Chapter 22 (The Wild - Arc)

452 55 5
                                    


"Abang, penatlah! Jomlah berhenti.. Dah lebih satu jam kita berlatih." Gadis muda yang tercungap-cungap kepenatan dengan sebilah pedang di tangan itu merengek kepada pemuda di hadapannya.

"Tsk. Mengeluh je kerjanya! Teknik kau masih banyak lagi tak betul." Pemuda itu membalas. Dia turut memegang sebilah pedang di tangannya yang digunakan untuk berlatih bertarung dengan adiknya.

Pemuda dan gadis itu merupakan adik beradik Tyron yang terkenal dalam kumpulan Crown, kumpulan yang menjuarai Aryan's Battle Royal tahun ini.

Isla, si adik memuncung panjang. Namun dia tidak ada bahan untuk membalas kerana dia sendiri sedar teknik pedangnya memang masih lagi tidak menunjukkan peningkatan

Di dalam kumpulan Crown, setiap ahli perlu memahiri teknik senjata untuk pertempuran dekat. Dia yang punya Soul Weapon Bow and Arrow turut perlu menguasai seni pedang.

Akhirnya Isla berpaling kepada penyelamatnya. " Abang Carl... Tengok abang Is yang kejam ni.. Tak habis-habis nak dera adik dia ni." Adunya kepada timbalan kapten kumpulan mereka.

Carl yang sedang berlatih memanah dengan kaptennya menoleh sambil tergelak. "Weh, Akyl, sudah-sudah lah tu. Bagilah budak tu berehat dulu." Ujarnya.

"Is bukan budaklah!" Isla makin cemberut wajahnya. Mentang-mentang dia paling muda dalam kumpulan ini, semua hendak memperbudakkannya.

"Okay, sayang.." Carl membalas bersahaja, melepaskan satu anak panahnya.

Terus merah padam wajah Isla. Gadis itu terdiam tidak tahu hendak membalas apa. "Hoi, apa sayang-sayang? Nak melayang?" Abangnya pula yang bersuara.

"Manjakan sangat dia." Akyl mencemuh perlahan. Namun lelaki itu tetap akur dengan permintaan adiknya. Dia menyarung pedang yang digunakannya ke dalam sarung.

Carl ketawa perlahan mengerling wajah merah comel Isla.

"Fokus." Suara kaptennya di sebelah kedengaran berserta dengan bunyi anak panah yang dilepaskan Rayyan tepat mengenai target virtual mereka yang bergerak pantas di skrin.

Markah Rayyan naik di skrin dari tiga puluh dua ke tiga puluh tiga dalam masa baru dua minit mereka mula berlatih.

"Tsk." Carl menjentik lidah. Markahnya baru dua puluh lapan.

TING!
Tiba-tiba notifikasi pada alat komunikasi dalam bentuk jamnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

"Sekejap," Carl menekan skrin jamnya untuk memeriksa mesej yang masuk.

Kemudian dahinya berkerut.  Dia membaca kuat, "Jemputan ke majlis jamuan keluarga Lord Fahriz Frost bagi meraikan kenaikan level anaknya, Ruby Frost ke level 8?"

Naik level Soul Force pun nak sambut ke?

"Bulan lepas sambutan meraikan keselamatan pulang dari Beast Hunting pertama, bulan ni buat sambutan lain pulak? Tsk, Tsk, dari gaya Fahriz ni, nampak sangat yang lelaki ni tak bersedih langsung dengan kematian anak dia. Tahulah anak dia yang mati tu cacat Soul Force, tapi budak tu masih anak dia. Haihh..." Komen Carl sendiri.

Rayyan yang baru hendak menarik busur panahnya terus terhenti tangannya. "Apa kau cakap? Siapa yang mati?" Soalnya serius dengan dahi berkerut.

"Hurmm? Kau tak tahu? Anak dari isteri Fahriz yang pertama, yang cacat Soul Force sejak lahir tu meninggal dua bulan lepas. Namanya Mikhayl." Jawab Carl.

'Nama saya Mikhayl. Mikhayl Kaeyla dari keluarga Frost.'

Bagaikan terngiang-ngiang di telinganya suara gadis itu berserta senyuman manisnya.

THE DEFECTIVEWhere stories live. Discover now