Chapter 6

554 49 0
                                        

P/S: The ML is here!!!

Suasana di ruang tamu bilik hotelnya yang riuh dengan suara-suara ahli kumpulannya bersembang buatkan Rayyan terpaksa melangkah keluar ke balkoni untuk menjawab panggilan telefonnya.

"Hello, Ma." Suara rendah seksi lelaki itu memecah keheningan malam di balkoni hotel Aquarine.

"Hurmmm? Haah, esok Rayyan balik."

".................. Cenderamata?"

"Mama nak cenderamata apa?"

"Benda tu dekat District A pun ada."

"Hahahaha. Okaylah, nanti Rayyan carikan."

Suasana sunyi seketika apabila Rayyan memberi laluan kepada ibunya di hujung talian yang sedang berleter memberi nasihat.

"....Ya-ya, Rayyan tahu. Ya.."

"Okay, selamat malam."

"Bye Mama..."

Rayyan menamatkan panggilannya dengan senyuman. Dia memasukkan telefon bimbitnya ke dalam saku seluar. Kemudian lelaki tampan itu bertongkat kedua-kedua siku di birai balkoni,sambil menikmati angin malam di situ.

Sehinggalah matanya menangkap kelibat seorang perempuan yang dikelilingi tiga orang lelaki yang jauh lebih besar saiz tubuh mereka berbanding gadis itu di jalan sunyi di belakang hotel tempat menginapnya.

Dahi Rayyan berkerut.

Pandangan matanya yang tajam dapat menangkap riak wajah lelaki-lelaki itu yang jelas sekali tidak berniat baik. Perempuan bertopi itu pula cuma tegak berdiri di situ, tidak menjerit meminta tolong, tidak pula melarikan diri.

Tidak mampu berdiam diri, Rayyan melompat turun dari balkoni biliknya dan mendarat tanpa sebarang bunyi di atas bumbung betul-betul di bawah balkoninya. Kemudian, dengan langkah yang senyap, dia melompat dari bumbung itu ke bumbung jirannya supaya lebih dekat dengan posisi gadis itu.

Apabila salah seorang dari lelaki itu mula menyerang gadis itu, Rayyan sudah berkira-kira untuk melompat turun dan masuk campur. Namun, belum sempat dia bertindak, matanya menyaksikan gadis bertopi itu dengan mudahnya menepis tumbukan sang penyerangnya dengan lengan.

Kemudian tubuhnya berpusing, sekelip mata sudah berada di belakang lelaki itu. Gadis itu mengangkat kakinya tinggi, menendang belakang pinggang lelaki itu sehingga tubuh dan wajahnya terjunam ke depan, hampir tersembam ke tanah.

Terkejut, Rayyan kembali bertinggung, membuat keputusan untuk terus memerhatikan dahulu situasi yang berlaku.

Tindakan gadis itu jelas sekali mengundang kemarahan lelaki yang ditendangnya itu. Lelaki itu terus mengaktifkan Soul Weaponnya yang berupa sebilah Dagger.

Dua orang lagi rakannya turut sama mengeluarkan Soul Weapon mereka. Seorang adalah Lancer yang menggunakan Spear dan seorang lagi Assassin yang turut menggunakan Dagger.

Dahi Rayyan berkerut.

Dua Assassin meluru dahulu menyerang serentak. Rayyan menyaksikan gadis itu mengelak hayunan-hayunan Dagger  yang menyerangnya dengan tenang dan kemas.

Apabila salah seorang Assassin itu menujahkan Daggernya ke wajah gadis itu, gadis tersebut mengelak merendahkan tubuhnya. Kemudia satu tendangan dilayangkan dari bawah, tepat mengenai dagu Assassin itu sehingga terdonggak dia dibuatnya. Kemudian dituruti dengan pakej tumbukan ke perut pula dengan sebelah lagi penumbuknya.

Urghhh. Hanya menyaksikannya sahaja, Rayyan sudah dapat membayangkan keperitan serangan gadis itu.

Di kala itu, Assassin yang lagi satu menyerang pula dari belakangnya. Gadis itu mengelak dan tangannya cekap menangkap dan mengunci tangan si Assassin yang memegang Dagger. Kemudian, dengan padu dia melutut perut Assassin itu sehingga terbatuk lelaki tersebut. Bila lelaki itu tertunduk menahan senak, siku gadis itu terus turun menghentam tengkuk si Assassin.

THE DEFECTIVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang