Satu kaki panjang diangkat tinggi, menyasarkan pada wajah tampan kapten kumpulan The Crown itu.Rayyan turut mengangkat kakinya menahan tendangan penyerangnya, sebelum tubuh lelaki itu berpusing dan dia menghayunkan pedang di tangannya ke sisi pinggang lawan tersebut.
Mikhayl, sang lawan terus menangkis hayunan pantas tersebut dengan pedangnya sendiri. Kemudian, dengan kepantasan yang menakjubkan, gadis itu memutarkan tubuhnya ke belakang Rayyan, dan sekelip mata dia sudah berada di sisi lagi satu Rayyan pula dengan pedangnya dihayun ke leher lelaki itu.
Di saat semua mata penonton terbeliak melihat pedang Mikhayl yang begitu hampir untuk mengguris leher Rayyan, pedang tersebut tiba-tiba terhenti cuma dua sentimeter dari batang leher lelaki itu.
Rayyan telah mencengkam pergelangan tangan Mikhayl yang memegang pedang dengan sebelah tangannya. Serentak itu juga, satu lagi tangannya menyiku perut Mikhayl.
Mikhayl sempat mengangkat lutut bagi melindungi perutnya dan dalam pada masa yang sama memulas tangannya keluar dari cengkaman Rayyan. Namun pada saat itulah, Rayyan dengan pantasnya berpusing dan menujahkan pedangnya ke wajah Mikhayl.
Ting!
Bunyi dua pedang logam saling berlaga membingit di bilik itu. Mikhayl menahan serangan pedang Rayyan yang begitu berat itu dengan pedang yang digenggam oleh kedua-dua belah tangannya. Kening Rayyan terangkat tinggi melihat refleks pantas Mikhayl yang mampu bersaing dengan kepantasan serangannya.
Mikhayl melompat ke belakang.
Isla yang tadinya sampai berdiri menyaksikan pertarungan memdebarkan antara kaptennya dengan Mikhayl terus terduduk menghela nafas lega. Dia memegang dadanya yang terasa berdegup laju.
Dia pula yang nervous menyaksikan perlawanan mereka.
Abangnya, Akyl di sebelah dari tadi menggenggam penumbuknya yang bergetar, bergoncang dengan keterujaan menyaksikan perlawanan antara dua souliers itu.
Rayyan..
Walaupun lelaki ini sudah lama tidak bertarung sejak kecederaannya hampir dua tahun lalu, kekuatan Rayyan jelas sekali langsung tidak terjejas, sebaliknya makin bertambah!
Dan Mikhayl.. Gadis ini yang mampu membuatkan Rayyan berlawan seserius ini, juga bukan calang-calang souliers.
Laura meneguk air liurnya.
".... Kuatnya Mikhayl.." Terkeluar ayat tersebut dari bibir wanita itu. Suaminya mengangguk setuju, turut rasa membara dengan semangat melihat perlawanan antara mereka.
Carl pula dari tadi ternganga. Rayyan ni biar betul!
Dia boleh nampak yang Rayyan memang bertarung dengan serius kali ini.Dan lelaki itu tidak teragak-agak langsung untuk menujahkan pedanganya ke wajah Mikhayl, tunangnya sendiri!
Dia teringat sebelum mereka mula berlawan tadi.
" Pilih mana senjata yang kau nak guna." Rayyan menujukkan kepada Mikhayl koleksi senjata milik The Crown.
Untuk perlawanan kali ini, mereka masing-masing akan menggunakan senjata biasa yang memang terdapat di markas mereka memandangkan Rayyan selalu menitikberatkan ahli kumpulannya supaya mahir menggunakan pelbagai jenis senjata, bukan setakat soul weapon mereka.
Setelah meneliti, Mikhayl mencapai sebilah pedang panjang tajam yang tergantung di ruang simpanan senjata itu. Rayyan turut mencapai pedang pilihannya.
"Kapten, walaupun dia tunang kau, jangan berlembut hati pula nanti." Carl mengusik.
Rayyan tersenyum sambil matanya memandang Mikhayl.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEFECTIVE
FantasySouliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos memp...