Sewaktu Mikhayl menjejakkan kaki di kawasan tanah lapang di Mori Village, tempat Non-Souliers berlatih dengan Master Ouran, tujuh orang budak kampung itu sedang berderet membuat handstand dengan gigih di tengah terik mentari itu.Mikhayl melihat sekeliling kawasan itu. Dia tidak pula melihat kelibat Master Ouran.
"Qiqi, mana master?" Mikhayl menyoal Qiqi yang turut sedang melakukan handstand.
"Master di atas bukit." Qiqi menjawab dengan peluh yang laju menitik dari kepalanya ke tanah.
Mikhayl tersenyum. "Okay, terima kasih. Dah berapa lama korang buat ni?"
"Hehehe, setengah jam." Qiqi berkata bangga.
"Bagus." Puji Mikhayl. Mikhayl memandang lagi enam orang yang lain. Mereka semua masih kecil lagi dalam lingkungan umur lima hingga lapan tahun.
Tujuh orang ini masih lagi di tahap pertama latihan Master Ouran.
Pada awalnya sewaktu meminta pertolongan Ouran, Mikhayl menyangka lelaki itu akan melatih budak-budak di Mori Village bertempur biasa-biasa sahaja semampunya.
Namun dia tidak menyangka pula, Mastter Ouran begitu mengambil serius tugasannya sebagai jurulatih mereka. Lelaki itu menyusun siri latihan dengan begitu sistematik.
Segala yang diajar Ouran begitu bernillai, sehinggakan Mikhayl sendiri turut menyertai latihan Ouran jika dia berkelapangan.
Dari gaya lelaki itu, Mikhayl meneka yang Ouran memang seorang pengajar seni tempur sebelum ini.
Dan lelaki itu bukan calang-calang jurulatih.Mikhayl pernah berlawan tangan kosong dengan Ouran, dan dia tewas di tangan lelaki itu setelah dua puluh minit mereka berbalas serangan.
Pada waktu itu, Mikhayl memang begitu serius berlawan, menggunakan segala pengalaman bertarung seumur hidupnya.Pertempuran sengit antara Mikhayl dan Ouran itu kemudiannya membakar semangat anak-anak Mori Village yang menyaksikan pertarungan tersebut.
"Baiklah, teruskan berlatih. Akak nak pergi cari Master." Mikhayl meninggalkan tujuh orang budak itu bagi meneruskan latihan mereka.
Tahap pertama latihan Ouran adalah untuk meningkatkan kekuatan dan stamina budak-budak di kampung ini.
Semua latihannya berat-berat belaka, seperti ulang-alik mendaki bukit sambil membawa beban, latihan angkat berat, tekan tubi harian dan sebagainya.Segala latihan yang disusun Ouran pada tahap pertama ini menguatkan otot tangan, kaki, perut dan pinggang mereka, di samping meningkatkan stamina mereka.
Mikhayl berjalan kaki menuju ke bukit berhutan kecil di belakang Mori Village yang turut menjadi kawasan latihan Master Ouran khususnya bagi latihan tahap dua dan tiga.
Sewaktu Mikhayl mendaki naik bukit itu, menyelusuri hutan, Mikhayl dapat melihat sekumpulan remaja dengan bilangannya lebih dari sepuluh orang sedang berlari dan melompat dari satu pokok ke satu pokok dengan begitu pantas.
Seorang remaja yang berada di hadapan sekali sedang berlari laju, melompat dan bergayut dari satu batang pokok ke batang yang lain, manakala di belakangnya, sebelas orang sedang mengejarnya dengan kecekapan melompat yang sama.
Mereka merupakan pelajar tahap dua latihan Ouran.Tahap dua latihan Ouran fokus kepada teknik mengelak, berlari dan juga melatih fleksibiliti remaja-remaja itu.
Selama sebulan lebih, mereka cuma diajar mengelak, berlari dan melompat. Selain daripada latihan sebelas mengejar satu di dalam hutan sebegini, ada juga latihan dimana sebelas orang akan menyerang seorang di kawasan tanah lapang. Yang seorang itu hanya dibenarkan untuk mengelak, tidak boleh membalas balik langsung serangan sebelas orang yang menyerangnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEFECTIVE
FantasiSouliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos memp...