Chapter 5

520 42 0
                                        

  Apabila perlawanan antara Rayyan dan Kael bermula...

'Tsk. Perfect. Terlalu perfect.' Mikhayl mengeluh.

Pada awalnnya, Mikhayl jatuh minat kepada Rayyan sewaktu dia kali pertama melihat Soul Weapon lelaki itu. Jika dibandingkan dengan Soul Weapon Ruby yang dipuji-puji keluarga Frost itu, Soul Weapon Ruby bagaikan batang besi buruk.

Rayyan adalah seorang Wielder. Soul Weapon Longsword miliknya begitu nipis dan jernih seperti kepingan ais kristal. Apabila disinari cahaya matahari, pedang itu semakin menyerlah, berkilat memukau memantulkan cahaya biru.

Pedang kristal Rayyan itu begitu popular sehingga menjadi prototype untuk pelbagai jenis merchandise dari replika pedang sehinggalah keychain. Hatta Mikhayl sendiri turut memiliki keychain pedang kristal itu.

Sejak itu, Mikhayl mula menyaksikan setiap perlawanan Rayyan untuk mencuci mata melihat pedang itu. Sehinggalah dia mula mengagumi kahandalan pemilik pedang itu sendiri dalam bertarung.

Sungguh, mata tajam Mikhayl yang selalunya laju menganalisa dan mengkritik Souliers tidak dapat menemui langsung kesilapan, kecacatan mahupun kelemahan dalam pergerakan Rayyan.

Serupalah seperti hari ini.

Pergerakannya tangkas dan pantas. Efisien dengan serangan ditumpukan tepat-tepat pada titik-titik penting pada tubuh tanpa ada tenaga yang dibazirkan. Efisien namun elegan dan bergaya.

Mikhayl suka gaya pertarungan Rayyan. Lelaki itu jarang menggunakan teknik fancy-fancy meskipun dia mampu dengan Soul Forcenya yang sudah mencapai level tujuh belas. Sebaliknya, dia kurang gemar memfokuskan serangan  menggunakan Soul Weaponnya, tetapi lebih kepada mengaplikasikan teknik seni mempertahankan dirinya sebaiknya. Lelaki itu melayan Soul Weaponnya seolah-olah ianya senjata biasa, tidak terlalu bergantung kepadanya.

Satu perkara yang sukar untuk ditemui dalam diri Souliers sekarang.

Kerana itu, tidak ramai yang tahu keupayaan sebenar Soul Weapon Rayyan, juga kekuatan maksimanya.

------------------

Seperti yang Mikhayl jangka, Rayyan menang dalam pertarungan tersebut.

Mikhayl melangkah keluar dari auditorium itu dengan senyuman puas. Dia kemudiannya sambung berjalan menuju ke destinasi utama tujuan dia ke bandar hari ini.

Kaki Mikhayl menjejak masuk ke sebuah kedai tekstil mewah yang menjual kain berkualiti tinggi. Mikhayl terus ke tingkat atas bangunan kedai iu yang menempatkan material kain daripada spirit beast dan spirit plant.

Dia membelek-belek deretan kain yang terpamer di ruangan itu.

Huhu. Semuanya cantik-cantik belaka.

Namun bila matanya menjeling tanda harga kain-kain tersebut, terasa sesak dada dia dibuatnya!

Akhirnya Mikhayl memilih sehelai kain dalam ukuran satu meter yang materialnya daripada spirit plant Gossypium. Walaupun material dari spirit plant itu kurang cantik berbanding dari spirit plant atau spirit beast yang lain, malahan lebih kasar teksturnya, namun tak ramai yang tahu material dari Gossypium paling tahan lasak dan kalis api.

Dan yang paling penting, murah harganya.

Murah-murah pun, habis jugalah segala wang dapatan Mikhail hari ini untuk membayarnya.
Mikhayl melangkah ke kaunter bayaran dengan berat hati. Dia meletakkan kain itu di atas kaunter.

"Ini je?" Mak cik yang menjaga kaunter itu menyoal.

Mikhayl mengangguk teragak. "Err, mak cik, bol-"

"Humph." Belum sempat Mikhail menghabiskan ayatnya, wanita di kaunter itu mendengus menunding jarinya ke belakang bahunya.

Mata Mikhayl jatuh pada papan tanda di belakang wanita itu.

'Tiada tawar-menawar dibenarkan.'

Mikhayl meneguk air liur, menelan semula ayat yang ingin keluar di hujung lidahnya.

Fine. Dia meletakkan segala wang kertasnya di atas meja kaunter dengan mulut muncung.

Selesai urusan pembeliannya, Mikhayl melangkah keluar dari kedai itu dengan longlai. Dia mendongak melihat langit senja yang mula gelap.

Ahhhhh, perutnya rasa lapar tetapi dia tiada duit.

Dan dia juga tiada Quartz untuk naik pengangkutan awam. Di dalam kerajaan Aryan, untuk naik pengangkutan awam yang berupa sebuah tren, seseorang perlu membayar paling kurang sebutir Quartz, sejenis earth stone di muka bumi ini. Wang kertas tidak diterima.

Kenderaan bukanlah suatu perkara yang biasa di kerajaan ini. Setiap keluarga kebiasaannya cuma memiliki sebuah kereta yang perlu digerakkan menggunakan Soul Force. Hakikatnya, mekanisme di sebalik kereta tersebut adalah menggunakan Array Tetap.

Array Tetap adalah Array kekal yang ditinggalkan pada sesuatu perkakas, yang mana sesiapa pun boleh mengaktifkan Array tersebut jika mereka menyalurkan Soul Force mereka.

Kerana tiada Quartz, Mikhayl terpaksa berjalan kaki pulang dengan perut yang kosong. Apabila dia melintasi lorong belakang Hotel Aquarine, hotel mewah di sebelah Auditorium Latris, langit sudahpun gelap.

Hailahh, sedih sungguh nasib dirinya.

Sewaktu dia sibuk melayan perasaan berjalan dengan perut kosong, langkah Mikhayl tiba-tiba dihalang tiga susuk lelaki sasa. Langkah Mikhayl terhenti. Dia mengangkat wajah memandang tiga orang lelaki berwajah penyagak yang merenungnya dengan senyuman penuh niat jahat itu.

"Cik adik manis, tak ada siapa beritahu cik adik ke yang bahaya jalan malam sorang-sorang begini?" Salah seorang dari mereka bersuara.

Mikhayl diam sambil mata laju mengimbas keadaan sekelilingnya.

Sunyi tidak ada orang lain.

"Apa kata cik adik beri pada kami apa yang ada dalam saku cik adik. Kalau cik adik serahkan, abang-abang akan berbaik hati bagi cik adik pergi dengan selamat." Ujar seorang yang lain. Mereka jelas sekali tahu ada barang berharga dalam milikan Mikhayl.

Apa-apa bahan dari spirit plant boleh dijual dengan harga yang sangat tinggi.

'Humph, aku punyalah terpaksa bergadai harta untuk beli benda ni, jangan haraplah aku nak bagi pada korang!' Mikhayl mencemuh di dalam hati.

Mikhayl tidak memberi respon. Sebaliknya, dengan tenang, gadis itu mengurut belakang tengkuknya. Kemudian dia melentur-lenturkan jari jemarinya.

Kemudian, dia mengangkat tangan kanan, menggerakkan jari mengisyaratkan lelaki-lelaki itu maju ke arahnya.

Senyuman mencabar terukir di bibirnya di sebalik face mask. Kesinisan senyumannya bersinar di sepasang matanya.

'Mari, siapa yang takut?'

----------------------------------------------------------------------------



Author's Note: Chapter seterusnya, ML akan bertemu dengan FL buat kali pertama!

THE DEFECTIVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang