"K-kau siapa?!" Warrior itu berkerut wajahnya menahan sakit tangannya yang dicengkam."Hentikan perbuatan kau, Black Jack." Mata Rayyan mencerlung tajam. Sebelah tangannya masih mencengkam tangan Warrior yang digelar Black Jack di bandar itu, sebelah lagi santai dalam kocek seluarnya.
Sewaktu Black Jack memunculkan dirinya tadi, Rayyan terkejut tidak menyangka dia akhirnya boleh berjumpa dengan penjenayah terkenal di bandar yang sedang diburu TownGuard (Ala-ala polis yang menjaga keamanan di bandar utama) itu.
Aura Soul Force level tujuh belas Rayyan, menghembus keluar dari tubuh memberikan tekanan yang hebat kepada si Warrior sehingga dia tanpa mampu dikawal menyah-aktifkan Soul Weaponnya.
KRAKKK!
"Argghhhhhhh!!!"Bunyi tulang patah diikuti dengan erangan kesakitan si Warrior kedengaran apabila Rayyan mencengkam pergelangan tangan lelaki itu sehingga tulangnya remuk.
Kemudian dengan satu pergerakan kemas penuh bergaya, juara Aryan's Annual Batttle Royal itu memutarkan tubuhnya, kaki panjangnya dihayun tinggi, menjunam turun menghentam tengkuk Black Jack denan bunyi yang kuat.
Black Jack terus rebah pengsan ke tanah.
Rayyan mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail satu nombor.
"Hello, Carl. Bagitahu TownGuard, aku dapat tangkap Black Jack dengan konco-konconya."
"Di lorong belakang hotel."
Matanya melirik Black Jack di tanah kemudian naik beralih pada si gadis bertopi yang menjadi mangsa serangan Black Jack.
Baru dia perasan gadis itu dari tadi masih tegak terpaku merenungnya bagaikan patung.
"Okay. " Rayyan mematikan taliannya dan menyimpan semula telefonnya ke dalam kocek seluar.
Dia melangkah mendekati si gadis bertopi. Sambil itu dia turut tunduk mengutip wrist band dan ankle band gadis itu di tanah.
Kening Rayyan terus terangkat tinggi. Pemberat ini lebih berat daripada yang dia sangka. Setiap satunya lebih kurang 5 kilogram.
"Kau okay?" Rayyan menyoal apabila sampai di hadapan gadis itu sambil menghulur band-band milik gadis tersebut.
"...................."
Senyap, tiada jawapan.
Gadis itu masih tidak berkelip merenungnya dengan sepasang mata bundarnya yang cuma kelihatan pada wajahnya yang ditutupi face mask.
"....... Kau okay?" Rayyan menyoal lagi. 'Apa kena dengan budak ni?'
Senyap masih tiada respon.
"Hello?" Rayyan memetik jarinya di hadapan wajah gadis itu.
"Oh!" Mikhayl baru tersedar dari sumpahan pukauan idolanya. Dia terundur beberapa langkah ke belakang dengan wajah merah padam. Dia terus memegang hidungnya di sebalik face mask. Dia tak ada nosebleed kan?
Bergaya betul Rayyan sewaktu buat high kick tadi!
"Kau okay?" Rayyan menyoal semula dengan senyuman. Lucu pula dia melihat reaksi gadis bertopi ini.
"Errr, saya okay!" Dalam kelam kabut, Mikhayl mengambil semula band-bandnya dari tangan Rayyan. Rayyan melihat gadis itu memakai band-band tersebut pada tangan dan kakinya dengan cekap dan familiar, seolah-olah band-band tersebut memang menjadi perhiasan hariannya.
Mikhayl tak lupa untuk berterima kasih pada heronya itu.
"Terima kasih banyak-banyak kerana tolong saya."

ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEFECTIVE
FantasíaSouliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos memp...