"Kau fikir aku akan dengar cakap kau, Rayyan? Dengan kekuatan kau sekarang, kau nak cuba hentikan aku?"Sindiran Allamon itu masih segar di fikirannya.
Rayyan menggenggam erat penumbuknya.Rayyan Evergreen, sang hero yang kecundang.
Itulah dirinya sekarang.Sewaktu melihat Mikhayl terlutut menangis di hadapan jasad-jasad kaku tidak bernyawa yang bergelimpangan di Mori Village,
Rayyan buat kali pertamanya terasa sangat benci dengan kelemahan dirinya sendiri pada saat itu.Tanpa keluarga Evergreen yang berdiri di belakangnya, dia tidak akan mampu berhadapan dengan Allamon dan melindungi Mikhayl tempoh hari.
Tidak dengan keadaannya sekarang.
Rayyan memejamkan matanya, mengumpulkan fokusnya.
Tiba-tiba, sedikit demi sedikit, sebilah pedang kristal yang memantulkan cahaya biru yang mempersonakan mula menjelma, terapung di hadapan lelaki itu.
Soul weapon longsword yang sudah lama tidak dilihat oleh rakyat Aryan.
Dahi Rayyan berkerut dengan dahinya mula berpeluh menahan kesakitan yang amat..
"Hah!!" Cukup satu minit berlalu, Rayyan sudah tidak mampu bertahan lagi dan terus membuka matanya kembali dengan nafas tercungap-cungap.
Serentak itu, soul weapon kristal Rayyan sekelip mata pudar lenyap.
"Uhukkkkk!" Lelaki tampan itu terbatuk kuat, dan darah terpecik keluar dari mulutnya, mencemari lantai.
Rayyan tidak pula panik. Dia mula mengatur penafasannya, dalam pada masa yang sama menahan bisa-bisa luar biasa yang sedang menjamah satu tubuhnya saat ini.
Dia kemudiannya mengetap bibir tidak puas hati.
Satu minit.Setakat ini, dia cuma mampu bertahan memanifestasikan soul weaponnya selama satu minit sahaja.
Lebih dari itu, tubuhnya tidak mampu untuk menampungnya.
Rayyan menggenggam penumbuknya erat.
Ini tidak cukup.
Tidak cukup jika dia ingin menjaga dan melindungi Mikhayl._____________
"Senior, sebelum kita berkahwin, saya nak perkenalkan senior kepada famili saya."
Pada saat ini, Mikhayl membawa Rayyan ke laman belakang rumah agam milik Fahriz Frost.
Mikhayl juga sudah siap-siap mengaktifkan array barrier yang tidak mampu dilihat mata kasar di sekeliling mereka.
Rayyan cuma diam menanti bicara Mikhayl seterusnya. Lelaki itu tidak pula mempersoalkan apakah yang dimaksudkan Mikhayl sebagai familinya sedangkan Rayyan sudah pun kenal dengan seisi ahli keluarga Frost.
"Empat tahun lalu, sewaktu saya terkandas di The Wild, saya pernah cerita yang saya dijaga oleh spirit beast kan? Sebenarnya, saya bukan hanya dijaga oleh seekor spirit beast sahaja, sebaliknya oleh semua beast yang ada di kawasan itu. Semua spirit beast di situ hidup di bawah pimpinan,
Elemental beast, White Tigris.Atau saya panggilnya sebagai ibu."
Mikhayl berkata sambil merenung tanah, cuba menahan kesayuan yang timbul setiap kali dia mengingati spirit beast yang telah lama pergi itu.
"Kami semua hidup bersama bagaikan keluarga. Saya masakkan makanan untuk mereka, berlatih berlawan dengan mereka, bermain dengan mereka." Mikhayl menyambung, kali ini dengan senyuman nipis terukir di bibirnya.
Mata Rayyan membesar mendengar cerita Mikhayl. Spirit beast yang selama ini terkenal bermusuhan dengan manusia, rupa-rupanya wujud satu kumpulan besar mereka yang melindungi Mikhayl selama sebulan lebih gadis itu tinggal di sana?

ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEFECTIVE
FantasySouliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos memp...