Persiapan sudah hampir sepenuhnya lengkap. Semua berjalan lancar tanpa ada gangguan. Datin Arya lah yang menjadi ketua dalam persiapan. Ariana yang hanya duduk dengan inai sudah kering di tangan hanya memerhati orang lalu lalang menyiapkan segala. Katanya dia hanya perlu duduk diam dan memerhati.
Majlis perkahwinan dilakukan di rumah Tengku Raden dan Tengku Azalina. Mahu buat di rumah Ariana masih dalam keadaan bahaya. Jadi akad nikah dan bersanding semuanya diadakan di sini.
Ariana mengeluh. Bosan. Kan seronok kalau ada teman berborak. Julia sahabatnya itu sibuk. Katanya tak dapat pulang. Sudahlah dia dimarahi kerana tiba-tiba berkahwin pada hari sibuk. Jadi sahabatnya itu akan pulang selepas majlis sudah selesai.
"Raid." Panggil Ariana apabila melihat kelibat tunangnya itu. Raid mendekati Ariana.
"Nak ke mana?" Tanya Ariana. Melihat Raid sudah berpakaian kemas itu membuat Ariana tertanya.
"Nak jemput daddy dengan mommy dekat hospital." Jawab Raid. Raid melutut di hadapan Ariana yang sedang duduk di kerusi itu. Raid mendongak sedikit memandang Ariana.
"Nak ikut!" Muka Ariana bersinar-sinar.
"Tak boleh. Kau duduk sini diam-diam okay." Raid menggeleng.
"Alaaa bosanlah, mama tak bagi Ana tolong. Duduk pun lenguh tahu. Please lah Raid?" Ariana mengharap.
"Tanya mama. Kalau dia bagi, aku bagi." Kata Raid. Ariana mengangguk lalu terus bangun menuju ke arah Datin Arya. Ariana berada di hadapan Datin Arya sudah sepenuhnya merayu mamanya itu. Datin Arya yang rimas terus membenarkan. Terus lebar senyuman Ariana.
"Mama cakap boleh!" Ariana terus memeluk lengan Raid.
"Sibuk betul budak kecik ni." Raid mencubit pipi Ariana. Ariana mengaduh kecil.
"Jom!" Ariana menarik tangan Raid keluar dari rumah agam itu. Mereka naik ke kereta lalu bertolak ke hospital. Dalam beberapa minit, barulah mereka tiba ke hospital.
"Daddy dah okay ke kita nak jemput balik rumah ni?" Tanya Ariana. Kekok sebenarnya berubah panggilan ni tapi masih kena biasakan diri. Raid yang fokus dengan telefonnya terus alihkan perhatian ke Ariana.
"Dah. Cuma perlu pemantauan lagi." Raid simpan telefonnya ke dalam poket lalu pegang tangan Ariana.
"Jom." Pintu lif terbuka, mereka keluar.
"Sir!" Seorang pengawal keselamatan mendekat pada mereka berdua. Dia berbisik sesuatu pada Raid. Muka Raid terus berubah riak.
"Macam mana boleh terlepas!" Raid mencengkam baju pengawal itu lalu terus menarik Ariana ke arah tempat Tengku Raden.
"Kenapa ni Raid?" Tanya Ariana cemas. Langkah besar kakinya apabila Raid berjalan laju.
"Dia nampak kau datang ke sini tadi." Raid membuka pintu apabila tiba di hadapan pintu bilik itu. Ariana buat muka pelik, sedangkan dirinya hampir setiap hari berada di rumah. Mati bicara Ariana apabila ada sosok tubuh seseorang di dalam bilik Tengku Raden. Seseorang yang berpisau yang di acu pada leher Tengku Raden. Raid menolak Ariana ke belakangnya.
"Upss!" Higanbana yang sudah siap bertopeng itu ketawa. Topeng muka dalam penyamaran wajah Ariana sudah terletak elok di lantai. Raid mengambil pistol yang terselit di pinggangnya. Mujur lah dia membawa senjata.
"Kenapa serius sangat ni? Chill lah, korang nak kahwin esok kan." Higanbana senyum sinis disebalik topeng separanya.
"Kalau kau sentuh, kau mati." Amaran Raid. Glock dituju pada Higanbana.
"Janganlah. Aku gurau." Higanbana senyum semanis mungkin.
"Lagipun orang tua ni akan mati juga." Higanbana berbisik.
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
AcţiuneTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...