"Glitch." Serentak Rayyan dan Raid berkata. Kerja yang tak kemas dibuat oleh seorang hacker. Laptop Zarif menunjukkan pusat latihan yang kini Hanna dan Ariana berada."Yup, monitor kita dah diubah dengan camera palsu. Kalau tengok balik semua aktiviti yang keluar masuk adalah two hours ago. Benda ni hanya berulang-ulang diputar." Zarif mempercepatkan masa, memang situasi yang sama berlaku berulang-ulang kali.
"Kita kena cepat king, aku perasan monitor start berubah 30 minit yang lalu. Orang-orang kita hampir tak perasan." Amaran Zarif. Raid terdiam. Terfikir apa motif menyerang di sana.
"Aku dah beritahu pada Wolf dan Eagle. Diorang dalam perjalanan ke sana. Semua orang di sana aku tak boleh contact." Kata Zarif lagi. Raid terus keluar. Rayyan mengikuti langkah Raid, begitu juga dengan Zarif.
Rayyan telefon Hanna di pusat latihan. Tangan digenggam kuat. Angkatlah, angkat! Dia masuk ke kereta Raid. Sebaik sahaja mereka berdua masuk, terus Raid pecut ke pusat latihan tersebut. Urat mula terbit di dahinya. Tangan mengengam stereng kuat. Tunggu masa ingin meletus.
"King aku dah dapat footage sebenar." Suara Zarif tenggelam timbul diantara enjin kereta Raid yang mengaum kuat.
"Situasi dekat luar sepi. Tak ada orang. Di dalam semuanya sudah rosak." Kata Zarif. Rayyan mengangguk lalu cuba menelefon lagi. Telefon Zarif berdering.
"Wolf telefon." Zarif mengangkat telefonnya yang berdering.
"Apa jadi dekat sana?" Tanya Zarif.
"Higanbana. Dia... Munculkan diri." Danial seakan memandang seseorang.
"Dia ada kat situ ke?" Tanya Zarif lagi.
"Ya, sedang memerhati kami semua." Dengan suara berjaga-jaga Danial memberitahu.
"Ariana... Hanna macam mana?" Sambil itu Zarif cuba lagi mengaktifkan CCTV lain. Panggilan terputus.
"Wolf?" Panggil Zarif. Lagi pecut Raid membawa apabila mendengar panggilan telah terputus.
Mereka sampai dalam beberapa minit. Suasana yang senyap sepi itu membuatkan mereka berjaga-jaga. Raid memegang Glock nya masuk ke dalam. Kelihatan ramai pelatih-pelatih memandang sesuatu arah. Ada juga yang mengacukan pistol ke arah berkenaan. Raid pandang.
Higanbana. Rayyan turut memandang tempat yang sama. Higanbana disebalik topeng separa tersenyum sinis ke arah dua jejaka itu. Seorang gadis kecil di tangannya dipegang erat.
"Wah terujanya! Aku dapat tengok depan-depan muka dua beradik ni." Higanbana buat gaya teruja.
"Apa yang kau nak?" Tanya Rayyan dengan nada tertahan.
"Saja. Nak datang bagi warning. Mungkin dalam beberapa hari lagi, penipuan kau akan terbongkar." Higanbana gelak kecil. Gadis kecil di lengannya diheret berjalan ke tengah lapangan itu. Gadis itu cuba menahan diri dari gentar.
"Agaknya ini kali keberapa aku minta kau undurkan diri dari syarikat megah ni, Rayyan. Aku rasa ini kali ke-3. Nak aku ingatkan balik Raid Xavier?" Higanbana memandang wajah Raid yang merah kerana menahan amarah. Rayyan menahannya dari berbuat apa-apa. Hanna dan Ariana berpusu keluar dari kumpulan orang ramai. Mereka mendekati Rayyan dan Raid.
Hanna menatap berani wajah higanbana. Tangan Rayyan digenggam erat. Mereka sempat bergelut dengan higanbana tapi terlepas dan seorang gadis dijadikan tebusan. Ariana yang terluka di bahagian lengannya hanya membiarkan. Dia tatap higanbana yang pernah hampir membunuhnya. Hampir membunuh Raid.
"Jangan tenung aku macam tu, aku takut." Sebelah tangan higanbana berpura-pura menyapu air mata.
"Ouh lupa nak ingatkan, jangan buat benda bodoh. Siapa nama kau, Danial? Wolf?" Higanbana mengalihkan perhatiannya pada Danial. Lalu dipandang ke satu arah.
YOU ARE READING
THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)
ActionTHE HIGANBANA⚔️ BOOK 2 OF RAID: THE PSYCHO BADBOYFRIEND Ini kelanjutan kisah mereka, Si pyscho, Tengku Raid Xavier tunang kepada Ariana Carmila koma setelah mengalami kemalangan yang dirancang. Abang kepada Raid iaitu Tengku Rayyan Xavier turut terl...