Seseorang yang berpakaian dress merah masuk ke dalam dewan tanpa disedari orang ramai. Dia berhenti di tengah- tengah dewan menghadap Rayyan dan Raid yang berdiri di depan pentas itu.
Bang! Satu tembakan dilepaskan oleh wanita tersebut ke atas. Semua perhatian beralih kepadanya termasuk adik beradik itu. Semua pengawal mengangkat pistol ke figura wanita tersebut sebagai langkah berjaga-jaga. Danial, Zarif, Alex dan Alif turut sama mengangkat senjata mereka.
"Hai Xavier siblings!" Higanbana menyapa dengan ceria.
"It's me again, Higanbana." Kata wanita tersebut sambil mendepakan tangannya. Wartawan sekitar tidak habis- habis menangkap gambar tetamu yang tak diundang itu.
"It's rude. Tak jemput pun aku ke majlis gempak macam ni. Aku support tau bisnes kau ni." Higanbana bertutur dengan sinis. Mata memandang sekeliling.
"Apa tujuan kau datang ke sini?" Rayyan bertanya dengan mata tajam terarah ke arah Higanbana.
"Kan aku cakap yang aku akan datang." Higanbana senyum.
"So Tengku Raden, May you explain to me?" Higanbana beralih pada Tengku Raden yang memandangnya.
"What?" Tanya Tengku Raden. Sama dengan anak-anaknya, pandangan tajam diberi.
"Why you and your father kill my family?" Suara higanbana bergema di dewan itu. Semua tetamu terkejut mendengar pertanyaan higanbana. Bunuh? Tengku Raden membunuh?
"Kill your family? Who?" Tengku Raden bertanya lagi. Setahunya, dia tidak pernah membunuh. Tangannya tak pernah langsung terpalit darah.
"Stop pretend innocent, Raden." Gelak sinis higanbana terdengar menyeramkan.
"Why suddenly Axel's Corporation become to Xavier's Group? Aren't yall wondering how Tengku Axel died as soon as Tengku Xavier got the position?" Higanbana memandang satu persatu tetamu dan wartawan di situ. Mereka mula saling berbisik.
"Haline Axel. Is that you?" Tanya Tengku Raden. Nama asing yang tidak pernah didengari Rayyan dan Raid. Terus mereka memandang Tengku Raden. Higanbana senyum.
"See! You know my name! Tuan Hanz! Tengku Bella Axel! The one who you kill were my parent, Raden!" Higanbana mendedahkan lagi.
"Ah! I heard that Raid Xavier would be the new lead. How can this pathetic boy, handle this company?" Higanbana ketawa.
"Pity you, Raid Xavier. Never aware with your surrounding!" Higanbana menggeleng perlahan.
"This is the third time, Raid. Ariana, your future wife become my toys." Higanbana menentang pandangan helang Raid.
"Remembered last time? Her hand was hurt. I'm the one who made it." Higanbana ketawa lagi. Raid menapak ke depan tapi dihalang Rayyan. Tangan mengengam penumbuk. Urat mula kelihatan.
"I already told her everything you did Raid. Especially, Your lied about your lost memory." Higanbana berbisik. Mata dikenyitkan pada Raid.
"I really like her. She believed all my words. Goodluck Raid! I don't think she would ever trust you again." Gelak higanbana lagi. Tak sabar melihat kepercayaan Ariana punah.
Higanbana mengangkat telefon pintar kesebelah kepalanya menunjuk sesuatu pada Raid dan Rayyan di hadapan. Telefon tersebut milik Ariana! Telefon tersebut memaparkan sebuah gambar Ariana yang terbaring lesu di hadapan tandas. Memang sudah tak bermaya. Di tangan higanbana juga sudah terpalit darah yang banyak begitu juga telefon Ariana. Darah menitik ke lantai.
"Jangan risau Raid Xavier. She will wake up soon." Higanbana angkat tangan sebelah melindung mulut dan berbisik.
"I hope so." Dia ketawa riang seperti itu perkara yang melucukan.
"Cari Ariana." Arah Rayyan. Raid terus berlari mencari Ariana.
"Follow Raid." Rayyan mengarah pada Alex dan Danial. Mereka mengangguk. Mereka turut berlari mengikuti langkah Raid. Tinggal Rayyan yang masih merenung mata merah Higanbana.
"Tak sabar aku nak jatuhkan kau, Raden. Kau terlalu bongkak. Akhir sekali, anak-anak dan bakal menantu kau yang terima balasan." Higanbana menggeleng perlahan.
"Rayyan, You are too kind and smart. Rather than us wasting someone as perfect as you, you better quit from this shitty world. I don't want to kill you. Because I love you, Rayyan." Dengan gaya mengada higanbana berkata.
"See you soon." Higanbana menekan sesuatu di belakang telefon tersebut dan dibuang ke atas lantai.
BOOMM! Telefon tersebut meletup disambung dengan letupan di belakang pentas. Tembakan demi tembakan dilepaskan bagi higanbana yang melarikan diri. Rayyan tahan bagi mengelakkan terkena para tetamu.
Akhirnya, puff! Higanbana hilang disebalik asap letupan. Para tetamu sudah melarikan diri dan bersembunyi. Tengku Raden dan Rayyan memandang kelibat higanbana yang menghilang. Tidak mengekori. Rayyan perlukan penjelasan dari ayahnya.
"Ariana!" Raid melihat Ariana yang tidak bermaya itu. Wajah Ariana sudah dipenuhi darah. Tangan Ariana juga turut dipenuhi darah. Keadaan Ariana lebih teruk dari sebelum ini. Raid mencempung tubuh Ariana keluar.
"Danial sediakan kereta." Arah Raid. Danial terus berlari laju ke kereta.
Terus Ariana dikejarkan ke hospital. Kehilangan darah yang banyak membuatkan Ariana hampir kehilangan nyawanya. Pada keesokkannya barulah keadaan Ariana stabil. Ibu bapanya yang terlalu risau hinggakan bermalam di hospital. Raid juga begitu. Salahnya juga membiarkan Ariana tanpa pengawasan.
"Ariana." Terdengar suara Datin Arya, Ariana bangun dari lenanya yang lama. Wajah pertama yang dia lihat adalah Datin Arya. Terus dipeluk mamanya itu. Terasa perit di bahagian perutnya yang ditikam oleh Higanbana. Lengannya yang ditikam turut diterasa pedihnya.
Pengelutan dia dengan Higanbana sangatlah memeritkan. Dia tahu higanbana takkan lepaskan dia. Jadi dia bertahan. Tapi tumpas juga.
Ariana mengalirkan air mata. Bukan sahaja fizikalnya yang sakit tapi juga hatinya. Dia berkeras untuk tidak percaya. Tapi semua itu sudah merasuk mindanya dari dulu. Cuma perlu dikuatkan dengan kenyataan sebenar.
"Ariana sayang." Perih hati seorang ibu mendengar esakan anak gadisnya.
"Raid tipu Ana, ma." Rintih Ariana.
"Ana tak nak percaya, tapi semua tu berhubung dengan Ana." Ariana mengusap air matanya dengan tangan yang sudah dicucuk jarum.
"Raid tipu Ana hidup-hidup ma." Ariana menyembam mukanya ke bahu Datin Arya.
"Ariana." Dato' Ilham yang baru masuk terus mendekati anaknya.
"Kenapa ni sayang?" Dato' Ilham duduk belakang isterinya. Ariana yang sedang memeluk isterinya itu dipandang. Mata sembab Ariana menjadi tatapannya.
"Ana benci Raid." Kata Ariana keras. Dia benci Raid!
"Papa tak faham, sayang. Kenapa tiba-tiba ni?" Dato' Ilham bertanya. Datin Arya turut mengangguk. Raid masuk ke dalam bilik itu.
"Ariana...." panggil Raid. Ariana melepaskan pelukan mamanya. Dia terus mencerlungnya tajam. Raid mendekati Ariana.
"Keluar!"
To be continue...
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
ActionTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...