Chapter 8

525 48 1
                                        


Sejak pertemuan Mikhayl dengan idolanya pada malam itu, Mikhayl bagaikan ayam yang disuntik darahnya, begitu bertenaga dengan semangat yang membara.
Masuk sahaja ke dalam biliknya pada malam itu, Mikhayl terus menyiapkan Array Tool yang ingin dihasilkannya.

Dia mengeluarkan kain daripada Spirit Plant yang dibelinya dengan harga yang begitu mahal itu. Kemudian, pada atas kain itu, Mikhayl melukis sebuah Array dengan penuh  cermat dan berhati-hati. Seterusnya, dengan menggunakan kain itu, Mikhayl mengait sebuah uncang yang saiznya sesuai untuk digantung di pinggangnya.  Bahagian lukisan Array pada kain itu dijadikan bahagian dalam uncang.

Segala kerja-kerjanya Mikhayl lakukan dengan penuh teliti. Masakan tidak, dia tidak boleh tersalah jahit pada kain yang begitu mahal ini!

Mikhayl terkoyak senyuman lebar apabila uncangnya berjaya disiapkan. Atau hakikatnya, ianya adalah sebuah storage space bag yang boleh menempatkan pelbagai jenis barang di dalamnya, bergantung kepada kualiti dan level Space Array yang dilukis Mikhayl.

Array yang dilukis Mikhayl bukan sahaja Space Array biasa-biasa, tetapi ia adalah Spirit Space Array, menjadikan uncang jahitannya sebuah storage space bag yang turut boleh diisi denagn benda hidup seperti Spirit Beast dan Spirit Plant.

Mikhayl kemudiannya mengaktifkan Array pada uncang itu dengan cara menyalurkan Soul Forcenya serta mengunci sedikit Soul Force tersebut pada Array itu supaya uncang tersebut kekal berfungsi sebagai storage space bag.

Akhir sekali, Mikhayl memeriksa saiz storage spacenya. 

Tiga puluh enam kaki persegi.

Umm.. Boleh tahan. Sekurang-kurangnya cukup untuk dia menyimpan barang-barang.

Mikhayl menyorokkan beg uncangnya itu di dalm laci meja soleknya. Kemudian, dia siap mengunci laci tersebut dengan Seal Array.

Storage Space Bag merupakan sesuatu yang tidak pernah kedengaran lagi dalam kerajaan Aryan.
Uncang ini merupakan harta yang tak ternilai harganya di negara ini.

Walaupun hakikatnya dengan level Soul Forcenya,Mikhayl mampu menciptakan banyak lagi uncang yang sama dengan mudah. Cumanya dia tidak cukup wang untuk membeli material kainnya.

--------------------------------

Minggu seterusnya tiba.

Mikhayl menghabiskan minggu itu membuat persiapan untuk sesi Beast Hunting Akademi Xxaness yang  akan berlangsung minggu hadapan.

Dengan wang tabung simpanannya, Mikhayl membeli berpaket-paket makanan, ubatan, pill tenaga, serta peralatan survival di hutan untuk disimpan di dalam Storage Space bagnya.

Dia turut membuat persiapan lain untuk memastikan keselamatan dirinya sewaktu sesi Beast Hunting itu nanti.

Mikhayl sendiri tahu bahaya yang menantinya sangat besar apabila menjejakkan kaki ke habitat Spirit Beast, The Wild nanti. The Wild adalah panggilan semua kawasan di luar The Great Barrier. 

Berlawan dengan Spirit Beast jauh lebih sukar berbanding berlawan dengan manusia. Pergerakan mereka sukar dijangka, setiap dari mereka punya titik kelemahan yang berbeza-beza, pergerakan mereka lebih lincah dan tubuh mereka lebih ampuh.

Tanpa Soul Weapon, memang sangat sukar untuk Mikhayl menang berlawan dengan Spirit Beast.
Dan yang paling penting, dia sendiri kurang pengalaman berlawan dengan Spirit Beast. Souliers-Souliers di Akademi Xxaness biasanya berlatih bertarung menggunakan simulasi imej virtual.

Namun, Mikhayl tidak pernah berkesempatan mencubanya. Sebabnya seperti biasa, kerana dia tidak mempunyai Soul Weapon, maka para Master merasakan yang ianya adalah sesuatu yang sia-sia dan membazir masa membiarkan Mikhayl menggunakan Virtual Training Ground yang sudah sedia terhad kemudahannya di akademi.

Namun Mikhayl tidak berputus asa. Dia menggunakan apa sahaja cara yang dia ada, memerhatikan dari sebalik dinding kaca Souliers yang lain berlatih, dalam pada masa yang sama menganalisa pergerakan virtual beast tersebut.

Cumanya, hanya melihat pastinya tidak sama dengan bertarung sendiri.

Kerana itu, kali ini, Mikhayl membuat persiapan yang betul-betul lengkap semampunya.

Dia turut membeli dagger baru, dengan duitnya yang berbaki, bagi menggantikan daggernya yang telah dimusnahkan Black Jack. Dan juga beberapa bilah pisau kecil yang lain.

Kalau diikutkan hatinya, Mikhayl ingin membeli pedang.
Namun dia punya dua masalah.

Masalah yang pertama dan utama, duitnya tidak mencukupi. Huhu.

Masalah yang kedua, dia tidak reti seni menggunakan pedang. Tidak ada guru yang sudi mengajarnya, dan dia juga tidak ada teman untuk berlatih lawan pedang.

Masalah kedua hakikatnya tidaklah berapa besar, kerana dia juga belajar menggunakan dagger sendiri.
Masalah pertama lebih menyesakkannya. Ayahnya begitu kedekut dan bersukat memberikannya duit belanja harian. Bagi Lord Fahriz, duit yan disumbangkan untuknya yang tidak punya Soul Weapon, yang tidak mampu mengharumkan nama Keluara Frost merupakan satu pembaziran.

Mikhayl rasa, antara semua keluarga Noble, keluarga Frost merupakan keluarga yang paling miskin.

Mikhayl mengeluh perlahan.

Dia membuka laci meja belajarnya dan menarik keluar satu sketchbook.
Dia menyelak setiap helaian muka surat sketchbook tersebut.

Pada setiap muka surat buku itu terdapat lakaran pelbagai jenis hidden weapon yang dilukis dengan begitu cantik, kemas dan terperinci.

Semua lakaran itu dihasilkannya sendiri.

Sewaktu kecil, sebaik sahaja mendapat tahu yang dia tidak memiliki Soul Weapon, Mikhayl langsung tidak patah semangat. Perkara pertama yang muncul di fikirannya ialah, jika dia tidak memiliki Soul Weapon, maka dia akan menghasilkan senjatanya sendiri.

Dan si kecil Mikhayl pada waktu itu terus ke perpustakaan, membaca dan mengkaji pelbagai jenis buku senjata, dan memulakan projeknya.

Malangnya, selepas itu baru dia sedar, yang dia tidak memiliki bahan-bahan untuk membuat senjata tersebut. Bahan-bahan untuk membuat senjata, yang kebanyakkannya merupakan earthstone, dijual di pasaran dengan harga yang sangat tinggi kerana kesukaran mendapatkannya.

Earthstone kebiasaanya digali oleh para Miners dari gua-gua di The Wild. Gua-gua yang kaya dengan earthstone kebiasaannya dijaga oleh Spirit Beast. Semakin berkualiti earthstone yang ada, semakin tinggi level Spirit Beast yang menjaga kawasan itu.

Setiap keluarga Noble mempunyai kumpulan Miners sendiri. Sewaktu ekspedisi melombong di The Wild, para Miners akan diiringi dan dijaga oleh Souliers lain yang mempunyai Soul Weapon jenis senjata.

Setakat ini, keluarga Evergreen dan keluarga Eden merupakan dua keluarga Noble yang bersaing di puncak tertinggi sebagai pengedar terbesar earthstone di pasaran.

Mikhayl menutup semula sketchbooknya dengan nafas berat.

Dia bertekad, sewaktu Beast Hunting nanti, dia akan cuba mendapatkan beberapa ketul earthstone.

---------------------------------------


Author's Note: Next chapter, The Wild Arc bermula! Pls, stay read! (^ω~)

THE DEFECTIVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang