Chapter 28

558 55 0
                                        


Bagaimana dua orang ini boleh bertarung dengan begitu sync sekali?! Mikhayl yang paling mengejutkan sekali! Gadis itu menyerang dengan penuh berani tanpa  keraguan atau ketakutan walau sedikit pun!

"Awoooooo~"

Mereka tidak sempat bersuara apa bila mana sekumpulan besar Storm Wolf yang baru, muncul keluar dari pagar dengan kesemuanya level biru dan oren.

Dahi Akyl yang melihatnya berkerut. "Kenapa tiba-tiba banyak yang datang menyerang?!"

Baru sahaja dia dan Carl hendak maju membantu kapten mereka, langkah mereka terhenti bila melihat Rayyan mengangkat tangan kanannya.

Tapak tangannya menghadap kumpulan beast yang sedang menderam dengan buas dan liar itu.

"Mikhayl,"

"Ya??" Mikhayl tergamam seketika bila Rayyan tiba-tiba memanggil namanya.

Mata Rayyan tidak lepas memandang kumpulan beast di hadapan mereka. Namun bibirnya mengukir senyuman.

"Biar aku tunjukkan pada kau hasil kekecewaan dan kesedihan aku selama enam belas tahun."

Serentak dengan ayat itu, berpuluh-puluh bilah pedang kristal muncul terapung kemas tersusun di hadapan tapak tangan Rayyan.
Kemudian, bilah-bilah pedang tersebut berlepas serentak, meluncur laju menembusi tubuh-tubuh Storm Wolf itu tanpa mereka sempat mengelak.

Dari belakang kumpulan Storm Wolf itu muncul seekor Strom Wolf yang terlepas dari serangan Rayyan. Storm Wolf itu saiznya berbeza jauh lebih besar berbanding kumpulan serigala yang terkorban di hadapannya dan pada dahinya ada spirit stone berwarna hijau.

Dua Spirit Beast level hijau dalam satu malam?!

Storm Wolf itu menerkam sepantas kilat ke arah Rayyan yang telah membunuh anak-anak buahnya.

Belum sempat mulutnya yang ternganga luas dan kuku tajamnya mencapai Rayyan, lelaki itu memetik jarinya dengan penuh bergaya.

Sebilah pedang bersaiz besar muncul tegak terapung betul-betul di atas kepala beast itu dan menjunam laju turun,
memacak kepala beast itu terpaku ke tanah.
Sekelip mata, dalam masa tidak sampai tiga saat, Spirit Beast level hijau itu mati di hujung pedang Rayyan.

Mikhayl ternganga kekaguman.

"Tsk. Menunjuk." Carl buat muka. Akyl pun sama.

Rayyan berpusing. Matanya jatuh pada Mikhayl yang sedang memandangnyya dengan mata bersinar penuh kekaguman.

Rayyan tergelak kecil. "Ini skill baru aku selepas naik level lapan belas. Aku belum pernah tunjuk pada siapa-siapa pun sebelum ni." Bisiknya.

Mata Mikhayl bulat teruja. Seriously?!

Carl dan Akyl yang melihat dari jauh kapten mereka tergelak sambil berbisik sesuatu kepada gadis itu makin buat muka meluat.

Urghhhh Show off!!
__________________________________

Pagi keesokan harinya, sewaktu mereka sedang menikmati sarapan pagi bersama-sama di dining hall, beberapa lelaki beruniform seragam muncul berjalan masuk.
Pada dada mereka ada jata rasmi istana diraja.

"Selamat pagi. Kami dari istana diraja datang untuk menjemput Cik Mikhayl Frost ke istana. His Excelency Emperor Henrik berminat untuk bertemu dengan cik Mikhayl yang terselamat dari The Wild." Ujar ketua kumpulan lelaki berseragam itu.

Rayyan yang mendengar tersenyum sinis. Cepat betul berita sampai ke telinga emperor.
Mikhayl juga dapat mengagak sebab sebenar Emperor berminat untuk bertemu dengannya.

THE DEFECTIVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang