"She's..... She's pregnant!" Doktor Albert terketar-ketar bersuara.
"What!?" Serentak Rayyan dan Raid berkata. Pisau di tangan Rayyan terjatuh ke lantai. Jadi betullah ketika Hanna sakit itu oleh kerana dia mengandung!
"Trying to kill.... your own child huh?" Hanna senyum penuh muslihat.
"I am sorry, King! I won't do it again! Forgive me! King! Haze!" Doktor Albert melutut. Dia terlepas pandang semasa rawatan ke atas Hanna. Sudahlah mood kedua majikannya itu tidak dalam keadaan baik.
"Apa semua ni Rayyan!!!" Raid mendekati abangnya. Kolar baju abang dicekak. Rayyan yang masih terkejut itu tidak beriak memandang Hanna yang masih berkerut-kerut menahan sakit.
"Itu anak kau ke!?? Jawablah sial!" Tengking Raid. Dia tidak percaya! Ada satu nyawa dalam rahim Hanna. Dan tambahan lagi itu anak abangnya. Anak abangnya di dalam musuh mereka!
"Aku...." Rayyan masih ragu.
"Betina! Itu anak Rayyan ke bodoh!?" Raid mencengkam kuat leher Hanna. Dia diamuki amarah. Wajah Hanna berkerut.
"Kau... Rasa..." Tersekat-sekat suara Hanna.
"Jangan main-main dengan aku lah bodoh!" Raid menampar kuat wajah Hanna. Wajah putih Hanna semakin memerah perit.
"Raid!" Panggil Ariana ingin mendekati suaminya. Dia bangun.
"Kau diam! Duduk!" Raid memandang isterinya tajam. Menandakan dia betul-betul marah. Ariana terpasak di tempat dia berdiri.
"Jawab soalan aku! Siapa bapak budak tu!?" Tengking Raid di hadapan muka Hanna. Cengkaman di leher Hanna dikuatkan.
"Cuba kau... Teka.." Hanna masih lagi ingin bermain-main. Bibir terangkat seakan puas dengan permainan itu.
"Kau memang si....." Rayyan menumbuk Raid kuat sehingga Raid terlepas cengkamannya dari leher Hanna.
"Raid!" Rayyan memanggil kuat nama adiknya.
"Aku nak kau bunuh budak tu!" Raid bangun dari lantai. Dia berdiri di hadapan abangnya.
"Kalau betul tu anak aku.... Aku takkan bunuh dia." Keputusan Rayyan muktamad.
"Albert! Dna!" Raid menengking doktor yang masih melutut di lantai itu.
"99% match with... King." Tersekat-sekat suara Doktor Albert. Rayyan memandang Hanna. Jadi betullah, itu anaknya.
"Vaffanculo!" Raid mencerlung abangnya.
"Sekarang ni! Kau dah hancurkan semua plan kita!" Tengking Raid kuat sehingga bergema ruang bilik itu. Danial dan yang lain menunduk juga. Mereka juga tidak tahu ingin beriak apa.
Tapi dalam diam mereka juga setuju, Rayyan sudah hancurkan semua dalam sekelip mata. Tapi mereka tidak boleh salahkan Rayyan kerana keadaan yang semula jadi begitu. Ketika ini semuanya berpihak pada Hanna dan Alex. Mereka hampir kalah dengan permainan ni.
"Kau sedar tak ni, kita dah ikut plan bangsat tu!" Wajah Raid memerah hebat. Dia sungguh marah!
"Rayyan! Sayang aku pada Ariana, aku tak pernah bawa dia ke ranjang lah sial! Ini ke anak yang daddy agungkan ni!" Raid menunding jari pada Rayyan. Rayyan masih tidak beriak itu dipandang tajam.
"Aku nak kau bunuh budak tu!" Pisau di lantai Raid ambil. Lalu ditekan pada dada Rayyan. Rayyan menahan tangan Raid yang menolak tepi pisau itu.
"Bunuh perempuan tu sekarang!" Dengan terang lagi jelas Raid mengatakan.
"Aku takkan Raid. Itu anak aku!" Rayyan menunduk sedikit. Apa yang perlu dia buat.
"Bagus! Sekarang kau dah ada family baru kan? Kau nak bunuh family lama kau pula!?" Pisau itu dicampak kembali di lantai. Dia berjalan ke meja yang penuh senjata itu. Pistol Glock 17 hitam diambil. Peluru dimasukkan.
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
Hành độngTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...