Chapter 53

646 64 5
                                        


(*Flashback)
Dua bulan lalu.

"Rayyan, tengok ni. Sepupu jauh kamu, Meeqal tu dah nak kahwin minggu depan." Rosse menunjukkan skrin telefonnya kepada anak tunggalnya itu.

Rayyan yang cuma ingin menghabiskan masa santai petangnya bersama ibu tercinta mula terasa sesal.

Kepalanya mula terasa berdenyut menjangka topik yang akan dibangkitkan ibunya sebentar lagi.

"Rayyan, tak ada lagi ke calon menantu untuk mama?"

Kan? Dia sudah agak.

Rayyan mengurut dahinya.

"Mama, mama pun tahu kan kebelakangan ni Rayyan sibuk ke sana ke mari uruskan projek-projek keluarga kita. Mana Rayyan ada masa nak bercinta." Rayyan menjawab lembut.

Meskipun dia sudah lama tidak memunculkan diri di khalayak ramai sejak dia mengumumkan berita kecacatan soul forcenya, namun keluarga Evergreen masih lagi kekal kukuh sebagai keluarga terkaya dalam kerajaan Aryan.

Bukan tidak ada yang mengambil peluang kemalangan yang menimpanya untuk menjatuhkan keluarga mereka, namun keluarga Evergreen punya akar umbi yang sangat kukuh, dengan bisnes mereka yang meluas ke hampir semua kota dalam pelbagai aspek ekonomi, menyebabkan kedudukan mereka tidak mampu diganggu-gugat.

Dan walaupun Rayyan kini tidak lagi menjadi Hunter, namun posisinya sebagai tuan muda keluarga utama Evergreen masih kekal. Kebanyakan kuasa dalam keluarga Evergreen masih di tangannya.

"Bisnes tu tak akan lari ke mana pun. Rayyan tak kesian ke tengok mama ni terperuk sorang-sorang di rumah dengan anak sendiri pun sibuk ke sana ke mari. Mama ni tak ada teman bersembang, tak ada teman nak membeli-belah." Suara Rosse bernada syahdu siap dengan mata yang mula bergenang lagi.

Rayyan terasa kagum seketika dengan mata ibunya yang bagaikan pili air itu, boleh dikawal air matanya sesuka hati.
Walaupun tahu air mata ibunya itu palsu semata-mata, namun Rayyan tidak mampu menahan hatinya dari berlembut.

Dia sendiri tahu dari dahulu ibunya cuma ada dirinya sebagai peneman terapat sejak ayahnya dipenjarakan oleh Emperor.

Lelaki itu mengeluh perlahan.

"Yalah, nanti Rayyan mula cari isteri."

"Humph. Tak payah nak buat janji palsu! Ni entah kali ke berapa Rayyan cakap macam tu dengan mama." Rosse mencebik.

Rayyan tergelak.
"Rayyan bukan tak cuba cari. Tapi tak ada yang berkenan di hati." Jawabnya bersahaja.

Rosse terdiam seketika.

"Apa ciri-ciri wanita pilihan Rayyan?" Soal wanita itu.

"Urmmm.." Rayyan berfikir seketika. "Yang unik?"

Rosse ternganga. "Huh? Cubalah spesifik sikit. Bagitahu mama apa definisi unik tu." Gesa Rosse lagi.

Rayyan tergelak. "Rayyan pun tak pasti. Mungkin bila Rayyan tengok dia, Rayyan rasa macam.. perempuan ni menarik."

Macam..

Wajah seorang gadis muncul di fikirannya. Imej gadis itu yang sedang berdiri gah di tengah-tengah pentas sambil melambai tangannya di hadapan khalayak yang semua riuh melaungkan namanya masih segar di fikiran Rayyan.

Entah apa khabar gadis itu sekarang..

Rosse tidak terkeluar bicara mendengar deskripsi anak terunanya itu.
Alahai anak aku seorang ni..

"Tak apalah. Kamu ni memang tak boleh diharap. Nanti mama carikan untuk Rayyan, tengoklah mana yang mampu buat Rayyan rasa 'menarik' tu." Air mata di tubir mata Rosse terus kering bagaikan wanita yang penuh syahdu berair mata tadi bukannya dia.

THE DEFECTIVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang