Sepuluh minit lalu..Kemunculan Rayyan, tuan muda keluarga Evergreen yang sudah lama tidak memunculkan diri di khalayak ramai itu tidak disedari orang ramai yang sibuk datang bersembang dengan Alfred Frost.
Rayyan juga belum lagi berniat untuk menegur kumpulan-kumpulan manusia yang mengerumuni ketua keluarga Frost itu, apatah lagi menyapa Alfred yang merupakan watak utama dalam majlis hari ini.
Dia cuma berminat untuk bertemu dengan tunangnya, Mikhayl, yang tidak ditemuinya sudah hampir dua tahun.
Malangnya, dia tidak melihat kelibat gadis itu di dalam ballroom.
Dahi Rayyan berkerut."Tuan Rayyan," Satu suara menegurnya.
Rayyan menoleh.
"Puteri Bella," Rayyan menunduk hormat kepada puteri raja itu.
"Kau cari tunang kau, Mikhayl ke?" Soal Bella selamba. Rayyan adalah salah seorang manusia yang mengetahui karakter sebenar tuan puteri dari keluarga Royal Noble Sparrow itu
Kening Rayyan terangkat. Gadis ini tahu berita pertunangannya dengan Mikhayl?
Gadis ini benarlah tidak boleh dipandang rendah. Mata-mata intellegennya punya jaringan maklumat yang sangat luas.
Rayyan tersenyum nipis. "Ya. Tuan puteri tahu ke dia di mana?"
"Dia ada di taman rumah ni. Aku baru bersembang dengan dia tadi." Beritahu Bella.
"Baik. Terima kasih, tuan puteri." Rayyan hendak berlalu pergi.
"Eh," Bella menghentikan langkah Rayyan. "Ermmm.. Orang tu...apa khabar?" Bella teragak-agak berkata. Suaranya kecil saja menyoal.
Rayyan tersenyum mengerti siapa 'orang itu' yang dimaksudkan Bella.
"Akyl sihat saja. Tuan puteri boleh datang ke markas kami di Bredane kalau nak berjumpa dengan dia. Aku rasa dia pun akan gembira jumpa dengan tuan puteri walaupun mulut dia kata tak." Rayyan menjawab, siap mendedahkan perasaan sebenar ahli kumpulannya lagi dengan selamba.
Yalah. Akyl kan tsundere.
"...Ohh." Sepasang telinga Bella berubah merah.
"Kau pergilah cari Mikhayl." Bella berkata dan terus berlalu pergi bagi menutup rasa malunya.
Tanpa bertangguh, Rayyan melangkah keluar dari ballroom rumah agam keluarga Alfred itu, menuju ke taman besar di perkarangan rumah tersebut.
Dari jauh, dia boleh melihat sekumpulan gadis sedang berbalas bicara. Dan di antara gadis-gadis tersebut, ada tunangnya, Mikhayl.
Ini kali pertama dia melihat Mikhayl memakai gaun. Mikhayl kelihatan ayu dalam gaunnya pada malam ini. Wajah itu, seperti sebelum ini, sentiasa menenangkan mata yang memandang.
"Mikhayl, kau ni memang tak tahu malu kan? Walaupun atuk tak mengaku kau ni cucu dia, tapi kau masih lagi terhegeh-hegeh tunjuk muka depan dia."
Bicara sinis Ruby sampai ke pendengaran Rayyan.
Rayyan menyandarkan sisi tubuhnya pada sebuah tembok batu di taman itu, mendengar saja segala perbualan mereka.
Apabila Mikhayl dengan selambanya menendang Ruby, bibir Rayyan terukir senyum menahan tawa.
Mikhayl ni, pakai gaun pun boleh buat tendangan padu lagi.
"Entah-entah, lelaki tu tak berminat pun dengan kau. Kau saja yang terhegeh-hegeh nakkan dia."
Dahi Rayyan berkerut mendengar bicara salah seorang gadis di sisi Mikhayl.
"Tengoklah. Majlis malam ni pun dia tak datang untuk kau."

ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEFECTIVE
FantasySouliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos memp...