Chapter 3

518 50 0
                                        

    Sementara itu, di biliknya, Mikhayl sibuk dengan kajiannya di tengah-tengah lautan kertas penuh berlakar pelbagai corak serabut. Apa yang dilaporkan ibu tirinya memang benar, kebelakangan ini dia menghabiskan masanya berkurung di dalam bilik untuk mempelajari dan mendalami buku Ancient Spell and Array yang baru diwarisinya.

'Siap!'

Akhirnya Mikhayl berjaya menghabiskan praktisnya yang terakhir.

Dia menggosok kedua-dua belah tapak tangannya dengan teruja sambil menjilat bibir. Dia menolak ke tepi segala kertas-kertas yang berterabur di lantai biliknya, mengosongkan sebahagian besar kawasan lantai di hadapannya. Kemudian dia meletakkan sebuah kerusi di kawasan kosong itu.

Setelah hampir tiga minggu mempraktis lukisan seratus tiga jenis corak, kali ini tibalah masa untuk Mikhayl mencuba segala apa Array yang dipelajarinya. Meskipun risiko untuk cubaannya ini sangat tinggi.

Hatta boleh membahayakan nyawanya.

Namun Mikhayl memang dari dahulu memang merupakan seorang gadis yang tidak takut mencuba.

"Hisss..." Dia mengeluh pedih setelah melukakan hujung jari telunjuknya dengan sebatang jarum panjang. Darah merah pekat mula menitik keluar dari lukanya.

Syarat pertama mendirikan Array, perlu melukisnya menggunakan darah manusia, kerana darah tersebut akan menjadi pengikat antara Array yang dibina dengan sang pelukisnya. Kemudian barulah Array tersebut boleh diaktifkan dengan berbekalkan tenaga dari Soul Force pelukis.

Mikhayl mengambil nafas dalam-dalam, menenangkan dirinya. Kemudian dengan fokus yang tidak berbelah bahagi, dia mula melukis sebuah simbol Array pada lantai di hadapannya menggunakan darah dari jarinya.

Melukis Array hakikatnya tidak semudah melakar corak-corak tertentu. Ianya memerlukan ketelitian dan kepekaan yang tinggi. Satu garisan perlu lurus betul, satu bulatan perlu bulat betul dan simetri untuk tidak mencacatkan Array yang dilukis.

Selain itu, turutan lukisan merupakan sesuattu yang teramat penting dalam melukis Array, terutamanya titik mula Array, corak pertama yang dilukis dalam satu simbol Aray. Satu Array dengan simbol yang seratus peratus sama, namun corak di dalamnya yang dilukis dengan urutan yang berbeza akan menghasilkan dua Array dengan kesan yang berbeza.

Seterusnya, terdapat sembilan puluh tujuh peraturan yang perlu dipatuhi dalam melakar satu simbol Array yang sempurna.

Sebagai contoh, peraturan yang pertama;

Titik mula Array mestilah benda hidup.

'Benda' di sini dimaksudkan sebagai corak. Dalam seni Array, terdapat seratus tiga jenis corak. Corak-corak tersebut mempunyai sifatnya tersendiri seperti 'hidup', 'mati', 'sejuk', 'panas', 'lembut', 'keras' dan banyak lagi sifat-sifat corak yang perlu diingati.

Contoh lain, peraturan ke lima belas;

Benda keras perlu dituruti oleh benda mati.

Dan sembilan puluh lima lagi peraturan rumit yang lain.

Selama tiga minggu ini, Mikhayl bertapa di dalam biliknya untuk menghadam segala jenis peraturan yang ada, menghafal segala jenis Array yang ada di dalam buku itu, dan praktis melukis corak-corak yang ada dengan betul.

Pada saat ini, Mikhayl sedang melukis Array barrier. Seperti namanya, Array ini dilukis unttuk mendirikan barrier. Dan objek lindungan Mikhayl adalah kerusi kayu di hadapannya.

Meskipun wajah Mikhayl serius dan tenang, hakikatnya di dalam hatinya begitu gemuruh.
Dia tahu, meskipun ilmu Array ini adalah satu 'cheat power' yang sangat berguna, namun ia juga datang dengan risiko yang besar kepada penggunanya.

Lukisan Array yang salah atau cacat boleh mendatangkan backlash kepada pelukisnya, merosakkan Soul Force serta mengancam nyawa si pelukis.

Peraturan ke sembilan puluh tujuh;

Satu Arrray perlu ditamatkan dengan simpulan, iaitu benda yang dikira sebagai pengikat.

Mikhayl menggerakkan jarinya, melakar benda yang menjadi simpulan pada Arraynya, sekaligus mengakhiri lukisannya. Dengan nafas yang tertahan, dia mula mengaktifkan Soul Forcenya.

Array di hadapan Mikhayl terus menyala dengan cahaya warna putih terang.
Kemudian satu lingkaran cahaya menyala di lantai, mengelilingi kerusi di hadapan Mikhayl!

Mikhayl melepaskan nafasnya begitu lega. Kemudian senyumannya terus terkuak lebar.

Kedua-dua tangannya menarik keluar dari sarung pisau yang tergantung di pinggangnya, dua bilah dagger tajam berkilat.

Dia tersengih-sengih teruja sambil memutar-mutar dagger di tangannya. Kemudian Mikhayl terus menghayun kedua-dua tangannya, cuba membelah barrier itu bertubi-tubi sambil berpusing di sekitarnya. Dia menyerang dari pelbagai arah.

Kedua-dua daggernya berlaga dengan barrier lutsinar tersebut, yang bagaikan benteng besi yang melindungi kerusi tersebut namun tak kelihatan di mata.

Setelah puas cuba mencari titik lemah pada barrier itu namun tidak dittemui, Mikhayl akhirnya berhenti menyerang dan duduk bersila di hadapan barrier yang masih teguh itu. 

Sekarang, dia akan menunggu untuk melihat berapa lama barriernya itu mampu bertahan.

Ada Array yang mempunyai durasi masa, dan durasi tersebut bergantung pada level Soul Force si pelukis.

Dengan Soul Force level tiga belasnya, Mikhayl ingin tahu selama mana Arraynya boleh bertahan.

Ataupun dia sebenarnya boleh sahaja membatalkan Array tersebut sendiri. Caranya adalah dengan melukis semula Array tersebut dengan cara Reverse. Namun itu dia akan cuba selepas ini.

--------
Empat puluh lima minit.

Itu durasi untuk barriernya. Untuk mendirikan barrier yang kekal, dia perlu mencapai sekurang-kurangnya Soul Force level empat belas.

Mikhayl kemudian mencuba pula melukis Array seterusnya.
Sehinggalah ke pagi keesokan harinya, Mikhayl tidak tidur mencuba segala Array yang mampu dia dirikan.

Sehingga gadis itu terbaring terlentang di lantai kepenatan dengan Soul Force yang sudahpun kontang.
Mikhayl tercungap-cungap tidak mampu menggerakkan walau seinci pun tubuhnya kerana kehabisan tenaga. Namun pada wajah gadis itu terukir senyuman gembira.

Dengan levelnya sekarang, dia boleh menggunakan lebih dua puluh jenis Array. Sudah tentu ada banyak lagi Array lebih hebat yang dia tahu namun tidak mampu aktifkan kerana levelnya tidak mencukupi, namun dia tidak risau.

Untuk dirinya yang selama ini tidak mempunya cara untuk berlawan setara dengan Souliers lain kerana tidak memiliki Soul Weapon, Array-array ini sudah lebih dari cukup untuk membantunya.

Tambahan pula, dia juga ada seni mempertahankan dirinya.

Dengan kemahiran barunya ini, Mikhayl jadi tidak sabar pula untuk sesi Beast Hunting pada bulan hadapan.

Cuma... Sebelum itu, dia perlu menambahkan diet zat besinya. Jika tidak, silap bulan dia boleh pengsan kerana kekurangan darah apabila menggunakan Array-arraynya.

'Ah, seronoknya......'
Kelopak mata Mikhayl mula terasa berat.

'Esok aku nak ke bandar untuk cari bahan..'
Fikir Mikhayl dalam kepala yang mula terasa mamai.

Ada lagi satu alat magis menggunakan Array yang ingin dia cuba cipta.

'Ah.. Tapi aku perlukan duit...'

Akhirnya kelopak mata Mikhayl tertutup tanpa mampu dikawal.
Gadis itu terus lena dengan kepenatan yang menguasainya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Author's Note: New skill, locked!

THE DEFECTIVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang