Chapter 2

593 56 1
                                        

  Di sebalik pintu itu rupa-rupanya adalah sebuah bilik pejabat kecil. Di dalamnya cuma terdapat sebuah rak buku kecil yang tersadai di atasnya cuma tiga naskah buku. Kemudian, terdapat juga sebuah meja pejabat yang berhabuk tebal.

Mikhayl melangkah mendekati meja tersebut. Di atas meja itu kosong cuma terdapat sebuah plak nama kayu. Mikhayl mengesat plak nama tersebut dan membaca tulisan yang terukir di atasnya.

Raymond R.

Siapa? Mikhayl yang telah membaca hampir seribu buah buku dalam hidupnya, daripada buku bibliografi, sejarah dan sebagainya, memori luar biasa utuhnya tidak pula mengecam nama tersebut.

Di dalam laci meja tersebut juga kosong. Dahi Mikhayl berkerut sambil matanya memerhati segenap penjuru bilik itu.
Kenapa pemilik bilik ini perlu bersusah payah membuat kod kunci yang susah membunuh itu untuk mengunci bilik ini jika di dalamnya tiada apa-apa kecuali -

Buku..

Kening Mikhayl terangkat. Dia segera mencapai tiga buah buku usang yang tersadai di rak buku itu. Setelah menepuk dan mengirai habuk tebal seinci pada buku-buku tersebut barulah Mikhayl dapat mebaca tajuk buku-buku tersebut dengan jelas.

Buku pertama bertajuk How to Raise a Spirit Plant.

Buku kedua bertajuk A Guide of Spirit Beasts.

Dan buku yang terakhir bertajuk Ancient Spell and Array.

Mata Mikhayl terbeliak melihat tajuk buku terakhir itu. Dia terus menyelak buka buku tersebut. Di dalamnya penuh tulisan halus menyakitkan mata untuk dibaca dan juga lakaran-lakaran pelbagai simbol serabut seperti corak pada pintu gerbang bilik itu.

Ini.... Simbol-simbol ini serupa jenisnya dengan simbol array pada The Great Barrier. Mungkinkah buku ini merungkai rahsia di sebalik The Great Barrier, salah satu misteri keajaiban dunia itu?

Mikhayl perasan semua buku-buku ini ditulis tangan dengan pena. Pada helaian muka hadapan ketiga-tiga buku tersebut terdapat tandatangan yang mampu Mikhayl baca sebagai 'Raymond'.

Kesemua buku ini ditulis sendiri oleh Raymond ini?

Mikhayl merasa ketiga-tiga buku di tangannya in merupakan harta karun yang sangat berharga. Baru sahaja Mikhayl hendak berpusing, mata tajamnya menangkap ukiran rangkaian tulisan halus pada rak buku kayu yang menempatkan buku-buku tadi. Dia memicingkan matanya membaca tulisan tersebut.

'Congratulation on breaking the seal. Whoever you are, the treasures are yours. I hereby declare you as my inheritor. -Raymond R.-'

Mikhayl tercengang. Mesej ini ditinggalkan Raymond untuknya? Dia tanpa diduga menjadi pewaris lelaki yang tidak pernah ditemuinya itu?

'.................'

Lantaklah. Sekurang-kurangnya ketiga-tiga buku berharga ini kini menjadi miliknya secara sah. Tak perlulah dia jadi pencuri.

'HAHAHAHA. Rasa macam watak utama dalam movie pula. Tiba-tiba harta karun jatuh dari langit.'

Mood Mikhayl bukan main riang sambil dia menyumbat buku-buku tersebut ke dalam beg sandangnya.

Ohh, tak sabarnya dia untuk mengkaji buku tersebut.
-----------------

The Great Barrier.

   Dalam kalangan manusia, ada yang dinaikkan tarafnya, lahir dengan kuasa istimewa yang dikenali sebagai Soul Force. Manusia-manusia ini digelar sebagai Souliers. Apabila Soul Force mereka telah cukup matang, Soul Force tersebut boleh dimanifestasikan menjadi senjata fizikal yang digelar sebagai Soul Weapon.

Seperti manusia, tumbuhan dan haiwan juga turut boleh naik tarafnya. Tumbuhan menjadi Spirit Plant yang boleh hidup dan bergerak dengan kehendak sendiri. Haiwan pula boleh naik taraf menjadi Spirit Beast. Jika Souliers memiliki Soul Force, Spirit Plant dan Spirit Beast memiliki Spirit Stone.

Soul Force mempunyai level-levelnya. Setakat ini dalam rekod sejarah, seorang Souliers boleh mencapai level maksimum dua puluh. Semakin tinggi level Soul Force, semakin kuat dan canggih teknik-teknik Soul Weapon yang mampu dimanifestasikan. Namun malangnya, untuk naik dari satu level ke satu level lain adalah sangat sukar.

Suatu hari, manusia mula mempelajari bahawa level Soul Force boleh dinaikkan segera dengan meresap Spirit Stone ke dalam tubuh. Sejak itu, manusia mula memburu Spirit Beast. Banyak Spirit Beast dibunuh oleh manusia-manusia yang rakuskan kuasa.

Sehinggalah akhirnya hal ini mencetuskan kemarahan Spirit Beast King  yang mula menyerang balas, mengaum memberi  isyarat kepada semua Spirit Beast, mengisytiharkan perang terhadap manusia.

Selepas itu, keadaan menjadi sangat huru-hara dan dahsyat. Penyembelihan manusia berlaku secara besar-besaran oleh Spirit-Spirit Beast yang mengamuk.

Sehinggalah sekumpulan manusia menggunakan spell purba, mendirikan array yang menjadi benteng, memisahkan habitat manusia dari beast, sekaligus menghalang kemaraan Spirit-Spirit Beast dari terus menyerang manusia.

Array tersebut masih kekal sehingga ke hari ini dan digelar sebagai The Great Barrier, yang kini menjadi salah satu keajaiban dunia yang kekal misteri.

Tidak ada siapa pun yang tahu cara meruntuhkan array itu, mahupun membangunkannya.

--------------------------------------

"Mikhayl mana?" Suara dingin Lord Fahriz memecah keheningan di meja makan keluarga Frost itu.

"Humph! Dua-tiga minggu kebelakangan ni, budak bertuah tu memang berkurung je dalam bilik tak tunjuk muka. Entah hidup lagi tidak!" Marina, isteri kedua Lord Fahriz menjawab dengan cebikan.

Fahriz mendengus kasar mendengar jawapan isterinya itu. Dia jelas sekali tidak bergembira dengan laporan yang didengarinya itu.

"Biarkanlah dia tu. Bukannya dia boleh buat apa dengan Soul Force macam tu. Makan tidur - makan tidur je lah mampu." Azura, isteri ketiga Fahriz pula menambah.

Ruby, anak tunggalnya yang duduk disisinya turut tersenyum sinis mendengar komentar ibunya itu.

Semakin berkerut wajah Fahriz mendengarnya. Dia sendiri merasa, Mikhayl, satu-satunya anak dari isteri pertamanya yang telah pun tiada itu sebagai duri dalam keluarganya kerana kondisi cacatnya.

Kerana Mikhayl, dia menjadi bahan jenaka dalam keluarga besar Frost, dan juga dalam keluarga Noble yang lain.
Hal ini kerana, sudah menjadi makluman semua bahawa genetik ibu dan bapa mempunyai pengaruh besar terhadap Soul Force dan Soul Weapon anak mereka.

Ibu bapa yang mempunyai Soul Force level tinggi dan Soul Weapon yang cemerlang akan melahirkan keturunan Souliers yang cemerlang. Dari situlah terwujudnya lima buah keluarga Noble yang memiliki genetik Soul Force yang berkualiti tinggi belaka dari satu keturunan ke satu keturunan.

Namun entah di mana silapnya, anak hasil dari hubungannya dengan isteri pertamanya dilahirkan cacat Soul Forcenya tidak mampu memanifestasikan Soul Weapon.

Pada waktu itu malunya dia rasa tak mampu diungkapkan. Keluarga mereka menjadi bahan jenaka beberapa bulan sehinggalah Ruby, anak dari isteri ketiganya memanifestasikan Soul Weaponnya. Selepas itu barulah berkurangan ejekan dan umpatan belakang yang mereka terima dek ditenggelamkan oleh pujian terhadap Ruby yang memiliki Soul Weapon Bow and Arrow yang cantik.

Fahriz menggenggam penumbuknya. Anak mata lelaki separuh abad itu bersinar gelap memikirkan sesuatu.

Kalaulah..

Kalaulah Mikhayl boleh dibuang dari keluarganya..

-----------------------------------


Author's note: What a cruel family :'(

THE DEFECTIVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang