Chapter 59

656 61 1
                                        


"Bodoh! Kenapa kau biarkan Rayyan nampak apa yang kau buat?!"

Tengkingan Emperor Henrik memenuhi bilik pejabat rasminya itu.

"Maafkan patik, Tuanku. Dia tiba-tiba muncul di kampung itu. Patik sudah pastikan misi kali ini dijalankan penuh rahsia. Tentera-tentera yang ikut semuanya merupakan orang kepercayaan patik. Patik sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh tahu kedatangan patik ke kampung itu." Allamon yang sedang berlutut di hadapan rajanya itu hanya mampu tertunduk berkata.

Pang!

Penumbuk Henrik menghentam meja di sisinya. Kepanikan mula menguasai hatinya.

Habislah... Habislah dia kalau Rayyan mengetahui apa yang telah dia lakukan.

Rancangan awalnya, dia cuma mahu merampas segala senjata yang tersimpan di Mori Village dan membunuh seluruh penghuni kampung tersebut sehingga tidak ada langsung saksi yang berbaki.

Namun segala perancangannya musnah dengan kemunculan Rayyan di kampung itu.

Penumbuk Henrik menggeletar.
Apa yang patut dia lakukan?

"Tuanku!" Suara setiausahanya kedengaran dari sebalik pintu pejabatnya. Nada suaranya kedengaran berbaur cemas.

"Masuk." Ujarnya keras dengan dahi berkerut.
"Ada apa?"

"Tuanku, tengok berita ni." Setiusahanya menunjukkan skrin telefonnya kepada Henrik.

'PEMBUNUHAN BESAR-BESARAN PENDUDUK MORI VILLAGE - ATAS ARAHAN EMPEROR?'

PANG!
"Tak guna!" Sekali  lagi Henrik menghentak mejanya kerana terlampau marah.

"Rayyan...." Henrik mengetap giginya penuh berang. "Tunggu apa lagi, sekat berita tu cepat!" Setiusahanya menjadi mangsa hamburannya.

"Patik dah cuba. Tapi.. Tuanku, berita ini bukan setakat dari satu syarikat penerbitan sahaja. Tapi dari enam buah syarikat." Balas setiausahanya takut-takut.

Henrik terdiam. Kemudian dia menggenggam penumbuknya.
Bagus.. Bagus.. Nampaknya Rayyan benar-benar mahu berlawan secara terang-terangan dengannya.

"Lagi satu, Tuanku.. Berita ini dah pun viral di semua laman sosial. ianya bukan setakat hasil kerja Rayyan Evergreen, tapi penduduk Mori Village ada membuka cafe mereka sendiri di SilverWood. Dan kafe mereka sangat terkenal dalam kalangan souliers, malahan keluarga noble sendiri. Viral ini semuanya dari sebaran peminat kafe Mori yang marah dengan apa yang berlaku." Terang setiausahanya lagi.

Henrik meraut rambutnya sesak. Nampaknya kali ini dia tersalah percaturan.

"Beta tak kira! Padam semua berita itu dari laman sosial!"

Tok. Tok. Tok.

Bunyi ketukan pintu bilik pejabatnya menyekat amukan Henrik.
Siapa pula kali ini?!

Pintu biliknya dikuak, dan di hadapan pintu, berdiri seorang lelaki besut hitam kemas.
Wajah Henrik berubah cuak.

Lelaki bersut hitam itu adalah butler dari keluarga Royal Noble Sparrow.

"Tuanku," Butler itu bersuara. "Lord Sebastian hendak bertemu dengan Tuanku." Dia menyatakan tujuan kedatangannya.

Kali ini wajah Henrik terus berubah pucat.

Lord Sebastian adalah, tidak lain tidak bukan,

ketua keluarga Royal Noble Sparrow.

__________________

Ianya benar-benar seerti yang dikataan oleh setiausaha Henrik. Berita pembunuhan seluruh ahli kampung Mori Village tersebar dengan begitu cepat bukan hanya kerana percaturan Rayyan, tetapi juga kerana Kafe Mori yang sejak dua tahun kebelakangan ini begitu terkenal dalam kalangan rakyat Aryan.

THE DEFECTIVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang