35 | SYARAT

361 37 2
                                    


"Dah berapa bulan?" Rayyan bertanya sebaik sahaja Hanna bangun dari lenanya.

Dia hanya terbaring di katil setelah di rawat. Sepanjang 3 hari dia dirawat, Rayyan tak pernah menjenguknya. Hari ini baru mereka bersua muka.

"Nak tahu untuk apa?" Hanna bermain tarik tali.

"Berapa bulan, Hanna." Rayyan bertanya sambil mengetap gigi. Dia bangkit dari duduk dan mendekati Hanna. Hanna diam.

"Jawab pertanyaan aku, Hanna." Rayyan menatap Hanna dengan wajah mengharap.

"Jawab Hanna." Rayyan merayu lagi.

"Sebulan." Jawab Hanna malas.

"Kenapa kau tak cuba gugurkan dia?" Soalan yang paling ingin ditanya Rayyan. Hanna diam.

"Inilah plan yang kau nantikan tu, Rayyan...." Hanna balas.

"Kau cintakan aku tak Hanna?" Rayyan bertanya laju.

"Kau memang bodoh kan Rayyan." Maki Hanna.

"Selama kita bersama, tak ada langsung ke rasa cinta kau pada aku?" Abai Rayyan. Tolonglah, dia perlukan kepastian.

"Kau..." Hanna ingin membalas tapi dipotong Rayyan.

"Kita kahwin." Rayyan memandang Hanna yang sedang tersandar di kepala katil. Tindakan bodoh Rayyan sekali lagi.

"Kau gila! Aku dah bunuh keluarga kau. Anak ni pun aku akan bunuh!" Hanna memandang Rayyan tidak percaya. Bagaimana manusia seperti ini boleh hidup? Berdamping dengan pembunuh keluarga mereka itu seperti tiada apa- apa yang pernah berlaku.

Sedangkan Hanna, dia menolak mendekati keturunan lelaki yang telah membunuh ahli keluarganya. Tetapi dia dipaksa oleh abangnya, menyerahkan diri seakan- akan mencintai lelaki itu. Dia berjaya! Berjaya buat lelaki itu jatuh cinta padanya. Semakin dalam lelaki itu jatuh semakin lemah. Itu yang dia mahu.

"Kau betul tak cintakan aku?" Rayyan bertanya. Argh bodohnya dia! Dia terlalu mahukan Hanna sampai abaikan semua.

'Ibu, apa yang Rayyan perlu buat?' monolog hati Rayyan. Dia buntu. Setelah kasih sayang ibunya tiada dan Tengku Azalina enggan melayannya seakan anak sendiri. Dia begitu terdesak perlukan kasih sayang dari seorang wanita.

Hanna mendengar segala keluh kesahnya. Sentiasa ceria apabila dengannya. Bantu segala yang dia buntu. Jaga dia seakan bayi. Kenapa takdir terlalu berat padanya? Salahkah dia perlukan kasih sayang wanita?

"Tak pernah sekali." Jawapan yang menyakitkan tangkal hati Rayyan.

"Jadi semua ni atas paksaan abang kau?" Rayyan bertanya lagi. Hanna diam.

Suasana sunyi menyelubungi atmosfera mereka. Berat buat kedua- dua pihak. Seorang ingin terus, seorang ingin meninggalkan.

Secara jujur, Hanna tidak tahu apa yang dia fikirkan sekarang. Dia mahu tamatkan persengketaan antara keluarga mereka. Dia mahu bebas. Tipulah kalau dia kata Rayyan tidak baik dengannya sepanjang mereka bersama. Sangat baik sehingga dia lupa bahawa lelaki itu anak kepada orang yang membunuh keluarganya.

Dia... Cinta. Tapi itu bukan tindakan yang patut dia ambil dalam konflik ini. Dia turut buntu. Apatah lagi dengan desakan abangnya. Dia tak dapat berfikir jernih lagi.

"Hanna." Panggil Rayyan memecahkan kesunyian di antara mereka. Hanna pandang wajah Rayyan yang nampak jelas kecewa itu.

"Aku minta kau bertahan untuk kali ni sahaja." Rayyan menghembus nafas berat.

"Jangan bunuh anak aku." Rayyan mengangkat kepala memandang Hanna. Tangan mengenggam perlahan.

"Tolong, biarkan dia menumpang di rahim kau buat sementara. Aku janji selepas lahir anak ni, kau bebas. Dari abang kau dan dari aku sendiri." Rayyan memandang wajah Hanna dengan mata sayu.

"Selama kau kandungkan dia, aku nak kau duduk dekat rumah ni sehingga kau lahirkan dia. Itu sahaja permintaan aku Hanna." Kata Rayyan dengan nada berat.

"Boleh." Hanna bersetuju. Rayyan senyum perit.

"Tapi dengan satu syarat." Hanna berkata tanpa senyum. Rayyan menanti perkataan seterusnya.

"Satu per tiga dari harta kau tu beri pada aku." Hanna senyum sinis.

"Lepas budak ni lahir, aku takkan masuk campur dalam urusan kau dengan Hady." Hanna bersuara lagi.

"Aku tak setamak abang aku tapi jangan ingat aku nak biar budak ni tumpang senang lenang dalam rahim aku." Hanna berkata tanpa rasa. Rayyan mengangguk.

"Setuju." Meskipun sakit mendengar Hanna yang berkata kejam tentang janinnya itu, Rayyan cuba untuk tahan.

--------------------

"Mierda!" Alex mencampakkan telefonnya ke lantai. Adiknya tidak dapat dihubungi walaupun dia sudah mendapat berita tentang kematian Rayyan.

"Kau memang sial kan Haline! Jangan ingat kau boleh lari dari aku." Tengking Alex pada bilik yang kosong itu. Telefon berkecai di lantai itu disepak.

Sekarang dia berada di bilik Rayyan, selaku menggantikan lelaki yang sudah mati itu. Selagi Raid tidak mencampuri urusannya, dia boleh sediakan prosedur baru.

Dokumen di atas meja di ambil. Di dalam dokumen itu menyatakan dia hanya boleh memegang Xavier's Group selama 7 bulan sahaja. Untuk tempoh seterusnya, dia perlu bernegosiasi dengan Raid. Akal lincah merancang untuk rancangan seterusnya. Dokumen itu dicampak ke tepi.

"Kau ingat kau boleh lari dari, Haline. Aku akan cari kau sampai lubang cacing. Ada kerja kau yang belum siap lah sial!" Gumam Alex. Wajah yang sudah berubah.

Telefon satunya lagi itu diambil di laci. Tangan sibuk mendail satu nombor. Dia tekapkan ke telinga menunggu disambungkan.

"¿Sí?" Suara wanita tua menyapanya.

"Haline se escapó de mí."
(Haline ran away from me.) Kata Alex pada wanita itu. Wanita itu berdecit kecil.

"Pensé que esto sucedería."
(I already thought this would happen) balas wanita itu. Dia sudah kenal dengan perangai Haline.

"¿Cuál es tu próximo movimiento?"
(What's your next move?) Tanya wanita itu.

Tengku Nieva Axel. Lebih tepatnya adik kepada Tengku Bella Axel, ibu mereka berdua. Wanita ini lah telah menjaga mereka setelah mereka kehilangan seluruh ahli keluarga mereka. Nieva tak secekap ibu dan ayah mereka yang serba tahu tentang dunia ini. Nieva dulu ada bekerja di Xavier's Group di bawah cawangan di Spain. Kini dia hanya seorang wanita tua yang memiliki sebuah kafe.

"Haline, la encontraré."
(Haline, i will find her.) Tekad Alex.

"Careful with your move, Hady. Xaviers would not give up until you died." Amaran wanita itu.

"I will, Nieva." Alex meletakkan telefonnya ke atas meja. Dia agak serabut. Dia sudah hampir dapat syarikat ini. Tapi adiknya pula hilang. Lokasi yang dapat dia jejaki hanya terhenti di tempat pembunuhan Rayyan.

"Come in." Ketukan di pintu bergema. Seorang gadis yang menjadi pembantunya masuk.

"Mr. Alex, this is a meeting and media conference that you need to attend." Tablet di letakkan di atas meja Alex.

"Sure." Senyuman ramahnya diukir. Menandakan dia adalah Alex.

"Hey pretty, here." Panggil Alex. Gadis itu berjalan mendekati Alex yang sedang duduk.

"Duduk." Alex menepuk ke pahanya. Pipi gadis itu memerah. Dia duduk malu-malu.

"You are very beautiful. I think I'm in love with you. Do you want be mine?" Kata Alex dengan mata melorot ke wajah lalu ke badan gadis itu. Pipi gadis itu terus memerah lagi.

"Do me a favor." Alex dekatkan diri pada gadis itu lalu membisik sesuatu. Gadis itu menelan air liur.

"Is it okay, honey?" Alex mengusap pinggang gadis itu. Gadis itu mengangguk kecil.

"Good girl." Alex mencium bibir dan pipi gadis itu. Gadis itu sudah tersenyum suka.




To be continue...

THE HIGANBANA✔️ (RE:EDIT)Where stories live. Discover now