Keesokan hari.
Mikhayl melangkah keluar dari dari kedai barter yang dikunjunginya dengan senyuman puas. Dia mengira kembali wang kertas di tangannya. Hasil kegeniusannya dalam bernegosiasi harga, dia berjaya menukarkan alat-alat kemas miliknya dengan harga yang berkali ganda lebih tinggi dari hasil sebenar.
Dia tidak rasa berat langsung terpaksa menjual alat-alat kemas yang tidak langsung dipakainya itu. Alat kemas tersebut merupakan kurniaan ibu dan ayahnya untuk mereka menunjuk-nunjuk di hadapan keluarga Noble lain. Mikhayl tidak berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan lagak mereka yang baginya seperti burung merak yang sibuk mengembangkan ekornya.
Dengan wang yang diperolehnya ini, ianya cukup-cukup untuk dia membeli bahan utama untuk alat magis yang ingin diciptanya.
Mikhayl menyumbat wang kertasnya itu ke dalam saku seluarnya. Setelah memastikan wang itu tersimpan kemas, dia menurunkan sedikit topi hitam yang tersarung di kepalanya, menyembunyikan lagi wajahnya yang bertutup face mask hitam.
Kemudian Mikhayl mula berjalan kaki meninggalkan kedai barter itu, menyelusuri bangunan-bangunan di bandar utama yang meriah dengan ramai manusia pada hujung minggu itu.
"Hurmmm?" Mikhayl baru perasan yang hari ini bandar ini lebih sesak dari biasa.
'Ada apa-apa event ke di bandar hari ini?'
Bagaikan tahu persoalan di mindanya, mata Mikhayl baik sahaja mendarat pada serentang banner yang megah berkibar di hadapan pagar masuk ke Auditorium Latris, salah sebuah bangunan terbesar dalam kerajaan Aryan.
Aryan's Annual Battle Royal.
Mikhayl ternganga dengan mata terbuntang besar.
'NO!!!!!!!'
Macam mana dia boleh lupa?!
Bulan ini, dia terlalu sibuk berkurung di dalam bilik sehingga dia terlupa event penting yang tidak lupa dihadirinya setiap tahun itu.
Aryan's Battle Royal berlangsung selama lima hari dan hari ini adalah hari terakhir di mana pertarungan solo akan berlangsung berbanding empat hari sebelumnya yang digunakan untuk pertarungan berkumpulan.
Nasib baik dia lalu di Auditorium ini, jika tidak memang dia akan menangis kempunan tidak dapat menghadiri langsung event kegemarannya ini.
TAPI!
Dia tidak mempunyai tiket masuk! Mikhayl sangat yakin, pada saat ini tidak ada langsung tiket yang berbaki.
'Macam mana ni.....'
Mikhayl gelisah memerhati sekeliling. Kemudian satu idea muncul di benaknya. Tanpa membazir masa, Mikhayl berjalan mencari tandas terdekat. Dia memasuki salah satu tandas yang kosong. Tanpa ragu, Mikhayl menanggalkan topi yang dipakainya, dituruti dengan t-shirt yang tersarung di tubuhnya. Kemudian dia menyarungkan semula t-shirt itu dalam keadaan terbalik. Topinya turut dipakai semula.
Seterusnya, Mikhayl melukakan hujung jarinya sehingga darah merah mengalir keluar. Dengan cekap, Mikhayl melukis sebuah Array pada dada t-shirtnya.
Apabila selesai, dia terus mengaktifkan Array tersebut menggunakan Soul Force. Satu tubuh Mikhayl terus berubah halimunan.
Sepantas yang boleh, Mikhayl berdesup berlari keluar dari tandas itu, menyelit di celah sesak orang ramai yang beratur untuk masuk ke dalam auditorium dan membolosi dua pengawal yang memeriksa tiket di pintu masuk Auditorium Latris. Ini kerana, Arraynya ini cuma mampu bertahan selama seminit.
Tepat-tepat sahaja Mikhayl menyerbu masuk ke dalam kubikel tandas di dalam auditorium itu, badannya terus kelihatan semula oleh mata kasar.
'Fuh!' Mikhayl tersandar di pintu kubikel dia berada sambil tercungap-cungap mengambil nafas. Dia tersengih. Berguna betul Array yang dipelajarinya!

ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEFECTIVE
FantasySouliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos memp...