Keesokan harinya, Mikhayl tanpa berlengah terus memulakan perancangannya untuk menjadi lebih kuat.Langkah pertamanya adalah untuk pergi ke TownHall, sebuah kota yang berjiran dengan Xxaness yang merupakan salah satu kota paling pesat dalam kerajaan Aryan.
Kerana itu juga, TownHall menjadi medan untuk Aryan's Battle Royal setiap tahun meskipun kota ini jauh daripada ibu kota dan pusat pemerintahan kerajaan Aryan, Naesala.
Di dalam TownHall terdapat berbilang-bilang bandar kecil dengan yang paling maju dan meriah adalah Bandar Bredane yang turut menempatkan Auditorium Latris, tempat Aryan's Battle Royal berlangsung.
Namun destinasi Mikhayl bukanlah ke bandar yang makmur itu, sebaliknya bandar SilverWood, satu bandar kecil yang terpencil di TownHall.
Berbeza sekali dengan Bandar Bredane yang indah dan moden, Bandar Silverwood seolah-olah dilupakan pentadbirnya, usang, mundur dan terbantut perkembangannya.
Ini kerana Bandar SilverWood sepenuhnya dihuni oleh Non-Souliers.
Manusia-manusia yang tidak memiliki Soul Force.Sejak dari dahulu lagi, pemerintah-pemerintah Aryan menindas kaum-kaum Non-Souliers. Kebanyakan Non-Souliers berkerja sebagai tenaga buruh dalam industri perabot, pembinaan dan bahan makanan mentah.
Mereka dikerah berkerja keras untuk tuan-tuan bandar namun diberi upah yang sedikit. Ia merupakan satu pengeksploitasian ekonomi yang sangat ketara dan kejam namun tidak ada Souliers yang merasakan hal tersebut salah.
Sebegitu teruk sekali status Non-Souliers dalam kerajaan Aryan.
Hatta ada yang begitu melampau siap menggelar SilverWood sebagai tempat pelupusan 'sampa-sampah' Aryan.
Mikhayl dengan penuh familiarnya menyelusuri kedai-kedai di bandar kecil itu. Dia memang tidak asing dengan bandar ini kerana di bandar inilah Mikhayl menemui harta karun bernilainya, dagger-dagger yang menjadi teman berlawannya sekian lama.
Dan itu jugalah tujuan utama dia ke bandar ini. Untuk bertemu dengan pembuat daggernya.
Mikhayl pergi ke kedai senjata tepat dia selalu membeli senjatanya. Peniaga kedai itu yang sudah biasa dengan Mikhayl terus membocorkan maklumat alamat tukang besi yang membuat dagger Mikhayl apabila ditanya oleh gadis itu.
Setelah mengucapkan terima kasih dan melangkah keluar dari kedai tersebut, Mikhayl melihat kertas berisi alamat di tangannya.
Mori Village. Menurut pemilik kedai tadi, ia merupakan sebuah perkampungan kecil yang jauh terpencil dari bandar. Perkampungan tersebut merupakan sebuah perkampungan tukang-tukang besi dan senjata yang kebanyakannya sudah bersara kerana khidmat mereka tidak lagi diperlukan.
Menuruti peta yang dilukis, Mikhayl berjalan kaki menuju ke perkampungan tersebut.
Sehinggalah kakinya tiba di hadapan pagar masuk sebuah perkampungan kecil setelah agak lama berjalan.
Mikhayl berjalan menyelusuri perkampungan itu sambil meneliti rumah-rumah penduduk di situ.Mori Village tidaklah sebesar mana. Ia benar-benar merupakan sebuah kampung kecil yang menempatkan dua puluh lebih sahaja buah rumah.
Namun, meskipun kampung ini nampak miskin dan usang, mata Mikhayl cekap menangkap keunikan rumah-rumah yang mereka bina.
Strukturnya cantik dan kemas, dengan penggunaan bahan yang efisien dan reka bentuk yang sistematik. Pengudaraan, pengairan, semuanya begitu sistematik mengambil kira hukum-hukum sains dan alam, menunjukkan pembina-pembinanya mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seni bina.
Akhirnya Mikhayl berhenti di hadapan sebuah rumah yang ditanda sebagai rumah Tareeq, pembuat daggernya, di dalam kertas peta yang dituruti Mikhayl. Mikhayl tanpa ragu-ragu mengetuk pintu rumah tersebut.
Tidak lama kemudian, pintu rumah tersebut dikuak dari dalam.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEFECTIVE
ФэнтезиSouliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos memp...