"Alice, anak mama!"Sebaik sahaja Alice melangkah keluar dari bilik peserta, ibunya, Marina terus menyambutnya dengan senyuman bukan main lebar.
"Mama bangga sangat dengan kamu. Kamu memang anak mama!" Marina memeluk tubuh anak sulungnya itu.
Alice cuma membiarkan ibunya yang sedang memeluknya teruja itu. Fahriz turut mendapatkan anak beranak itu.
"Tahniah, Alice. Kamu memang kebanggan keluarga Frost." Sebaik sahaja Fahriz habis berbicara, Mikhayl melangkah keluar dari bilik peserta.
".........."
Marina dan Fahriz terdiam memandang Mikhayl. Fahriz sendiri tidak tahu bagaimana hendak bereaksi dengan anak 'cacatnya' ini.
Mikhayl pula cuma bertentangan mata dengan ayah kandungnya itu dengan tenang.
"Kamu.. pun bagus. Cuma perlu usaha lebih lagi." Akhirnya Fahriz Frost menuturkan dengan janggal.
Mikhayl hampir saja menunjukkan senyuman sinis mendengar ayat ayahnya itu.
"Baik, ayah." Akhirnya dia cuma mengangguk akur dengan nada datar.
"Dah, jom balik. Kita kena buat makan besar malam ni untuk sambut kemenangan Alice." Marina cepat-cepat menyampuk interaksi dua beranak itu. Dia menarik tangan Alice dan dengan penuh semangat menarik anak gadisnya itu pergi untuk pulang ke rumah.
Dia tidak sabar untuk menayangkan kejayaan Alice di hadapan mata Azura.
Akhirnya tinggal Fahriz dan Mikhayl di depan pintu bilik peserta itu.
"Err...." Fahriz hilang bicara seketika. "Jangan balik lambat sangat." Akhirnya itu yang dituturkan lelaki itu sebelum dia berlalu pergi.
Heh.
Melihat belakang ayahnya yang berlalu pergi itu, hati Mikhayl rasa kosong. Tidak ada rasa sedih mahupun terluka. Dia sudah lama berputus asa dari mencari pengiktirafan lelaki bergelar ayahnya itu.
Akhirnya Mikhayl mengatur langkahnya sendirian keluar dari stadium perlawanan itu.
"Kak Mikhayl!!!!"
Mikhayl yang sedang berjalan tertunduk itu begitu terkejut apabila namanya dilaung kuat oleh sekumpulan suara. Dia terus mengangkat wajahnya.
"Kak Mikhayl, tahniah!!"
Mikhayl terpempan kaku melihat anak-anak Mori Village yang sedang berdiri di hadapannya dengan sengihan lebar di wajah.
Master Ouran yang setia menggayakan topi dan spek mata hitamnya, turut ada di situ.
"Tsk, walaupun kau tak berjaya jadi juara tapi aku tetap bangga dengan kau." Ujar masternya itu.
"Kak Mikhayl, hebatnya akak lawan tadi!"
"Akak, balik nanti ajarlah kami juga teknik pedang akak tu!"
"Kak Mikhayl, balik ni lawan dengan kami!"
Suasana di depan stadium itu riuh dengan suara-suara teruja anak-anak Mori Village.
"Mikhayl," Tareeq dan isterinya, Eleanor, melangkah mendekati Mikhayl.
Baru Mikhayl perasan, bukan setakat Ouran dan anak-anak muridnya, tapi Tareeq dan beberapa orang pekerja di Mori Cafe turut hadir.
"Tahniah. Walaupun aku sedih pedang yang aku buat patah, tapi jangan risau. Dengan kepakaran aku, aku boleh kembalikan dia seperti sedia kala." Tareeq berkata yakin.
"Tahniah, Mikahyl. Nanti datanglah ke Mori Village. Kami dah rancang nak buat jamuan makan besar-besaran di kampung untuk sambut kemenangan kamu." Tambah Eleanor.
YOU ARE READING
THE DEFECTIVE
FantasySouliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos memp...