Chapter 52

558 67 6
                                        


Mikhayl membawa peminatnya itu ke Kafe Mori.

Dia memesan makanan-makanan popular yang ada di kafe tersebut dan siap menawarkan untuk membelanja Rosse. Rosse tidak pula menolak.

Sambil mereka menjamu selera, Mikhayl berbual dengan wanita anggun jelita itu. Daripada perbualannya, dia mendapat tahu perempuan itu berasal dari Bredane, antara bandar terkaya dalam kerajaan Aryan.

Wanita itu juga tidak melepaskan peluang bertanya pelbagai soalan perihal perkembangan Mikhayl.

Mikhayl melayankan sahaja segala soalan daripada peminatnya yang ramah itu. Dia sendiri terasa selesa berbual dengan Rosse yang mempamerkan sifat keibuan.

"Mikhayl dah nak bergraduasi dah kan?" Rosse menyoal berminat.

Mikhayl agak terkejut apabila Rosse kelihatannya begitu arif berkenaan perkembangan semasanya.

"Haah. Dalam tiga bulan lagi." Jawab Mikhayl yang kini sudah di tahun akhir pengajiannya.

"Apa perancangan Mikhayl selepas tamat belajar?"

Kali ini soalan Rosse buatkan Mikhayl terdiam seketika.

Wajah Kapten Rayyan terbayang di fikirannya.

"Sebenarnya... Sebelum ni, Mikhayl pernah ditawarkan untuk masuk satu kumpulan Hunter ni. Tapi setahun lalu, ada satu tragedi terjadi pada kapten kumpulan tu. Mikhayl dah lama tak dengar khabar berita dia. Jadi.. sekarang ni Mikhayl tak tahu sama ada tawaran tu masih lagi dibuka atau tak.." Mikhayl berkata dengan senyuman tawar.

Rosse terdiam seketika sebelum menyoal perlahan, "Mikhayl sendiri macam mana? Masih menunggu tawaran tersebut?"

".... Ya. Mikhayl memang nak sangat masuk kumpulan tu."

Kali ini, mendengar jawapan Mikhayl, mata Rosse terus bersinar cerah.

"Bagus! Kalau macam tu tunggu saja lah. Jangan risau. Ambil masa dan jangan buat keputusan terburu-buru." Ujar Rosse bersemangat.

Melihat Rosse yang tiba-tiba ceria bersemangat, meskipun hairan Mikhayl rasa hendak tergelak.

Namun sedikit sebanyak hatinya ini yang selama ini ragu-ragu dalam membuat keputusan terasa sedikit lapang dengan keyakinan.

Cumanya, kebelakangan ini, ayahnya, Fahriz Frost yang kerap bising apabila melihatnya tidak menyertai mana-mana kumpulan Hunter meskipun tawaran yang diterimanya dari kumpulan keluarga Noble yang lain begitu banyak.

Kebiasaannya apabila masuk tahun akhir di akademi, para pelajar akan mula menyertai mana-mana kumpulan Hunter sebagai 'intern'. Ruby sendiri telah pun menyertai kumpulan Hunter keluarga Frost.

Mikhayl pula sampai sekarang masih tidak memilih mana-mana kumpulan, menimbulkan ketidakpuasan hati Fahriz Frost.

"Urmmm.. Mikhayl.. Mikhayl sekarang ni dah berpunya ke?" Tiba-tiba Rosse melontarkan satu soalan rambang.

"Ehh?" Mikhayl terkedu dengan soalan tidak diduga itu.

Namun Rosse terus memandang Mikhayl, menunggu jawapan gadis itu.

"Ehemmm.. Tak ada lagi. Mikhayl kan belajar lagi." Mikhayl agak segan berbual berkenaan hal ini.

Hakikatnya, gadis pada usia seperti Mikhayl ditunangkan dengan mana-mana ahli keluarga Noble lain
adalah bukan satu tradisi yang asing dalam kerajaan Aryan.

Sebagai contohnya, Alice sendiri telah ditunangkan dengan Claire sewaktu kakaknya itu baru di tahun dua pengajian.

"Oh, kalau macam tu, Mikhayl ada suka mana-mana jejaka ke?"

Mendengar soalan wanita itu, wajah Rayyan, bekas juara Aryan's Battle Royal itu yang pertama kali muncul di fikirannya.

THE DEFECTIVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang