Chapter 56

717 71 4
                                        


Rayyan beriringan masuk bersama Mikhayl ke dalam ballroom rumah agam milik Alfred Frost.

Kali ini, kemunculan tuan muda keluarga Evergreen itu mengundang perhatian ramai.

Masakan tidak, lelaki yang dahulunya merupakan souliers yang terkuat dalam kerajaan Aryan itu sudah lama tidak memunculkan dirinya di khalayak ramai.

Azura yang melihat kemunculan Rayyan hampir terjegil biji matanya. Siapa yang kata Rayyan kini sudah cacat berkerusi roda?!

Lelaki ini jelas sekali masih tampan bergaya dan sihat sejahtera!

Rayyan mendekati Alfred Frost yang berada di atas kerusi rodanya. Lelaki itu sedang dikelilingi oleh anak-anak dan menantunya. Dan juga Sara, cucu kesayangannya.

"Selamat hari lahir, Tuan Alfred " Ucap Rayyan.

"Rayyan Evergreen! Terima kasih kerana sudi datang ke majlis aku." Balas Alfred gembira. Selama ini, keluarga Evergreen yang berstatus jauh lebih tinggi dari keluarga Frost itu tidak pernah hadir ke majlis ulang tahun kelahirannya.

"Sebagai tunang Mikhayl, mestilah saya kena hadir ke majlis keluarga tunang saya." Balas Rayyan sambil tersenyum mengerling Mikhayl di hadapan semua.

Riuh-riuh bisikan terus kedengaran. Sebelum ini, berita pertunangan Mikhayl dengan Rayyan tidak diketahui ramai.

Kali ini, Rayyan terang-terangan mengisytiharkan hal pertunangannya dengan Mikhayl di hadapan semua.

"Mikhayl? Cucu Alfred yang cacat soul force tu ke?"

"Kenapa dengan Mikhayl? Kenapa bukan dengan Ruby?"

"Dengan Sara pun lagi okay. Barulah sama padan."

Ada bisikan-bisikan jahat kedengaran dari orang sekeliling yang sempat sampai ke pendengaran Rayyan.
Apatah lagi Mikhayl.

Rayyan masih mengekalkan senyuman di bibirnya.

"Tuan Fahriz," Rayyan memandang pula ke arah Fahriz di sisi Alfred.

"Terima kasih kerana sudi serahkan Mikhayl kepada saya. Saya akan jaga dan sayangi Mikhayl sepenuh jiwa dan raga saya."
Rayyan menunduk berterima kasih kepada Fahriz. Dia yang datang daripada keluarga Evergreen yang berstatus jauh lebih tinggi daripada keluarga Frost tidak pernah menundukan kepalanya di hadapan keluarga ini.

Namun kali ini, kerana Mikhayl, Rayyan tidak teragak-agak untuk menunjukkan ketulusannya. Nada suara dan riak wajahnya menunjukkan keseriusan lelaki itu.

Keluarga Frost gagal menghargai Mikhayl. Maka dia akan mengambil tempat mereka, memberikan gadis itu segala kasih sayang dan layanan yang layak diterimanya.

Keseriusan Rayyan mengundang kejutan semua.

Hatta Mikhayl sendiri.
Matanya terasa panas.

Fahriz Frost yang tadinya terkedu cepat-cepat bersuara,

"Tak-tak, kami yang sepatutnya berterima kasih sebab Rayyan sudi menerima Mikhayl yang banyak kekurangan ini."

Alfred mendengus kasar. Dia tidak suka apabila majlis yang diadakan untuk menyambutnya kini beralih fokusnya kepada Mikhayl, cucu cacat yang tidak diiktirafnya itu.

"Atuk," Sara di sisi Alfred yang dari tadi matanya tidak lepas memerhatikan Rayyan dengan mata yang bersinar menarik lengan baju atuknya.

Melihat wajah cucu kesayangannya itu, barulah hatinya terasa sejuk.
Cucunya ini yang sepatutnya menjadi pasangan Rayyan.

Alfred mengerti perasaan yang tersimpan di sebalik pandangan mata penuh minat cucunya itu terhadap Rayyan.

"Rayyan, ini cucu kesayangan aku. Sara namanya." Alfred memperkenalkan Sara yang manis berdandan pada malam itu kepada Rayyan.

THE DEFECTIVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang