Chapter 58

567 64 4
                                        


"Uhukkkk!!!"

Ouran yang terlutut ke tanah bertongkatkan soul weaponnya terbatuk kesakitan dengan darah yang bersemburan keluar dari mulutnya.

Pada tubuh lelaki itu ketika ini penuh dengan luka-luka parah.

Ouran memandang sekelilingnya, Mori Village yang saat ini penuh dengan tubuh-tubuh yang bergelimpangan berlumuran darah. Tangannya yang menggenggam hulu pedangnya menggeletar.

Dia.. Dia tidak mampu untuk melindungi mereka,

Orang-orang kampung ini yang sudi menerimanya, yang selama ini melayaninya dengan baik di kampung mereka.

Ouran memejamkan matanya kemudian perlahan-lahan membukanya semula, menahan perit di hati melihat pemandangan di hadapan matanya.

"Haihhh... Aku tak sangka akan tiba masa Major General Ouran, bekas ketua pelatih tentera elit Emperor melutut di hadapan aku."

Sepasang but hitam muncul pada sudut pandangannya. Ouran mengangkat wajahnya. Matanya mencerlung tajam merenung susuk tubuh di hadapannya.

Lelaki kejam inilah yang telah melakukan pembunuhan besar-besaran kepada penduduk Mori Village.

"Allamon.." Dari celah giginya yang diketap menahan amarah, Ouran menyebut nama lelaki itu.

Allamon, soulier terkuat dalam kerajaan Aryan setelah kejatuhan Rayyan Evergreen yang turut dikenali sebagai 'tangan kanan Emperor'.

"Kenapa kau perlu bunuh mereka semua? Tak cukup ke kau dah dapatkan apa yang kau nak?!" Soal Ouran dalam kesakitan.

Allamon tersenyum keji. "Untuk jaga nama baik Emperor, aku perlu hapuskan bukti dan saksi yang ada."

Allamon mengangkat pedang tajam berkilatnya dan diletakkan hampir di sisi tengkuk Ouran.

"Mulai hari ini, Mori Village tak wujud lagi dalam peta kerajaan Aryan."

Allamon menghayunkan pedangnya untuk mencantas kepala Ouran.

Pada saat ini, Ouran sudah tidak mampu berlawan. Soul weaponnya sudah dimusnahkan oleh Allamon, sekaligus mencedera parahkan soul forcenya.

Wooooshhh!

Telinga tajam Allamon menangkap bunyi libasan senjata.

Allamon refleks bergerak mengelak, namun segalanya berlaku dengan sangat pantas. Lelaki itu tiba-tiba terasa perit di lehernya.

Allamon menyentuh lehernya. Mata lelaki itu membesar apabila darah mengalir turun dari satu garisan luka panjang di lehernya.

Matanya jatuh pada seorang gadis bersenjata yang kini sudah berdiri di hadapan Ouran, melindungi lelaki itu di belakangnya.

Mikhayl memandang lelaki di hadapannya dengan mata yang sudah merah kerana terlampau marah. Urat-urat tegang timbul di dahi putih bersihnya.

"Apa yang kau dah buat pada keluarga aku?!" Tengking Mikhayl sambil gadis itu terus melompat menyerang Allamon bertubi-tubi dengan pedang di tangannya.

"Tsk." Hati Allamon dijentik kejengkelan apabila Mikhayl berjaya mencederakannya tadi. Dia mengelak dengan cekap segala serangan Mikhayl. "Kau ni siapa pula.." ujarnya jengkel.

Sejurus itu pedang panjangnya dihayun.

Prang!

Pedang Mikhayl yang bertubi-tubi menyerangnya terpatah dua.

"Kau, non-soulier ada hati mahu kalahkan aku dengan senjata biasa?" Allamon bersuara memperlekehkan.

"Midnight."
Seru Mikhayl dingin.

THE DEFECTIVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang