Chapter 21 (The Wild - Arc)

405 51 0
                                    


Mikhayl merenung sayu tanah tempat jasad White Tigris dikambus. Dia baru sahaja selesai mengebumikan Spirit Beast itu di tanah di tepi gua.  Mujurlah ada Willy, Spirit Plant yang kuat itu untuk membantunya untuk mengangkat tubuh besar White Tigris.

Jasad Behemoth pula Mikhayl bakar sahaja menggunakan Arraynya.

Mikhayl mengesat peluh yang bercucuran di dahinya kepenatan.

Dia rasa begitu sukar untuk menerima kenyataan.
Baru semalam dia berbaring di atas White Tigris, memeluk Spirit Beast itu. Hari ini, dia tidak lagi berpeluang untuk tidur di atas Spirit Beast itu.

Buat selama-lamanya.

Mikhayl menoleh melihat Bulat di sisinya.
Spirit Beast itu sedang mengusap-usap Spirit Stone ibunya dengan wajah sedih. Mikhayl turun bertinggung di hadapan Bulat.

"Bulat, aku dah janji dengan Ibu yang aku akan jaga kau. Kau... Nak ikut aku balik ke alam manusia tak?"

Mikhayl sudah berfikir masak-masak apabila dia tersedar dari semalaman pengsannya. Lama dia berbaring berfikir berkenaan perancangan seterusnya, berkenaan masa hadapannya.

Dahulu, dia dengan naifnya merasa yang dia boleh terus hidup dengan aman di sini, di hutan ini dengan Bulat dan Spirit Beast yang lain. Namun hari ini, barulah Mikhayl sedar betapa naifnya pemikirannya.

Dengan kekuatannya sekarang, dia tidak akan boleh melindungi siapa-siapa.

Mikhayl tidak mampu berhenti berfikir yang andai dia lebih kuat, sekuat idolanya, Rayyan, mungkin White Tigris tidak akan mati.

Mungkin dia mampu melindungi Spirit Beast itu.

Tadi, Mikhayl telah pun memeriksa Soul Forcenya. Level Soul Forcenya telah pun turun serendah level 10 selepas dia menggunakan Array Preservation Soul ke atas White Tigris.

Dengan kekuatannya sekarang, andai tempat tinggal mereka diserang lagi oleh Spirit Beast lain, ataupun manusia, peristiwa hari ini mungkin akan berulang lagi.

Masakan dia boleh berdiam diri.
Kerana itu, Mikhayl membuat keputusan untuk menjadi lebih kuat. Dan saat ini, selain daripada berlatih untuk meningkatkan semula Soul Forcenya, apa yang paling dia perlukan adalah senjata.

Untuk itu, dia perlu pulang ke kerajaan Aryan.

Mikhayl memandang Bulat. "Aku janji aku akan lindungi kau di sana." Mikhayl mengangkat Bulat ke dalam dakapannya.

"Rawww.." Bulat mengangguk kemudian menggesel-geselkan kepalanya ke dada Mikhayl.

Mikhayl diam lama memeluk Bulat.
Kemudian dia mengangkat wajahnya dan menurunkan Bulat.

Sebelum dia meninggalkan tempat ini, ada perkara yang dia perlu selesaikan. Mikhayl bangun dan berjalan masuk ke dalam gua. Dia melangkahkan kakinya sehinggalah tiba ke ceruk gua yang paling dalam.

Di hujung gua itu, tegak berdiri sebatang pokok Spirit Vein.

Kerana pokok ini, rumah mereka diserang. Sekarang, tidak ada lagi White Tigris untuk menjaga gua ini. Kelak, jika dibiarkan, akan muncul Spirit Beast baru yang akan mengambil alih gua ini dan menjadi penguasa baru di hutan.

Mikhayl tidak akan biarkan hal tersebut terjadi.

Gua ini rumahnya. Rumah keluarganya.

Tempat yang menyimpan segala kenangan manisnya dengan Ibu dan Bulat.

Seperti sebelum ini, Mikhayl dapat merasakan tubuhnya terpanggil untuk mendekati pokok itu. Namun kali ini, Mikhayl tidak menentang panggilan tersebut. Dia membiarkan tubuhnya yang bagaikan dipukau melangkah mendekati pokok itu. Sehinggalah dia berhenti betul-betul di hadapan Spirit Vein tersebut.

THE DEFECTIVEWhere stories live. Discover now