Chapter 51

655 67 3
                                        


Satu tahun kemudian..


"Makanan apa ni?! Ptuih!" Lelaki bertubuh sasa dan berwajah bengis itu meludahkan makanan yang baru masuk ke mulutnya ke lantai jalan.

"Humph, sama je lah macam orang kat sini, rasa makanannya pun macam sampah!"

Terus berubah wajah peniaga gerai makanan yang disinggahi lelaki itu mendengar penghinaan tersebut.

Bukan setakat pemilik gerai itu, malahan peniaga-peniaga lain di food street bandar SilverWood itu turut merah padam wajah mereka kerana marah.

Ayat lelaki tadi terang-terangan memaksudkan yang bandar mereka ini, bandar non-soulier adalah bandar sampah.

Tempat pelupusan sampah.

Sudah lama warga Silverwood bebas daripada gelaran itu semenjak bandar mereka dibeli oleh Yoh Tyron dan dimajukan oleh Mikhayl.

Para pelawat lain yang turut datang membeli di food street itu juga berkerut wajah mereka mendengar cemuhan lelaki yang jelas sekali Soulier itu.

Namun tidak ada yang berani bersuara menegur.
Lelaki Soulier itu kelihatan kuat dan berlevel tinggi. Belum lagi dikira dua orang lagi konconya yang turut bertubuh sasa.

"Hey, Tuan. Kalau tak berpuas hati dengan rasa makanan di sini, Tuan boleh pergi makan di bandar lain." Salah seorang peniaga berhampiran yang tidak mampu bersabar bersuara dengan beraninya.

"Apa kau kata? Berani kau, non-soulier, melawan aku?!" Gertak lelaki bengis itu.

Kawannya menambah dengan senyuman menghina, "Mentang-mentang bandar mereka dah naik sikit, mereka dah lupa daratan, lupa status mereka yang cuma sampah masyarakat."

"Siapa yang sampah?! Kau tu yang sampah masyarakat!" Peniaga lain pula membalas lantang.

"Huh?!" Urat-urat biru timbul di dahi lelaki bengis itu apabila melihat ramai yang berani melawannya.

Mereka cuma manusia biasa. Ada hati sampah-sampah ni menentangnya?!!

"Kau orang ni memang tak sedar diri.." Lelaki bengis itu memanifestasikan soul weaponnya yang merupakan sebilah pedang.

Lelaki itu adalah seorang Wielder.

"Biar aku tunjukkan pada sampah-sampah ni apa tu realiti."

Baru sahaja tangannya yang memegang pedang hendak diangkat, pergerakannya dihentikan oleh satu tangan yang menggenggam kemas lengannya.

"Huh?!" Lelaki bengis itu berpaling dengan dada berombak marah.

Kemudian terus jantungnya terasa terhenti seketika.

Satu susuk tubuh bersut hitam penuh dengan hoodie di kepala dan juga topeng silver kosong yang menutupi keseluruhan wajah sudah berdiri di sisinya.

Rasa gerun menyelinap di hatinya seketika.
Sejak bila manusia bertopeng ini muncul?! Kenapa dia langsung tidak mengesan kehadiran manusia ini?!

"Kau siapa, hah?!" Dia cuba menutup kegerunan di hatinya, dalam pada masa yang sama cuba merentap tangannya dari pegangan manusia bertopeng itu.

Namun alangkah terkejutnya lelaki bengis itu apabila dia langsung tidak dapat menggerakkan tangannya dari cengkaman manusia bertopeng ini.

Susuk bertopeng itu jelas sekali lebih kecil saiz badannya berbanding dia, namun cengkamannya luar biasa kuat!

"Kau..." Amarahnya membuak. Lelaki bengis itu menghayun penumbuk kirinya yang bebas ke arah manusia bertopeng itu.

Apa yang terjadi seterusnya berlaku dengan sangat pantas. Manusia bertopeng itu menangkap sebelah lagi lengan si lelaki bengis dengan tangannya yang lagi satu. Kemudian dengan kekuatan yang menakjubkan, manusia bertopeng itu memulas tangan si lelaki bengis dan menghumban tubuh lelaki itu ke tanah.

THE DEFECTIVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang