ZZZUPPP!Skysword yang melayang dari tangan Mikhayl terpacak ke tanah.
Serentak itu, Mikhayl terus terbaring ke tanah kepenatan.
"Kak Mikhayl!" Remaja-remaja yang selama hampir sejam tadi menjadi penonton pertarungannya dengan Ouran meluru mendapatkan Mikhayl.
Ouran turun terduduk kepenatan setelah menyimpan semula Soul Weaponnya.
"Hoy, Mikhayl. Aku tak kira, kau kena belanja aku makan di Kafe Mori sebab dah buat orang tua ni berkerja keras macam ni sekali." Laung Ouran dari tempat duduknya.
Mikhayl tergelak lalu mengangkat tangannya buat gaya 'okay'.
"Kak Mikhayl, nah,air." Si kecil manis, Noah menghulurkan segelas air kepada Mikhayl.
Mikhayl tersenyum, "Terima kasih, Noah." Dia mengusap kepala Noa sebelum menyambut gelas dari tangan gadis itu. Wajah Noah terus berbahang malu.
"Kak Mikhayl hebat sangat tadi." Noah memuji perlahan dengan suara kecilnya.
Senyuman Mikhayl melebar. "Terima kasih! Suatu hari nanti, Noah pun boleh jadi kuat macam akak kalau Noah rajin berlatih."
"Mikhayl," Ouran memanggil."Kenapa kau tak nak gunakan pedang kau yang rankingnya lebih tinggi untuk lawan dengan aku?" Soal lelaki itu serius.
Mikhayl terdiam seketika sebelum akhirnya bersuara. "Saya tak mahu terlalu bergantung kepada senjata saya. Dan.. Satu lagi.. saya belum mahir lagi gunakan pedang-pedang saya yang lain." Jawab Mikhayl jujur.
"Humph! Kalau kau nak berlatih pedang-pedang kau yang lain, jumpa aku saja. Aku akan jadi teman berlawan kau." Tawar Ouran. Hakikatnya dia sendiri sangat teringin melihat pedang-pedang Mikhayl yang lain.
Dua jenis pedang yang Mikhayl gunakan hari ini sahaja sudah cukup ampuh dan cantik rekaannya.Mikhayl bukan main gembira lagi, "Baiklah!"
Rem muncul berlari-lari anak ke arah Mikhayl dengan membawa peti rawatan kecemasan di tangannya. Dia duduk di sisi Mikhayl dan mula merawat luka-luka yang memenuhi badan Mikhayl.
"Hey, Rem. Master kau ni pun ada tercedera jugak. Kenapa kau rawat Mikhayl dulu?" Ouran berkata tidak puas hati.
Perbuatan Rem merawat Mikhayl terhenti seketika. Dia memandang Masternya penuh serba salah sebelum memandang pula Mikhayl.
Akhirnya dia berkata, "Luka kak Mikhayl lagi banyak. Lagipun Master lelaki. Lelaki kena utamakan perempuan." Jawab Rem sambil tunduk kembali merawat luka Mikhayl.
Ouran terkedu hilang bicara.
Mikhayl pula tergelak riang.
"Baguslah Rem ni. Tak macam abang-abang bertuah tu." Mikhayl menjeling tiga orang budak paling tua di antara mereka yang terus menyerbu, membelek Skyswordnya sebaik sahaja dia tumbang kepenatan, tidak langsung peduli untuk menjenguk keadaannya.
Yun, Nik dan Aron, tiga orang abang-abang 'bertuah' itu sedang menganalisa Skysword dengan penuh serius dan fokus sekali.
Kemudian Mikhayl teringat sesuatu. "Oh ya, Master. Minggu depan, saya mungkin tak ada masa untuk datang ke sini."
"Ohh? Ada hal apa? Kau uruskan bisnes kau di SilverWood?" Soal Ouran berminat ingin tahu.
"Taklah. Minggu depan mulanya Xxaness Grand Souliers Competition." Ujar Mikhayl.
"Ahh~ Aku pernah dengar pasal pertandingan tu. Tak silap aku ia cuma diadakan tiga tahun sekali?"
Mikhayl menganguk mengiyakan. "Haah."

ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEFECTIVE
FantasySouliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos memp...