Hampir masuk satu minggu Ariana berlatih bersama Hanna. Sepanjang itu, dia hanya berlatih mengendalikan senjata dan tembak secara tepat. Walaupun masih lagi meleset dari target, Ariana sudah lebih baik dari sebelumnya.Ariana yang baru pulang dari larian paginya. Dia meregangkan ototnya yang tegang. Kata Hanna, dia tidak perlu tumbuhkan otot extra seperti biseps atau sixpack atau apa-apa. Dia hanya perlu terbiasa dengan rasa letih yang berterusan apabila dalam pertarungan jangka masa lama. Rasa sakit di tulangnya masih tersisa kerana rutinnya kini sudah berbeza dari sebelumnya.
Telefonnya berdering meminta diangkat. Ariana tenung nombor yang tidak dikenali itu. Teragak-agak dia angkat. Telefon ditekapkan di telinga.
"Hello?" Ariana menyapa. Pemanggil hanya diam.
"Hello?" Lagi sekali Ariana menyapa. Tiada langsung jawapan. Hanya bunyi nafas berderu nipis.
"Siapa ni?" Tanya Ariana lagi. Apabila lama mereka berdiam diri. Ariana tutup.
"Dah kenapa, call tapi tak cakap apa-apa." Marah Ariana. Teelfonnya berdering lagi dengan tertera nombor yang sama. Ariana angkat laju.
"Jangan main-main boleh tak?" Marah Ariana. Masih sama. Diam.
"Siapa ni?" Tanya Ariana kasar.
"Weh aku nak pinjam kereta kau. Kereta aku macam gampang harini......"
Pap! Telefon ditutup. Ariana tergamam. Itu suara Alif. Jadi yang menelefonnya ini, Raid? Atau dia salah dengar? Tapi kenapa Raid menelefonnya, takkan rindu? Ariana terus berlari masuk ke dalam. Telefon mamanya diambil.
"Kenapa sayang?" Tanya Datin Arya.
"Mama ada nombor Raid tak? Nombor sana." Tanya Ariana. Ya lah dia mana ada, sebab tiap kali dia minta mesti Raid akan marah.
"Ada, kenapa? Ariana tak ada ke?" Tanya Datin Arya pelik.
"Terdelete." Tipu Ariana. Dia terus mencari di kontak nombor di telefon Datin Arya. Datin Arya hanya mengangguk.
Ada! Nama Raid ditekan. Nombor sama! Raid buat kerja kantoi. Ariana senyum. Dia letakkan semula telefon Datin Arya di atas meja. Terus dia naik ke atas. Otak sudah merangka usikan. Eleh rindu lah tu. Telefonnya memanggil semula nombor tadi.
"Hai encik tunang, rindu Ana ke?" Sapa Ariana sebaik sahaja panggilannya di angkat. Diam.
"Itulah kan Ana cakap, nanti rindu." Usik Ariana.
"Ego tinggi je Raid ni. Lain kali rindu balik Malaysia okay. Kita jumpa." Ariana ketawa perlahan. Meskipun Raid hanya diam, dia tahu Raid mendengar. Dia hanya teruskan celotehnya sehingga Raid sendiri yang menutup panggilan.
---------------------
Hari ini, dia akan berlatih asas pertahanan diri yang tidak langsung dia tahu.
"Ariana, pastikan awak fokus betul-betul pada target." Hanna berdiri di sebelah Ariana yang berdiri di hadapan punching bag itu.
"Bayangkan bag ni, adalah orang yang awak benci. Rasa nak tumbuk sampai lunyai." Hanna memberi semangat. Ariana mengangguk. Dihayungkan penumbuknya tapi ditahan oleh Hanna.
"Kenapa?" Tanya Ariana. Hanna membelek tangan Ariana.
"Kejap, saya tak perasan gaya awak genggam." Hanna memerhati ibu jari Ariana yang tidak sepatutnya digenggam itu.
"Saya tak sangka tabiat ni ada juga ya." Hanna mengeluarkan ibu jari Ariana.
"Empat jari awak kena di dalam. Dan ibu jari awak diluar. Bukan empat jari awak genggam ibu jari." Hanna mengengam penumbuknya lalu ditunjukkan pada Ariana. Ariana ikut.
"Kalau awak hayunkan penumbuk awak. Empat jari awak ni akan berubah tekanan. Kalau ibu jari awak di dalam, semestinya tekanan tu akan kena pada dia. Nanti jari awak patah. Apatah lagi awak tak boleh kawal tekanan dia." Hanna jelaskan pada Ariana.
"Sebenarnya ada juga beberapa student saya tabiatnya macam ni, tumbukan mereka kuat tapi makin lama makin lemah. Sebab jari mereka akan sakit dan ada juga yang patah." Hanna pegang punching bag.
"Okay Ariana, cuba." Arah Hanna. Ariana menarik nafas, lalu dus! Penumbuk sulungnya hinggap ke beg pasir itu.
"Good Ariana! Teruskan lagi." Dengan nada teruja Hanna memuji Ariana. Ariana cuba lagi. Sakit tangannya kerana tenaga dikerahkan sepenuhnya. Hanna berhenti apabila melihat Ariana yang tercungap-cungap. Meskipun hanya tangan yang bergerak, dia rasa seluruh badannya turut terasa letih.
"Awak dah kena biasa dengan ini Ariana. Kalau awak cepat penat macam ni, senang awak ditumbangkan." Hanna memberi air pada Ariana.
"Penat, rasa semua otot saya bergerak." Keluh Ariana. Dia berdiri, tidak boleh duduk dalam keadaan begini. Nanti mesti kakinya kejang atau badannya sakit-sakit.
"Maafkan saya sebab terlalu kerahkan awak. Tapi awak tahukan beberapa hari lagi saya kena ke Itali. Nanti tiada siapa yang akan ajar awak. Kalau awak selesa, saya ada anak buah saya." Hanna mengusap belakang Ariana. Dia juga pernah seperti Ariana. Jadi dia faham.
"Saya tak kisah dengan siapa pun saya belajar. Tapi saya dah selesa dengan awak." Ariana berdiri tegak semula apabila nafasnya sudah terkawal.
"Tak apa, nanti saya datang ke sini semula. Saya rindu Rayyan, macam tu jugak dengan Rayyan." Tersipu Hanna berkata. Tak boleh! Dia kena balik juga jumpa Rayyan. Nanti rindu.
"Faham." Ariana senyum. Dia pun rindu Raid.
"Kan senang kalau Rayyan boleh datang sini kerap." Cebik Hanna. Asyik dia perlu berulang alik. Tapi kekasihnya tidak langsung datang menjenguknya. Kecuali jika dipanggil oleh Tengku Raden.
"Kenapa tak pujuk abang Ray?" Tanya Ariana. Hanna bangun mengambil pedang kayu.
"Awak tak tahu ke, sekarang dia tengah train Raid jadi pengarah?" Tanya Hanna kembali. Ariana dengan wajah terkejut menggeleng.
"Katanya, dalam beberapa bulan lagi Raid akan naik sebagai pengarah baru. Diorang akan tamatkan kontrak dengan Itali, dan kekal di sini. Jadi Xavier's Group hanya diketuai oleh seorang sahaja." Hanna memberikan satu pedang kayu pada Ariana. Ariana menyambut.
"Lepastu abang Ray macam mana?" Tanya Ariana lagi. Kalau Raid naik sebagai pengarah, bagaimana dengan Rayyan. Takkanlah Rayyan akan berhenti terus selepas mula mengambil alih pada usia muda. Tambahan lagi memang Rayyan seorang yang pintar dalam dunia perniagaan. Bermula dari umur 19 dia sudah mula bercampur dengan dunia itu.
"Nak buat macam mana kan, Ray memang kena berundurlah." Hanna dalam posisi bersedia. Ariana turut melakukan posisi sama.
Kcang! Pedang kayu mereka berlaga. Hanna menyerang secara tiba-tiba. Tangan Ariana secara automatik memegang kawasan bilah pedang yang tumpul itu dalam posisi bertahan.
"Awak tahu, kalau ni pedang betul. Tangan awak dah terluka Ariana." Ketawa Hanna kecil. Mungkin Ariana lupa. Ariana terus menarik tangannya menjauhi bilah pedang itu. Sungguh dia terlupa.
"Kalau awak menang, saya bagi tips cepat mahir." Senyum Hanna nakal. Ariana terus memuncung mulut.
"Awak tahu tapi tak nak share." Balas Ariana. Pedang mereka saling bertemu berkali-kali.
"Saya cuma suka tengok orang yang usaha sungguh-sungguh." Jujur Hanna.
"Tapi saya rasa saya tak boleh menang." Ariana mengelak dari libasan Hanna.
"Mindset awak kena betul ari." Hanna menyerang lagi. Ariana menahan dengan pedangnya. Kcang!!!! Pedang mereka berlaga kuat. Ariana terundur ke belakang.
"Dan kalau begitu lah awak fikir, saya akan tunaikan." Hanna menyepak kuat tangan Ariana yang memegang pedang. Pedang dihunus ke tepi badan Ariana. Terus Ariana terduduk akibat terkejut.
"Apabila awak berhadapan dengan musuh, awak kena buat sesuatu yang dia takkan jangka. Jangan bagi langsung dia peluang untuk menyerang." Hanna menarik pedangnya dari lantai. Tangan dihulur menarik Ariana. Ariana sambut.
"Sis! Aku nak kena pergi Itali....." Seorang lelaki masuk dengan keadaan tergesa-gesa ke dalam bilik tersebut tetapi terhenti.
To be continue....
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
AcciónTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...