Chapter 33

600 61 6
                                        

*Author's Note: Chapter kali ni banyak short form pd komen2 di internet. Ayat yg italic tu merupakan komen2 di internet. Rt tu (utk yg tak tahu) short form utk retweet.

Isla memasang selfie stick pada telefonnya, sedia untuk memulakan live broadcastnya. Baru saja dia hendak menekan butang mula, baru dia perasan abangnya yang berdiri jauh darinya.

"Abang, sinilah! Nanti tak masuk kamera. " Dia terus menarik lengan Akyl supaya berdiri hampir dengannya.
Kemudian butang mula ditekan, memulakan live broadcast media sosial miliknya hari ini.

"Hai semua! Apa khabar? Hahaha dah lama kan Is tak buat live ni." Isla berkata ceria, melambai pada skrin telefonnya.

-Kak Is!!! Rindu akak! (╯✧▽✧)╯
-Yeah! Lama gila kau tak buat live. Penat kitorang tunggu!
-Sis, cantiknya baju!
-Eh, ada Akyl sekali! Seriuslah, Akyl sanggup join live adik dia!Σ(°ロ°) Umpan apa kau bagi?!
-Akyl dan Isla dalam satu video!!o(TヘTo) *Menangis gembira
-Kan!!! Walaupun diorang ni adik beradik susah btl nk buat live sekali o(TヘTo)

Isla tergelak mebaca komen-komen penonton live broadcast. "Kan.. abang buah hati pengarang jantung Is ni memang susah betul nak duduk depan kamera, jadi hari ini memang hari istimewa."

Akyl di sebelahnya buat muka batu sahaja, tidak berminat langsung hendak membaca komen-komen untuknya.

"Okay, live hari ni special sikit sebab hari ni Is dan abang Akyl akan bawa korang semua ke satu tempat pelancongan baru yang sangat best. Ada kawan Is katalah, Is pun tak pernah pergi lagi ke sini. Cuba korang teka Is kat mana sekarang?" Isla menyoal. Dia kini sedang berdiri di hadapan pintu gerbang masuk kota SilverWood yang sudah pun berwajah baru.

Namun kameranya membelakangkan pintu gerbang kota itu, menyebabkan penonton livenya tidak dapat melihat pintu kota di hadapannya.

"Klunya, tempat ni di Town Hall." Tambah Isla.

-Bredane!
-Bredane ke?! Wahhh, aku dh lama teringin nk gi Bredane!
-Bredane!
-Lushtown?
-Greyverine?

Macam-macam tekaan dilontarkan penontonnya, namun tidak ada satu pun yang mengena.

"Nampaknya, tak ada sorang pun yang teka dengan tepat. Hari ini, kami akan jalan-jalan di SilverWood." Isla berpusing, memasukkan pintu gerbang dengan tulisan SilverWood itu ke dalam sudut pandang kameranya.

-?? Kat mana tu?
-Aku je ke yg x pernah dgr nama tempat tu?
-SilverWood?
-Eh, bkn ke tu kota yg cuma ada non-souliers tu?
-Oh haah! Yg org panggil tempat pelupusan sampah tu kn? pfft.
-Buat apa gi sini? X menariknya.
-Urghh bosan.(-_-)
-Kn berapa bln lps Yoh Tyron baru beli kota ni. Diorg nk promote lh tu∠( ᐛ 」∠)_. Jom-jom bla guys.
-Ceh nk promote je ke
-Kecewanya~┬─┬ノ( º _ ºノ)
-Pergi tempat lain lh..

Komen-komen yang membanjiri ruang komentar di bahagian live Isla semakin lama semakin negatif namun Isla tidak pula panik.

"Is tahu mesti ramai yang pelik kenapa kami pergi ke sini. Tapi korang mesti ramai yang tak tahu yang tempat ni dah alami transformasi dan jadi bandar yang cantik sangat." Isla berkata. Sambil itu, dia dan Akyl mula berjalan memasuki pintu kota itu.

-Ceh auta je. Nak promo kan┐(︶▽︶)┌
-Bosan. Bosan.ヽ(ー_ー )ノ
-Err, guys. Aq pun pernah pergi SilverWood 2 hr lps, serius tempat tu best gila! Aq x tipu!
-Hey org atas mesti ada taste rendah(¯ ¯٥)
-Apalah yg best sgt kt sana*rolling eyes

Namun komen-komen negatif di ruangan live Isla terus terhenti sebaik sahaja lensa kamera Isla merakam pemandangan dalam kota SilverWood yang kini telah selesai dimajukan dan dihias indah oleh Yoh Tyron dan semua penduduk kota itu sendiri.

THE DEFECTIVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang