunuh keluarga aku! Cara macam mana lagi aku nak tegakkan keadilan!" Suara Higanbana bergema ditingkat itu. Katana Higanbana sekali lagi menyerang. Ariana menahan.
Ariana menolak sekuat tenaganya. Hasilnya, Higanbana tertolak ke belakang. Ariana menghayun kuat batang mop itu ke lutut Higanbana. Pak! Higanbana jatuh melutut. Pisau dapur itu hayun wajah Higanbana. Terobek kulit pipi Higanbana. Tidak cukup dengan itu, Ariana menyepak wajah Higanbana sekuat hati.
Higanbana mengambil katananya lalu terus dihayun kepada badan Ariana. Ariana berundur. Pisau dapur itu dipegang gaya bersedia.
Higanbana bangun, menyerang Ariana lagi. Ariana terundur ke balkoni tingkat itu. Angin kencang berderu. Ariana menukar posisinya yang hampir terjatuh kerana palang paras pinggang itu. Tepi badan Higanbana cuba Ariana serang tapi gagal.
Dia berjalan masuk ke dalam. Risau kalau dia yang akan menemu ajal. Sama sama menyepak senjata hasilnya peralatan masing- masing terpelanting jauh. Higanbana menyepak tubuh Ariana kuat. Ariana menahan dengan tangannya.
Higanbana mengambil pisau yang tersisip di tepi tubuh lalu terus ditusuk tepi perut Ariana. Tak sempat elak. Darah mengalir laju sehingga Ariana terduduk. Higanbana ingin menikam lagi dan ditahan oleh Ariana menggunakan satu tangan hingga terluka lagi.
Bang! Bang! Tembakan dilepaskan ke arah Higanbana. Danial yang ditugaskan untuk pergi melihat Ariana, menghala pistol ke arah pembunuh itu. Peluru yang terkena pada kaki Higanbana. Higanbana terjun dari bangunan itu. Danial terus berlari ke arah balkoni. Higanbana telah hilang dari pandangan.
Ariana yang melutut sambil memegang perut itu dipandang Danial. Mayat-mayat penuh darah yang bergelimpangan itu berada di sekitar Ariana.
"Apa yang kau cuba buat ni?" Danial bergumam perlahan. Ariana terus rebah ke atas lantai dibanjiri darah itu.
To be continue....
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
AzioneTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...