Chapter 31

600 56 2
                                        


Mikhayl memandang Tareeq, isterinya Eleanor dan Master Ouran yang duduk di hadapannya.

Mikhayl yang memanggil mereka berkumpul untuk membincangkan sesuatu.

"Saya kumpulkan kalian semua kerana saya ada beberapa cadangan, dan saya harap tuan dan puan sudi pertimbangkan." Mikhayl memulakan bicaranya.

"Pertama sekali, Tuan Tareeq, saya nak upah semua tukang besi di kampung ini untuk hasilkan senjata-senjata saya dalam kuantiti yang banyak."

Mata Tareeq membesar. "Kau nak buat apa senjata banyak-banyak?" Soal lelaki itu.

Mikhayl mengukir senyuman penuh makna. "Ini untuk cadangan saya yang kedua. Saya nak latih semua anak-anak di kampung ini untuk mahir berlawan dan juga bertarung menggunakan senjata-senjata saya."

Jangankan Tareeq, Eleanor dan Master Ouran juga terkejut mendengar cadangan kedua Mikhayl itu.

"T-tapi, walaupun sekuat manapun kami, non-souliers berlatih, kami masih tak mampu tandingi Souliers." Eleanor berkata perlahan.

"Kemahiran berlawan ini bukannya untuk bersaing dengan Souliers. Tapi cukuplah jika ia memberi keupayaan kepada non-souliers untuk mempertahankan dan melindungi diri mereka." Jawab Mikhayl mudah.

"Lagipun, dengan senjata saya, tak mustahil untuk kalahkan Souliers berlevel rendah." Tambah gadis itu.

Master Ouran yang tadinya diam mendengar akhirnya ketawa. "Budak, kau cuba nak wujudkan revolusi?" Dia menjungkit keningnya.

"Mungkin." Mikhayl membalas senyuman Ouran.

"Hahahaha. Aku suka dengan idea kau" Ouran menepuk pehanya bersemangat.

"Macam mana, tuan Tareeq?" Mikhayl berkalih semula kepada Tareeq.

".... Kami pastinya sangat bergembira dengan kerja ini." Ke semua lelaki dewasa di kampung mereka asalnya merupakan tukang besi yang sudah hilang semangat hidup kerana tidak dapat meneruskan minat mereka.

Tareeq dapat membayangkan teman-temannya pasti sangat bergembira memdengar kerja baru untuk mereka ini.
Bila dia teringat kembali draft senjata yang dilukis Mikhayl, Tareeq sudah tidak sabar untuk berkongsikannya kepada teman-temannya.

Mikhayl tersenyum lebar mendengar jawapan Tareeq. "Bagus."

"Cadangan terakhir saya ialah, saya nak bukakan sebuah restoran di SilverWood. Dan menu-nya adalah makanan-makanan resepi rahsia kampung ini. Saya pasti jika dijual makanan-makanan seperti yang mak cik Eleanor masak, pasti restoran tersebut akan laku dan maju." Mikhayl menyuarakan ideanya sambil kali ini memandang pula ke arah Eleanor.

"Bahan-bahan memasak seperti sayur dan daging, semuanya kita guna dari hasil tanaman dan ternakan Mori Village sendiri. Kampung ini juga sudah tidak perlu jualkan hasil mereka kepada Covey Eden lagi."

"Tapi.. Untuk buka kedai perlukan modal yang besar. Kami tak ada wang yang banyak. Lagipun hasil tanaman dan ternakan kami tak berapa menjadi kebelakangan ini." Balas Eleanor ragu-ragu meskipun dia begitu tertarik dengan idea Mikhayl.

Mikhayl tersenyum tenang. "Berkenaan kedai, saya yang uruskan segalanya. Mak cik dan wanita-wanita di kampung ini cuma perlu fikirkan menu dan uruskan hal-hal memasak sahaja."

"Macam mana dengan soal bahan-bahan mentah?" Soal Eleanor lagi.

"Berkenaan dengan masalah tanah dan ternakan di kampung ini, jangan risau, saya ada penyelasaiannya." Jawab Mikhayl yakin.

Apa susah, di dalam badannya kan ada Spirit Vein? Benda paling digemari pokok-pokok untuk hidup membesar!

"Ohhh?" Ouran jadi tertarik melihat senyuman penuh rahsia Mikhayl.

THE DEFECTIVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang