Tok! Tok! Tok!Pintu bilik belajar Lord Fahriz Frost diketuk beberapa kali.
"Masuk." Fahriz menutup buku yang sedang dibacanya.
Seorang lelaki berusia berkaca mata yang merupakan butler rumah agam keluarga Frost itu melangkah masuk. "Tuan, ada tetamu datang untuk bertemu dengan Tuan."
Dahi Frost berkerut. Tetamu petang-petang begini?
"Siapa?" Soalnya."Rayyan dari keluarga Evergreen." Lapor Butler itu.
Fahriz terus berdiri dari kerusinya. "Kenapa kau tak beritahu segera? Jemput dia masuk sekarang!"
"Baik, Tuan." Butler itu terus melangkah keluar.
Fahriz pergi ke hadapan cermin untuk membetulkan kolar bajunya sebelum dia dengan segera melangkahkan kaki panjangnya keluar dari bilik dan turun ke ruang tamu.
Sambil itu dahinya berkerut memikir perihal kedatangan tuan muda keluarga Evergreen itu.
Siapa yang tidak kenal Rayyan Evergreen?Lelaki itu merupakan salah seorang pahlawan terkuat dalam kerajaan Aryan. Dan yang lebih utama, bakal pewaris keluarga Evergreen, keluarga Noble terulung di Aryan.
Di ruang tamu, kelihatannya isteri-isteri dan anaknya sudah pun mendengar berita kedatangan Rayyan. Marina, Azura dan Ruby sudah siap duduk di ruang tamu, masing-masing dengan penampilan yang rapi.
Pada waktu itu, pintu rumah mereka dikuak dari luar.
Seorang lelaki tinggi lampai yang segak berkemeja hitam melangkah masuk.Lelaki itu cukup dikenali semua di Aryan sebagai Rayyan Evergreen, juara Aryan's Battle Royal tiga tahun berturut-turut.
Fahriz segera mendapatkan lelaki itu dengan senyuman lebar.
"Selamat datang, Rayyan. Kami berbesar hati menerima kamu sebagai tetamu. Silakan du-"Bicara ramah Fahriz terhenti apabila melihat figura yang muncul di belakang Rayyan.
Lelaki itu terus terpaku berdiri di situ bagaikan disambar petir.Hatta Marina, Azura dan Ruby juga sudah tegak berdiri terkejut.
'Mikhayl?!'
"Maaf kerana datang mengejut. Saya datang untuk menghantar Mikhayl pulang." Ujar Rayyan dengan senyuman pada wajah tampannya.
Mikhayl di sisinya menikmati satu persatu riak wajah ahli keluarganya. Dia rasa hendak tergelak.
Kalau keluarga lain, mereka pastinya sudah bergenang air mata kegembiraan memeluk keluarga mereka yang pulang setelah sekian lama terpisah.Namun keluarganya, masing-masing cuma tercegat dengan wajah terkejut beruk.
Mikhayl melangkah mendekati ayah kandungnya yang masih terkedu bisu.
"Ayah, Mikhayl dah balik." Ujarnya dengan senyuman lebar."Oh.. Err... Ha.Ha. Kamu dah balik.. Baguslah.. Kamu tak apa-apa." Ayat yang keluar dari mulut ketua keluarga Frost itu begitu canggung sekali.
Dua isteri Fahriz lebih pandai mengawal reaksi mereka.
"Mikhayl, syukurlah kamu selamat! Kami betul-betul ingatkan kamu dah tiada." Azura meluru memeluk Mikhayl. Terus keras kejung Mikhayl di situ.Mana pernah wanita ini memeluknya!
"Ya, Mikhayl. Kami semua risaukan kamu. Ayah kamu siap tak lalu makan, bersedih asyik teringatkan kamu."
Marina pula menambah sambil mengusap air mata di hujung tubir matanya yang entah ada entah tidak.Rayyan menjungkit keningnya.
'Tak lalu makan tapi masih ada mood untuk buat jamuan makan?'"Oh, ayah janganlah sedih-sedih. Sekarang Mikhayl dah balik, ayah dah boleh makan dengan penuh berselera. Nak buat jamuan makan bannyak-banyak pun boleh." Mikhayl berkata dengan wajah sepolos yang boleh.
YOU ARE READING
THE DEFECTIVE
FantasiaSouliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos memp...