Chapter 27

564 50 0
                                        


"Lelaki itu ayah aku."

Mata Mikhayl membesar terkejut.

Dia tidak pernah tahu perkara ini!

Hakikatnya bukan sahaja Mikhayll, tetapi semua orang awam yang lain tidak tahu perkara ini. Keluarga Evergreen adalah keluarga yang sangat besar dan susur galur keturunan mereka dirahsiakan daripada orang luar.

Hatta dalam kumpulan Crown, cuma Akyl Tyron sahaja yang mengetahui perkara ini selain daripada Carl yang memang ahli keluarga Evergreen.

Rayyan sendiri tidak tahu mengapa dia membocorkan hal ini kepada gadis muda di sebelahnya ini.

"Ayah aku melanggar perintah Emperor untuk lindungi aku." Rayyan merendahkan anak matanya, bulu matanya menyapu bawah mata. Wajah tampan lelaki itu terlihat agak sayu.

"Selama ini, aku sangat menyesali betapa lemah dan terbatasnya kemampuan aku waktu ayah aku ditangkap enam belas tahun lalu." Sambung Rayyan.

Lidah Mikhayl kelu. Tidak tahu hendak memberi respons apa.

Rayyan tidak pula mengharapkan respons gadis itu. Dia terus menatap langit gelap di atas mereka. 

Memori lama bertandang di fikirannya.

___________________________

Si kecil Rayyan yang baru berusia tujuh tahun itu memeluk erat-erat Spirit Beast  burung merah di dalam pelukannya dengan wajah yang basah dengan linangan air mata.

Dia tersedu-sedan menahan tangis menyaksikan ayahnya yang sedang bertarung hebat dengan dua orang lelaki berpedang.

Air mata budak lelaki itu mengalir makin laju setiap kali dia melihat mereka berjaya melukakan ayahnya.

"Rosse, bawa Rayyan pergi cepat!" Suara Raffiqi keras sambil dia menahan serangan seorang Imperial Wielder dan seorang Imperial Warrior yang dihantar Emperor.

Rosse yang turut berlinangan air mata akur dengan perintah suaminya dan segera mendukung Rayyan.

"Mama, papa! Papa!" Rayyan tergeleng-geleng tidak mahu meninggalkan ayahnya. Rossie tidak menghiraukan keengganan Rayyan, terus mendukung budak itu dan membawanya lari ke kereta mereka.

Beberapa tentera-tentera diraja cuba mengejar mereka, namun Raffiqi, dalam kesibukannya bertarung dengan dua Souliers level 19 menghayun sebelah tangannya.

Berpuluh-puluh bilah pedang muncul melayang laju menusuk tepat ke semua tubuh tentera-tentera yang cuba menangkap isteri dan anaknya itu.

"Humph! Jangan harap siapa-siapa boleh apa-apakan mereka selagi aku ada di sini."

"Papa! Papa!" Rayyan tidak henti-henti melaung, berharap yang ayahnya akan turut menuruti langkah mereka.
Namun ayahnya itu cuma tersenyum memandangnya dari jauh.

....................

"Huhuhuhu.. Rayyan tak nak lepaskan Flemy." Rayyan berkata dalam esakan, memeluk sayu Spirit Beast bernama Flemy yang telah dikutip dan dibesarkannya selama ini. Mata berairnya memandang ibunya penuh berharap.

Mereka kini berada di dalam The Wild. Ibunya telah membawanya memecah masuk ke hutan ini untuk dia melepaskan Spirit Beast jagaannya itu.

"Rayyan sayang, kita tak mampu untuk lindungi Flemy. Flemy akan lebih selamat di sini." Pujuk Rosse lembut.

"Kenapa.. Sob. Sob... Kenapa merreka nak tangkap Flemy? Flemy beast baik.. Dia tak sakiti siapa-siapa pun..Sob.Sob.." Rayyan mengusap lembut kepala burung dalam pelukannya itu.

THE DEFECTIVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang